19 Jun 2011

Caj / Komisyen Yang Dikenakan Bagi IPO MITI

Salam Sejahtera...

Disebabkan ramai yang bertanya, kali ini FY akan terangkan pula mengenai charges atau caj yang dikenakan bagi mendapatkan saham-saham IPO ini baik dari MITI mahupun dari mana-mana kelompok yang pernah FY terangkan dalam artikel yang sebelum itu.

1. Pink Form kepada pengarah, kakitangan mahupun vendor yang membantu membangunkan syarikat ;

Tiada caj yang dikenakan, mereka yang mendapat pink form ini hanya perlu membuat bank draf bagi membayar jumlah saham yang telah diperuntukan kepada mereka.

2. Peruntukan Saham kepada Institusi dan High Networth Clients.

Selalunya ini dijalankan oleh bank penasihat dan ada pelbagai cara ia dijalankan. Mereka yang punya kuasa atas peruntukan ini selalunya akan mengenakan caj beberapa sen berdasarkan permintaan. Ada juga yang mengenakan 25% atas keuntungan malah ada yang meminta hingga 50% yang pada FY tidak munasabah dan tidak masuk akal. Ada juga yang mengatakan ia merupakan peruntukan daripada MITI, daripada Mukhriz atau Tok Pa, caj yang dikenakan sebagai duit politik dan pelbagai helah lagi. Tahukah anda ia hanya dikenakan kepada High Networth Clients sedangkan tidak kepada Institusi.

3. Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI

Disini juga ada segelintir yang mengenakan pelbagai cas atau komisyen bagi mereka yang berjaya mendapat peruntukan saham ini. Ada yang 3 sen, 5 sen 10 sen, ada yang 10% daripada keuntungan, ada yang 25% dan ada juga sehingga 50% daripada keuntungan. Ada yang mengenakannya di depan dan di belakang. Mengenakan komisyen 3 hingga 10 sen kemudian profit sharing selepas saham itu dijual. Sifat tamak manusia begitu jelas di sini. Bila ditanya kononnya ia dibayar kepada pegawai MITI yang meluluskan peruntukan tersebut. Kalau benar maknanya pegawai MITI itu makan rasuahlah. Namun sebenarnya pegawai MITI tidak meminta komisyen tersebut dan TAK BOLEH berbuat demikian kerana ia satu kesalahan.

Sekali lagi FY rasakan yang semua ini tak munasabah kerana kalau saham itu dibuka rendah atau pada harga diskaun daripada harga tawaran, kerugian pelabur akan bertambah sedangkan broker tersebut telahpun buat duit terlebih dahulu. 

Dalam hal ini pihak PRIBUMI mengenakan caj yang termurah iaitu 1 sen sahaja  bagi mereka yang berjaya. Duit ini pula merupakan pendapatan kepada Persatuan yang mana akan digunakan bilamana Road Show bersama MITI dijalankan bagi membayar sewa hotel, pengangkutan dan sebagainya.

Sesiapa yang hendak memohon peruntukan saham khas Bumiputera di MITI ini melalui PRIBUMI bolehlah menghubungi FY. FY sedia membantu.

Bagi mengelakkan semua caj atau komisyen yang dikenakan ini maka FY sarankan anda sebagai pelabur pergi membuat permohonan sendiri di MITI di Putrajaya kerana itu lebih baik.

4. IPO Public

Juga tiada caj atau komisyen yang dikenakan.

Brokerage pula akan hanya dikenakan bila transaksi saham dijalankan di mana-mana syarikat Broker. Itupun tak sampai 1% daripada jumlah nilai saham tersebut.

FY harap artikel ini menjelaskan lebih lanjut tentang semua ini bagi mengelakkan pembayaran yang tak perlu dan merugikan anda sebagai pelabur.



' style='padding: 0; border: none;'/>

17 Jun 2011

Soal Jawab Mengenai Saham IPO, Pink Form, IPO MITI

FY nampak ada yang tidak berapa faham akan perihal saham IPO MITI ini dan perbezaannya dengan saham IPO yang dipohon melalui bank dengan menyediakan Bank Draft atau membuat pembayaran melalui ATM juga beberapa soalan lain. Jadi di sini FY akan cuba menerangkannya secara ringkas semoga ia membawa kefahaman kepada sesiapa juga membacanya.

