Alhamdulillah.. semalam FY sudah hantarkan surat-surat permohonan para pelabur Gas Malaysia di MITI bagi mereka yang memohon melalui Persatuan Remisier Bumiputera atau PRIBUMI yang berjumlah seribu lebih semuanya.
Nampaknya kali ini lebih ramai yang tahu dan sedar akan pelaburan melalui IPO MITI dan ini bagi FY adalah satu perkembangan yang memberansangkan bagi tujuan meningkatkan ekuiti Bumiputera. Ini kerana buat pertama kalinya FY nampak ramai yang datang dan menghantar permohonan mereka di sana.
Terus terang ramai pelabur IPO MITI ini yang mendapat manfaat keuntungan darinya semenjak penghujung tahun lalu. FY berkata demikian kerana FY melihat sendiri pelabur-pelabur pelanggan FY yang untung beribu hingga beratus ringgit melalui pelaburan dalam IPO MITI ini. Harapan FY semoga mereka menggunakan duit keuntungan ini dengan penuh berhemah dan untuk tujuan yang baik. InsyaAllah.
Kalau terdapat lebih 5000 permohonan untuk Bumi Armada namun kali ini FY rasakan mungkin lebih 7000 permohonan yang mereka terima. Ia jelas menunjukkan yang Gas Malaysia ini merupakan satu syarikat yang kukuh dan meyakinkan. Setakat ini sambutan satu lagi syarikat SIRIJAYA Holdings masih perlahan. Dalam hal ini kita kenalah tahu membuat penilaian akan kaunter mana yang baik dan mana yang tidak. Itu amat penting.
Cuma FY kasihan pada pihak MITI khususnya Seksyen Pembangunan Bumiputera yang terpaksa memproses permohonan yang sebanyak itu sedangkan mereka cuma ada jumlah kakitangan yang terhad. Tabik FY buat mereka. Ini kerana mereka bukanlah Malaysian Issuing House mahupun MIDF yang mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk tujuan pengagihan saham-saham ini. FY yakin banyak ganjaran dari Allah Taala buat kakitangan MITI atas ibadah mereka membantu dalam pembangunan ekonomi ummah ini.
Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang memberi manfaat kepada yang ramai. Itu FY pasti. Ganjarannya pula tak semestinya berbentuk kewangan namun ia boleh datang dari banyak segi. Taufik dan hidayah, keimanan, ketenangan, kebahagiaan, anak yang soleh dan sebagainya juga termasuk dalam ganjaran dari Allah Taala ini.
Berbeza dengan permohonan-permohonan yang lalu kali ini pihak MITI meminta salinan kad pengenalan, akaun CDS dan penyata bank 3 bulan yang disahkan. Oleh itu FY sarankan para pelabur IPO MITI ini menyediakan salinan kad pengenalan banyak-banyak juga membuka akaun CDS terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk memohon IPO-IPO yang akan datang.
Berbeza dengan permohonan-permohonan yang lalu kali ini pihak MITI meminta salinan kad pengenalan, akaun CDS dan penyata bank 3 bulan yang disahkan. Oleh itu FY sarankan para pelabur IPO MITI ini menyediakan salinan kad pengenalan banyak-banyak juga membuka akaun CDS terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk memohon IPO-IPO yang akan datang.
Apapun surat tawaran MITI akan keluar antara 2 hingga 3 minggu lagi. Sebelum ini tawaran saham tidak diberikan secara pro rata berdasarkan jumlah permohonan tetapi secara pukul rata. Mungkin dapatlah seorang sedikit bagi permohonan yang berjaya walaupun kepada mereka memohon dengan banyak.
Jadi kepada sesiapa yang memohon, semoga anda berjaya mendapatkannya dan satu lagi doalah agar pasaran baik bila ia disenaraikan kelak. Amin.
Sekian dulu.
FY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.