10 Ogos 2010

Kursus Motivasi



Sabtu lalu saya dijemput untuk menyampaikan sesi motivasi di dewan Sekolah Agama Rendah Darul Ehsan untuk pelajar-pelajar tahun 6 seramai 150 orang bagi tujuan persiapan menjelang peperiksaan. Pelajar-pelajar ini pula merupakan gabungan pelajar dari beberapa buah sekolah agama di sekitar Subang Jaya.

Ia merupakan program satu hari dan slot saya sebelah pagi iaitu pada pukul 8:00 hingga 10:00 pagi. Apapun ia merupakan satu  sesi yang baik dan menggembirakan. Terus terang saya lebih suka menyampaikan motivasi dan pengisian kepada kanak-kanak kerana mereka bagaikan hamparan kain putih yang lebih mudah dibentuk kalau kena caranya.

Ia bukan bermakna saya tak boleh manyampaikan motivasi kepada peringkat dewasa tetapi terdapat perbezaan yang ketara dari sudut pengetahuan yang telah sedia ada dalam diri mereka. Lagipun kebanyakan pengetahuan yang ada dalam diri seorang yang dewasa itu telah menyerap dan telah menjadi prinsip diri mereka. Semua sedia maklum tak ramai orang dewasa yang suka diubah sedangkan sesi motivasi bertujuan untuk membawa perubahan.

Apa yang boleh saya katakan di sini semuanya berjalan dengan lancar dan baik. InsyaAllah, saya cukup yakin ia memberi kesan kepada anak-anak itu.

Saya mengatakan begitu kerana tak lama selepas itu gurubesar sekolah itu mengatakan hasrat untuk memanggil saya dalam jangkamasa yang terdekat ini untuk program motivasi yang lain pula. Tak cukup dengan itu salah seorang anak rakan Facebook berada di sana juga tak habis-habis menyebut mengenai program yang saya jalankan itu. Alhamdullillah.

Apapun dalam hal ini, menyampaikan program motivasi kepada pelajar-pelajar atau orang-orang yang mempelajari ilmu ugama jauh berbeza dari menyampaikan motivasi kepada peserta-peserta yang latar belakangnya bukan dalam bidang agama. Dalam sesi motivasi yang berlatarbelakangkan ugama kita mesti menjaga hukum hakam dengan cara yang ketat. Mengelakkan pergaulan lelaki dan perempuan, mengurangkan permainan yang membawa kepada banyak gelak tawa, tak senonoh dan sebagainya. Kita juga sebaiknya memilih pengisian dan contoh-contoh keislaman bagi tujuan menyampaikan maksud dengan matlamat kajayaan di dunia dan di akhirat.

Ini kerana kalau kita menyampaikan kejayaan dunia, menjadi terkenal, paling handal dan paling kaya sebagai matlamat maka yakinlah yang kita telah berada di tempat yang salah.  Kemungkinan besar itulah kali pertama dan terakhir mereka memanggil kita sebagai motivator. Namun demikian ia boleh digunakan kalau golongan sasarannya bersifat sekular keduniaan. Begitu juga sebaliknya.

Sebenarnya pengisian ugama bersifat universal dan boleh digunakan pada sesiapa sahaja malangnya ada golongan yang tak mempercayainya kerana mereka percaya pengisian keduniaan yang bersifat terbuka yang dipelopori Barat dan penuh dengan kebebasan adalah yang yang terbaik.

Persoalannya kalau kita nampak anak kecil kita keluar rumah dan bermain di jalaraya di hadaan rumah adakah kita menegahnya atau adakah kita membiarkan dia terus bermain? Dalam hidup terdapat banyak garispanduan yang perlu kita ikuti demi untuk menggelakkan diri dari mala petaka mahupun bertujuan untuk mendisiplinkan diri. Kita perlu berhenti di lampu merah bila memandu dan tak boleh terus memecut. Kalau tak nahaslah jawabnya.

Begitu jugalah hukum hakam Allah Taala. Ia sebenarnya bertujuan untuk memelihara atau meyelamatkan diri kita di dunia dan di akhirat namun tak ramai yang mahu mematuhinya.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.