Saham IPO atau Initial Public Offer atau Saham Terbitan Awam ini ialah saham syarikat yang mahu menyenaraikan syarikatnya di Papan Bursa Malaysia. Mereka menjual sebahagian daripada saham syarikat mereka kepada pelabur baik institusi mahupun pelabur runcit bagi mendapatkan duit bagi mengembangkan perniagaan dan mungkin juga untuk tujuan yang lain.

Apapun saham terbitan awam ini akan dibahagikan kepada 3 atau 4 bahagian ;

1. Pertamanya kepada kakitangan syarikat atau lebih dikenali sebagai Pink Form, borang merah jambu - borang yang mana permohonan saham itu PASTI dapat. Selalunya ia dalam lingkungan 10% dari peruntukan saham tersebut.

2. Keduanya kepada Pelabur Institusi dan ini diuruskan oleh Bank Penasihat yang dilantik syarikat tersebut. Selalunya ia dalam lingkungan 60 % daripada peruntukan saham tersebut.

3. Kemudian saham itu diperuntukkan pula kepada pihak MITI untuk diagihkan kepada Pelabur Bumiputera. Dalam hal ini ada juga syarikat yang disenaraikan tidak melalui MITI, ini kerana mereka telahpun punya profil atau kuota pelabur Bumiputera yang mencukupi. Contohnya Smartag, Mclean, XOX dan yang terbaru Eversendai tidak melalui MITI. Bagi yang kurang maka MITI lah tempatnya. Kira-kira 10 % peruntukan dikhaskan kepada MITI. Cara permohonannya ialah dengan memohon iaitu menulis surat kepada MITI dan menyediakan borang-borang yang diperlukan. Pada ketika ini akaun CDS, mahupun penyediaan Bank Draf tidak diperlukan.

Nota - PNB, Tabung Haji adalah antara institusi yang berada dalam kelompok saham peruntukan khas MITI ini. Mereka dikenali sebagai Tier 1 yang mana MITI memberi keutamaan kepada mereka. Selalunya kalau mereka memohon mereka akan memohon dengan jumlah yang banyak maka tinggallah saki baki untuk para pelabur kecil dan runcit.

*Kalau dahulu 30% pegangan saham Bumiputera merupakan satu kemestian sebelum satu-satu syarikat itu disenaraikan namun sekarang atas alasan liberalisasi semua ini tiada lagi.

4. Setelah melalui ketiga-tiga proses ini barulah IPO itu pergi kepada Public atau orang awam. Pelabur awam adalah tempat peruntukan saham yang terakhir dan ia juga berada dalam lingkungan 10% sahaja dengan hanya kira-kira 2% diperuntukkan kepada Bumiputera. Inilah sebabnya ia begitu sukar untuk mendapatkan peruntukan saham melalui undian ini kerana jumlah peruntukannya yang kecil. Saham ini dipohon samaada melalui ATM atau dengan menyediakan Bank Draf juga dengan memberikan no akaun CDS kepada samaada MIH atau MIDF bergantung kepada di mana saham itu diperuntukkan. Ia akan menjalani undian dan kalau gagal duit itu akan dipulangkan semula.

*Satu tip - Kalau hendak membelinya saham IPO Public ini, belilah pada jumlah yang banyak contohnya 11 lots, 21 lots, 51 lots, 101 lots dan sebagainya kerana ia akan diundi dalam kotak yang berasingan dan pastinya kotak 100 lots ke atas lebih kurang isinya kalau dibandingkan dengan kotak 10 lots ke bawah. Jadi peluang untuk diundi lebih tinggi. namun demikian jumlah yang bakal diperuntukkan terpulang kepada mereka.

IPO Public ini merupakan tempat yang terakhir sebelum ia masuk untuk disenaraikan. Ia perlu bagi mendapatkan spread seramai minimum 1000 pelanggan bagi menunjukkan yang profil syarikat itu seimbang yang mana pelaburnya terdiri daripada pelabur-pelabur dari pelbagai peringkat baik institusi mahupun individu.

