Selamat Hari Raya
Aidilfitri
1432 Hijrah / 2011
Masehi
Maaf Zahir dan Batin
Di
kesempatan kali ini FY ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil
Fitri dan apa yang penting ialah untuk FY memohon ampun dan maaf dari hujung
rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan dan kesalahan FY sepanjang
penulisan blog ini bagi mereka yang mengenali FY di alam maya mahupun di alam
nyata. Sesungguhnya FY tak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak
sekalipun baik dalam sedar mahupun tidak.
Hari
Raya merupakan hari kejayaan bagi kita umat Islam selepas sebulan berpuasa menahan
nafsu, menahan lapar dan dahaga, menguji ketaatan dan kepatuhan diri kepada
Allah Taala hinggalah tibanya bulan Syawal untuk kita menyambut Aidilfitri.
Aidilfitri ini pula memberi kita peluang untuk kembali kepada fitrah disamping
mendapat peluang untuk menziarah menyambung silaturrahim, bermaafan sesama
insan bagi menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan sebagainya.
Namun
demikian FY nampak ramai yang tidak mengambil peluang ini. Peluang untuk
bermaafan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Bila bertemu kemaafan tidak dipinta,
hanya bersalaman seperti biasa seraya mengucapkan Selamat Hari Raya. Itu
sahaja. Mungkin pada mereka Hari Raya adalah hari untuk menunjukkan aset-aset
baru yang ada. Baju baru, kereta, rumah, perabot, barang kemas, handphone yang semuanya serba baru dan canggih atau
sebab musabab yang lainnya. Entahlah.
Pemberian Hadiah
Apapun
perkara baru yang FY belajar di Aidilfitri kali ini ialah mengenai pemberian
HADIAH. Angpow atau Hadiah walau apa juga bentuknya sebenarnya boleh membawa
perubahan. Walaupun angpow ini merupakan budaya bangsa Cina yang secara tak
langsung diterapkan ke dalam budaya melayu namun pada FY ia baik selagi ia
tidak memudaratkan. Ia boleh dianggap sebagai sedekah bila ia diberikan kepada
orang fakir miskin tetapi kalau ia diberikan kepada mereka yang mampu ia dikira
sebagai hadiah.
Nabi
SAW dahulu juga suka memberikan hadiah dalam apa juga bentuk dan bentuk yang
termudah ialah dengan menghadiahkan doa kesejahteraan.
Kadangkala
kita berharapkan satu perhubungan yang ikhlas tanpa rasuah berbentuk hadiah ini
namun dewasa ini terdapat ramai yang hanya berubah sikap dan melayan kita
dengan baik pabila kita memberikan hadiah kepada ini kepada mereka. Apapun FY
tak mahu berprasangka buruk walaupun pada pandangan FY perkara ini jelas. Anak
menantu yang memberikan hadiah saban tahun akan dilayan dengan baik namun
mereka yang tidak berbuat demikian lain pula layanannya. Manusia materialistik
begini memang senang ditemui akhir zaman ini.
Apapun
mulai sekarang FY akan memberikan mereka-mereka ini hadiah semoga dan samaada
mereka melayan FY dengan ikhlas atau tidak bukanlah tugas FY untuk mengukurnya.
Mungkin lama-kelamaan lambat laun keikhlasan itu akan datang dalam hati mereka
bilamana mereka melakukan praktikal melakukan kebaikan demi kebaikan dan prinsip
pilih kasih bakal hilang dari dalam hati mereka-mereka ini. InsyaAllah...
Itu
sahaja cerita Raya FY kali ini. Semoga anda semua berbahagia di samping
keluarga tercinta.
Raya
FY kali ini ala kadar sahaja, FY juga tak berapa sihat, sesiapa yang dijodohkan
dengan artikel ini, FY pinta – hadiahkanlah doa kesejahteraan buat FY semoga FY
kembali sihat untuk meneruskan perjuangan kehidupan ini. FY dahului dengan
ucapan terima kasih dan doakan anda semua sejahtera dan diperkenankan Allah
segala doa. Amin.
Sekian
dahulu. InsyaAllah kita jumpa lagi di lain ketika.
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.
*FY Team*
Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks
Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.