Bersambung dari artikel semalam...
Kemudian saya berbual pula dengan seorang pekerja kilang yang bercerita tentang masalah orang melayu di kilang. Profilnya mudah. Dia pernah bekerja di kilang milik Syarikat Luar Negara sebelum bekerja dengan Kilang Tempatan. Dalam kes ini dia bekerja dengan Kilang milik orang Korea Selatan. Penerapan nilai dalam kedua-dua kilang ini amat berbeza. Penerapan nilai di kilang yang dimiliki oleh orang luar negara sungguh canggih, cekap dan berkesan sedangkan di sini ia tidak begitu. Budaya yang terterap dalam dirinya menjadikan dia memiliki nilai orang asing dan apa terjadi ialah bila bekerja dengan kilang tempatan maka begitu banyak kelemahan yang dapat dilihatnya. Terutamanya kepada sikap orang melayu.
Antara sikap yang dianalisanya di kalangan pekerja kilang berbangsa melayu ini ialah ;
· Sikap malas
· Tak mahu bersaing
· Tak mahu mencari ilmu
· Berada di zon selesa
· Mementingkan ganjaran tapi tidak mementingkan produktiviti
· Perasaan Hasad Dengki
· Dan lain-lain lagi.
Bila dia membuat perbandingan pekerja melayu akan melepak di waktu makan tengahari walaupun ada mesin yang rosak dan perlu dibaiki sedangkan orang Korea akan terus bekerja untuk membaikinya bagi memastikan pengeljuaran kilag itu tidak terjejas.
Kemudian, orang melayu tak mahu bersaing untuk membaiki dirinya ke tahap yang lebih baik, tak mahu mencari ilmu teknikal untuk menjadikan diri lebih pandai, lebih berpengalaman dan lebih bernilai bila dibuat perbandingan. Mereka lebih suka berada di zon selesa dan ini menjadikan diri mereka statik di satu tempat dan tak dapat bergerak kerana tiada apa yang baru yang dipelajari sepanjang masa yang dihabiskan di kilang tersebut. Pada masa yang sama orang Korea itu telah meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain yang lebih tinggi.
Kemudian ada diantara mereka yang dengan pengalaman yang sedikit itu cuba mencari kerja lain yang lebih tinggi pangkat dan gajinya. Mereka mementingkan ganjaran tetapi tidak mementingkan ilmu yang jauh lebih bernilai. Orang melayu juga masih memegang kepada prinsip “biar papa asal bergaya” yang mana walaupun mereka tak punya duit tetapi mereka mesti punya kereta dan rumah yang besar. Mereka mementingkan kulit luaran dan bukannya kecantikan dan kekuatan dalaman. Kemudian kalau ada yang dapat naik pangkat kerana produtiviti kerja mereka yang baik maka perasaan hasad dengki mula menguasai dengan mengatakan si dia itu kaki ampu, kali bodek dan sebagainya walhal diri sendiri merupakan seorang yang malas dan suka melepak.
Sebenarnya kalau dilihat ini bukan hanya di kilang, sikap kebanyakan orang melayu memang begitu, mereka lebih suka melepak dan bersantai sepertimana sejak zaman datuk nenek moyang melepak di kedai kopi hinggalah ke zaman anak-anak muda melepak di kompleks membeli belah hinggalah ke zaman ini dimana remaja melepak di cybercafe dan begitulah seterusnya. Dewasa ini di kebanyakan pejabat budaya lepak itu kelihatan bila mereka menghabiskan masa di laman-laman sembang dan laman-laman sosial seperti Facebook, My space dan yang lainnya pada waktu pejabat. Tak kurang juga yang bermain game komputer berjam-jam di pejabat. Bukankah semua ini merupakan pembaziran yang nyata dan sia-sia.
Tamadun melayu yang muda dan mentah samalah umpama seorang kanak-kanak yang belum cukup umur, yang belum matang. Mereka tidak menghargai masa, mereka tak tahu apakah kepentingan pengeluaran dan produktiviti dalam aktiviti seharian. Apapun janganlah salahkan penjajah yang kononnya menyumbang kepada kelemahan orang melayu. Janganlah salah ibu bapa yang kononnya salah mendidik, janglanlah salahkan kilang kerana kononnya tak bagi ganjaran yang setimpal, janganlah salahkan itu dan ini. Salahkanlah DIRI SENDIRI yang pemalas, suka melepak, tidur dan membuang masa.
Seperi yang sering saya ungkapkan. Lakukanlah quantum leap dengan melakukan perubahan dalam diri dan menjadikan diri setanding dengan orang lain. Ini boleh dilakukan dengan berpaut kepada Tamadun Barat namun demikian tamadun Barat ini hanya mementingkan KEDUNIAAN jadi lebih baik lagi kita berpaut kepada tamadun Islam yang mendidik kita bukan hanya dari sudut jasmani dan akal sahaja malah dari sudut rohani sekali. Ia merupakan satu PENGISIAN DIRI YANG LENGKAP.
Saya sering menghuraikan akan aspek penerapan nilai diri ini (klik di sini) dan artikelnya boleh ditemui di dalam blog ini. Terapkanlah nilai positif dalam diri secara objektif baik sekiranya anda mahu menjadi seorang yang rajin, gigih, menghargai masa dan sebagainya. Ini semua merupakan satu proses yang boleh dipelajari dan dengan izin Allah ia akan menjadi budaya diri.
Sedarilah mereka yang sedar akan semua ini pastinya akan dapat menyumbang dan membawa manfaat bukan hanya kepada dirinya malah kepada orang di sekelilingnya walau dimana mereka berada.
Oleh itu berubahlah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini sepertimana yang disarankan Rasullullah SAW. Bekerjalah sepertimana kita akan hidup selam-lamanya dan beribadatlah sepertimana kita akan mati esok hari. Janganlah jadikan diri orang yang berada dalam zon selesa yang sataik kaku tidak bergerak. Cabarlah diri untuk menjadi orang yang lebih baik!
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.