Akhir sekali setelah semua ini diselesaikan dan pembayaran telah dibuat dan saham telah diagihkan maka syarikat itu akan disenaraikan di Bursa Malaysia tak berapa lama kemudian.

FY harap penjelasan ini menjawab pelbagai soalan yang bermain di fikiran anda akan apakah perbezaan saham MITI dengan saham IPO ini.

Sekian dahulu buat kali ini.

Kalau anda ada apa-apa soalan mengenai pelaburan saham ini, hubungi FY. InsyaAllah FY akan cuba menjawabnya.

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Senarai IPO MITI Old Town Coffee


Salam buat semua...

Senarai pelabur-pelabur yang berjaya mendapat peruntukan saham IPO OLDTOWN BERHAD di MITI akan dikeluarkan besok pagi. Anda boleh membuat semakan dan pelabur yang berjaya boleh mendapatkan surat tersebut pada 18 Jun 2011 (Sabtu) mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di kaunter Business Advisory Centre (BAC), Lobi Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

16 Jun 2011

Sedikit Mengenai IPO XOX Berhad

Di sini dalam artikel kali ini FY ingin menyentuh sedikit mengenai IPO yang baru listing bebaru ni dalam keadaan yang amat mengecewakan dan lebih malang lagi menyebabkan kerugian ramai pelabur. XOX Berhad. Sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan telekomunikasi.

Ia ditawarkan pada harga 80 sen dan tatkala disenaraikan ia terus merudum hingga semasa FY menulis artikel ini kepada 46.5 sen. Hampir separuh pelaburan yang dibuat telah hanyut.

Setelah menyemak serba sedikit prospektus syarikat ini persoalan FY begini ;
NTA atau Net Tengible Asset syarikat tersebut hanya pada 10.5 sen.
Par Value juga 10 sen. Kenapa ia dijual dan ditawarkan pada 80 sen? 

Soalannya apakah justifikasinya?

Kemudian syarikat itu mengalami kerugian 4 tahun berturut-turut dan setelah disenaraikan penyata kewangan sukutahunan yang baru juga mengalami kerugian sedangkan dalam prospektus mereka begitu yakin yang mereka akan membuat keuntungan. Mereka mensasarkan perolehan sekitar 250 juta tahun 2011 ini sedangkan untuk sukutahunan sehingga Mac ia hanya sekitar 13 juta dan kalau di darab 4 ia hanyalah dalam 52 juta???

Soalannya bagaimanakan SC boleh membenarkan syarikat yang sebegini disenaraikan?

Pada FY SC mestilah menjadi watchdog yang memantau dan menjadi penapis utama bagi kepentingan semua pelabur. Tatkala ini bukan semua pelabur yang celik pelaburan dan membaca prospektus yang tebal itu sebelum membeli sesuatu saham IPO itu. SC juga seharusnya memastikan yang hanya syarikat berkualiti yang disenaraikan di Bursa bukan syarikat-syarikat begini yang entah apa motifnya.

Selebih dari itu FY tak nak komen. FY cuma rasa kasihan pada pelabur yang membeli saham ini. Terus terang buatlah sedikit penyelidikan dan analisa sebelum membeli sesuatu saham itu bagi memastikan yang kedudukan kewangannya sihat. Prospektus umpama iklan gula-gula yang manis, perkara yang masam dan pahit semuanya disorokkan. Sekali lagi pesanan FY berhati-hatilah dalam memilih IPO yang terbaik sebelum tindakan pelaburan dibuat. Lagipun TA Research ada mengeluarkan write up supaya pelabur mengelak pembelian saham XOX ini.

Sekadar pandangan FY.

