24 Ogos 2010

PENULIS BODOH




Hari ni emosi saya geram sedikit. Oklah kalau saya letak gambar Hulk tu agaknya. Saya ni selalunya merupakan seorang yang tenang tapi dengan sengaja saya menggeramkan diri. Ini kerana kadangkala dalam kehidupan kita bertemu dengan manusia yang bercakap atau menulis dengan membabi buta, menulis sesuatu yang membuka kemaluan diri sendiri. Entah apa tujuannya saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu mereka menggunakan kelucahan dan semua elemen ini untuk menjentik emosi manusia agar mengikuti mereka. Agar mereka menjadi popular. Agar blog mereka dikunjungi ramai. Aduhai.

        Masalahnya bila kita tegur mereka melenting dan mengatakan yang mereka tuan tanah, mereka punya blog, mereka punya mulut maka suka hatilah apa yang mereka nak kata. Kalau difikirkan kita yang menegur ini juga kita punya mulut, kita punya komputer, sukahati kitalah apa yang kita nak kata.

        Beginilah keadaannya bila kita bertemu dengan penulis nafsu, penulis yang pendek akalnya, penulis duniawi yang menulis tanpa memikirkan akibat dari penulisan mereka. Mereka tak sedar yang penulisan mereka itu memberikan pengisian nilai kepada pembacanya. Nak kata pepatah orang putih “we are what we eat” atau dalam ertikata lain kita akan jadi apa yang kita isi dalam diri. Kontroversi akan menimbulkan konflik, keganasan akan membawa kepada perkelahian, pengisian seksual akan menjentik nafsu syahwat dan membawa kepada maksiat dan begitulah seterusnya. Bukan saya yang kata tapi inilah teori yang telah diuji dan disahkan oleh ahjli saikologi.

        Suratkhabar hari ini jelas menujukkan penduduk Malaysia berada dalam tangga ke 8 dunia yang mana pelayar internetnya melayari laman-laman porno atau lucah. Mereka ini kebanyakannya pula terdiri dari remaja dalam usia 20 an. Usia yang mana akal mereka belum cukup matang untuk memproses dan menilai yang mana yang hak dan yang mana yang batil. Mungkin inilah antara penyebab utama kes pembuangan bayi di negara ini. Bila melihat laman lucah, nafsu syahwat remaja ini bergelora dan akhirnya mereka mahu mencuba terlanjur dan akhirnya termengandung. Bayi itu samaada digugurkan atau si gadis melahirkan anak luar nikah yang kemudiannya dibuang di sana sini. Bukankah yang membuang bayi itu terdiri daari merek adalam usia remaja sebegini?

Maka mereka yang menulis dan menyampaikan semua ini sebenarnya merupakan orang yang bodoh yang sebenarnya hanya merosakkan bangsa. Tak cukup dengan musuh Yahudi dan Nasrani di luar sana yang menjalankan dakyah-dakyah merosakkan rohani manusia Islam mereka ini pula seumpama musuh dalam selimut yang yang juga menjalankan dakyah dalam senyap yang merosakkan bangsa dan ugama dengan pengisian yang tidak berhemah, pengisian yang bersifat makruh dan haram.
   
Kepada pembaca blog yang saya kasihi sekelian, bila bertemu dengan pengisian begini gunalah akal dengan menapis dan menangkis apa yang salah dan batil. Persoalkanlah setiap pengisian itu samaada ia lebih banyak membawa manfaat atau adakah ia lebih banyak membawa kepada mudarat. Cari dan tukarkan dengan pengisian yang membawa kepada kebaikan dalam diri. Kemudian tambah apa yang perlu dan sampaikan kepada orang yang lain pula dengan harapan ia bakal membawa manfaat kepada mereka.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.