MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELABUR RUNCIT MELALUI PERUNTUKAN IPO
Masalahnya dewasa ini ialah permintaannya terlalu banyak sedangkan penawarannya sedikit sahaja. Ini menyebabkan saham-saham IPO ini amat sukar diperolehi lebih-lebih lagi bagi pelabur runcit dengan modal yang kecil. Sebagai contoh saham syarikat Ramssol Group Bhd terlebih langganan sehingga 102.88 kali kerana permohanannya yang begitu tinggi dibandingkan dengan jumlah tawarannya kepada pelabur awam yang begitu rendah.
Mengetahui hakikat itu, di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak berkenaan untuk memastikan pelabur yang memohon 1000 ke 2000 unit saham confirm dapat saham IPO tersebut. Untuk pengetahuan pada ketika ini pelabur yang memohon 10 juta unit saham yang confirm dapat. Carta peruntukan saham IPO CTOS Digital Berhad dilampirkan bersama.
Kalau di UK, government mereka memang menjadikan ia mandatori untuk pelabur yang memohon 1 lot atau 1000 unit dapat allocation IPO tersebut.
Di Malaysia pula sejak sekian lama pelabur yang memohon paling sedikit yang kebanyakannya terdiri dari golongan B40 berebut-rebut tapi pelabur yang kaya raya memohon 10 juta unit pasti dapat dan tanpa perlu berebutpun. Yang kaya bertambah kaya.
Bila ramai berjaya mendapat saham IPO ini mereka secara langsung akan lebih terbuka dan terdedah kepada pelaburan saham. Ia juga akan membantu dalam usaha Bursa Malaysia dan SC mempertingkatkan penglibatan pelabur runcit dalam aspek pelaburan saham ini.
Bila jumlah mereka meningkat, pemain industri juga akan mendapat labanya. Bila ekonomi mereka meningkat pastinya mereka juga akan berbelanja dan secara tak langsung meningkatkan consumer spending dan meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negara. Ia bakal memberi impak positif kepada semua pihak.
Apapun, kita kena perjuangkan hak-hak B40 yang rata-ratanya Bumiputera yang kebanyakannya berada dalam keadaan tertekan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu dewasa ini.
Semoga usul ini diberi pertimbangan dan tindakan yang sewajarnya demi pembangunan ekonomi ummah.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
Faizal Yusup Al Haj
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
PS - FY sudahpun menyampaikan usul ini kepada Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia untuk tindakan lanjut.
PSS - Kasi share dengan harapan ia sampai kepada pihak yang berkenaan.
#BursaMalaysia
#SuruhanjayaSekuritiMalaysia
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.