Sekian dulu.
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430 

' style='padding: 0; border: none;'/>

13 Jun 2011

Bicara Novel Man Rempit Karya Faizal Yusup



Masalah gejala sosial di kalangan generasi muda di Malaysia semakin lama semakin meruncing. Kes gengsterism, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, masalah seks bebas, bunuh diri, perhubungan sejenis dan sebagainya sering dikaitkan dengan masalah penerapan nilai didikan ugama yang bermula dari rumah.
Salah satu gejala sosial yang telah menular sekian lama dan begitu unik di negara ini ialah gejala mat rempit atau samseng jalanan yang secara tak langsung dikaitkan dengan kes ragut, dadah, seks bebas, lumba haram dan sebagainya.

Namun disebalik semua keburukan ini tersembunyi sebuah kisah seorang mat rempit yang handal tetapi pada masa yang sama merupakan seorang insan yang berhati mulia. Sedia berkhidmat pada bila-bila masa, terhadap sesiapa juga tatkala diperlukan. Ia bakal mengubah perspektif umum dan dengan harapan ia bakal membawa perubahan kepada sesiapa juga yang membaca novel trillogi ini.

Tatkala novel-novel masa kini yang menekankan kepada genre ringan mahupun genre hantu sejak sekian lama Kisah Trilogi Inspirasi Man Rempit ini memaparkan genre inspirasi dengan penerapan memberi semangat kepada pembaca untuk bergerak maju ke hadapan menghadapi persaingan dunia yang kian mencabar. Genre-genre sebegini telah lama dipaparkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun dan kini telah tiba masanya negara ini memulakan langkah yang serupa keluar dari kepompong kebiasaan kisah seram, hantu dan percintaan.


Secara dasarnya Novel Man Rempit ini menerapkan kepada satu matlamat atau impian di peringkat yang tertinggi. Dalam ertikata lain baik mat rempit mahupun sesiapa juga dalam apa juga bidang perlu mengorak langkah untuk memajukan dirinya ke peringkat yang tertinggi dan dengan itu menyumbang kepada bangsa, ugama dan negara. Bukan hanya berpegang kepada angan-angan, omong-omong kosong tanpa matlamat yang jitu.

Seperti kebanyakan novel lain, ia juga menyelitkan kisah percintaan. Namun ia merupakan kisah percintaan luar biasa dua darjat antara Azman seorang mat rempit yang miskin dengan Sara Yasmin seorang doktor cantik yang berada. Ia menekankan yang semua ini tak akan dapat menghalang percintaan antara dua insan untuk bersatu walaupun pelbagai rintangan yang mendatang. Namun demikian ia disampaikan dengan cara dan begitu halus disamping menjaga tatatusila kesopanan ketimuran adat budaya mahupun ugama.

Novel ini juga memberi penekanan kepada isu semangat setiakawan yang mana ia jelas memaparkan bahawasanya kesatuan membawa kepada kejayaan sedangkan perpecahan hanya membawa kepada keburukan dan keruntuhan mana-mana institusi sekalipun baik kawan, keluarga, agama dan negara.

Sebagai kesimpulannya dengan harapan ia akan dapat memberi petunjuk dan teladan bagi membentuk akhlak serta budi pekerti yang baik serta dapat memberi inspirasi di kalangan pembacanya.


 Oleh itu secara tak langsung ia berperanan menyebarkan maklumat untuk didedahkan kepada masyarakat supaya kisah yang baik boleh diteladani dan diikuti disamping semoga yang buruk menjadi sempadan dalam kehidupan.

Dapatkan novel inspirasi Trilogi Man Rempit ini di kedai-kedai buku berhampiran. Sokonglah FY! 

Terima Kasih!

' style='padding: 0; border: none;'/>

10 Jun 2011

Blog Faizal Yusup Jadi Blog Rujukan Pelaburan Saham?



Nampaknya kebelakangan ini blog FY ini lebih terkenal sebagai blog rujukan pelaburan saham daripada pengisian motivasi mahupun kaunseling yang biasa FY jalankan.

Tak mengapalah mungkin selalunya FY cuba menyampaikan pengisian yang bersifat ilmu pengetahuan yang bermanfaat buat pengunjung blog ini tetapi atas sebab-sebab yang tertentu dengan ketentuan Ilahi terdapat sedikit lencongan kebelakangan ini kepada pengisian yang berbentuk jihad ekonomi. Pada FY walau apapun juga pengisiannya yang penting ialah ia bercirikan amal jariah dan bersifat jihad serta dapat membangunkan ummah.

Kepada mereka yang mencari pengisian kaunseling, motivasi, penulisan, pengisian, penulisan, teka teki dan yang lainnya buat masa ini diminta bersabar dan bacalah artikel-artikel yeng terdahulu sementara FY sibuk dengan lencongan pelaburan saham buat masa ini. Apapun nanti bila ada kesempatan pastinya FY akan menulis mengenainya bila ada keizinanNya. Harap bersabar ye sebab buat masa ini pengisian pelaburan saham perlu dititikberatkan bagi menjawab pelbagai soalan yang diajukan mengenai aspek ini. Aspek yang jarang diperkatakan oleh orang kita aspek yang hanya diketahui dan difahami oleh segelintir sahaja di negara ini. Dengan harapan melalui blog ini FY dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada ramai mengenai aspek pelaburan saham ini. InsyaAllah.

Sekian dulu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

08 Jun 2011

Harga Pasaran UOA Development Berhad

Salam sejahtera..

Biarpun Kenanga Research memberikan fair value 2.99 dan RHB memberikan harga 3.45, UOA Development dibuka dengan hambar pada RM 2.62 sebelum merudum di bawah harga tawarannya. Seperti yang pernah FY katakan dalam artikel yang lalu. IPO ini adalah satu hype buat masa ini di pasaran dan ramai pelabur mengejarnya tanpa menilai saham-saham tersebut. Dalam hal ini dengan harga Par 5 sen menjadi saham UOA berharga ditawarkan pada harga RM52.00 kalau harga parnya dijadikan RM1.00. Ia jelas terlalu tinggi ini ditambah pula dengan peruntukan sahamnya yang besar juga keadaan pasaran yang lembab. Nampaknya terpaksalah para pelabur UOA ini bertahan sehingga harganya naik kelak.

Dalam hal IPO ini ramai yang beranggapan harga IPO adalah harga yang terendah dalam pasaran atau harga mati bagi sesuatu saham itu namun ini sebenarnya adalah tidak benar. Ini kerana nilai sesuatu IPO yang diapungkan itu berbeza. Ada yang disenaraikan pada harga yang tinggi namun demikian ada juga yang disenaraikan pada harga yang rendah. Katalah sekarang ini KLSE berada di ratio PE 16 maka saham yang disenaraikan pada PE 16 secara tak langsung telah mencapai harga sasaran yang sama dengan KLSE. Mungkin kalau ada upside pun ianya disebabkan PE Industrinya yang jauh lebih tinggi. Itu sahaja. Namun ada juga yang syarikat yang disenaraikan pada PE 7 atau PE 10 yang menarik dari segi nilainya.

Satu perkara yang perlu dititikberatkan ialah ianya sebenarnya sukar untuk membuat analisis terhadap IPO yang disenaraikan ini kerana mereka tak punya track record yang terdahulu untuk diselidiki. Ini kerana sebuah syarikat SDN BHD tak perlu memberikan kedudukan kewangan yang diaudit setiap 3 bulan dan penyata kewangan tahunan mereka pula boleh dimanipulasikan dengan mudah. Dalam hal ini ada syarikat yang disenaraikan kerana pemiliknya seenarnya ingin menjual syarikat mereka untuk mencari keuntungan.

Jadi berhati-hatilah dalam memilih IPO yang baik untuk dibeli. Tersilap pilih kerugian yang bakal menanti kita.

Oh ya, jangan suruh FY buat apa-apa analisis kerana FY tak punya kelulusan CFA atau Chartered Financial Advisor yang membenarkan FY berbuat demikian. FY hanya boleh menyampaikannya dengan pandangan secara umum dengan penyelidikan dari kacamata FY sendiri. Kepada ramai yang bertanya, untuk pengetahuan anda FY juga tak boleh memberikan recommendation kerana ia salah disisi undang-undang atas alasan yang sama. 

Sekian dulu buat kali ini.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

03 Jun 2011

Surat Aku Terima IPO MSM MITI

Kepada pelabur yang berjaya mendapat saham peruntukan Khas Bumiputera MITI, surat Akuterima yang dilampirkan mesti dihantar pada atau sebelum 5 petang hari ini Jumaat 3 Jun 2011.

Surat itu perlu dihantarkan kepada 2 pihak ;

1.
Pengarah
Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 7 C2, Blok Menara
Menara Usahawan
No 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PutraJaya.

No Fax : 03 8880 5142

2.
ECM & Derivatives Operations
Capital Market & Payment Operations
5Th Floor, Bangunan Amanah Raya
Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Fax No : 03 2095 1472, 03 2084 9440, 2084 9441
Email add : ipocentre@cimb.com

Sekian, Harap Maklum.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

02 Jun 2011

Mengenai Saham Terbitan Awam / IPO MITI


Mengenai Saham Terbitan Awam / IPO MITI

Bulan April yang lalu FY berada dalam mesyuarat antara Pihak Kementerian Kewangan dengan Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, ASCM dan juga Pribumi bagi membincangkan isu transformasi dalam Industri Kewangan yang mana antara agendanya ialah mengenai penglibatan pelabur Bumiputera dalam Ekuiti yang semakin lama semakin mengecil.

Kesimpulan yang boleh FY katakan ialah Liberalization atau Transformasi ini telah menyebabkan banyak kepentingan dan keutamaan Bumiputera terhakis dalam boleh dikatakan semua bidang dalam negara ini.

Berikut ini adalah fakta pelabur di negara ini ;

·         28 juta penduduk Malaysia
·         66% Bumiputera
·         4 juta CDS akaun (Individu)
·         200,000 aktif
·         10 juta layak melabur
·         6 juta berpotensi menjadi pelabur!

Fakta : 50% penduduk Amerika adalah pelabur

Dasar Ekonomi Baru yang dimulakan oleh Tun Razak dahulu mensasarkan peratus penglibatan Bumiputera dalam Ekuiti mesti dipertingkatkan dari 2% ketika itu kepada 30% namun sehingga kini ia masih tidak dapat dicapai. Pada ketika ini penglibatan bumitera adalah pada takat 22%, itupun peratusannya dikuasai oleh institusi kewangan milik kerajaan seperti Khazanah Nasional, PNB dan sebagainya dan BUKANNYA PELABUR RUNCIT!

*Cukupkah sasaran penglibatan sebanyak 30% sedangkan Populasi Bumiputera di negara ini sekitar 66%.



Kemudian kalau dahulu antara tahun 1993-1997, nisbah pelabur adalah seperti berikut;

Pelabur Runcit     : 70 %
Pelabur Institusi : 30 %

Dewasa ini :

Pelabur Runcit           : Telah menurun kepada tak sampai 20 %.
Pelabur Institusi        : Telah meningkat melebihi 80 %.

Sebabnya banyak dan terlalu panjang untuk FY terangkan namun untuk memendekkan cerita, semua pihak baik Broker, Remisier, SC, Bursa, Persatuan, Kementerian dan sebagainya berusaha untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam pasaran saham. Ini kerana pasaran sahamlah tempatnya bagi tujuan peningkatan ekonomi yang paling cepat. Sekiranya ini tidak dilakukan maka pasaran akan menjadi lembab, penglibatan pelabur bumiputera akan merosot dan pastinya ia akan menjejaskan kedudukan ekonomi Bumiputera kalau dibandingkan dengan kaum lain yang mana peningkatkan household income mereka yang semakin lama semakin jauh meninggalkan kaum Bumiputera.

SC dan Bursa menjalankan pelbagai kempen, menukar pelbagai polisi bagi menarik pelabur individu ke dalam pasaran, begitu juga Broker, Persatuan dan para remisier menjalankan seminar-seminar saham di sana sini bagi mengajak pelabur baru menceburkan diri dalam pelaburan saham ini. Kementerian juga cuba melakukan perkara yang sama. Dalam Bajet yang dibentangkan oleh PM baru lalu Kakitangan industri diberi kemudahan untuk mendapatkan dual license bagi tujuan meningkatkan penglibatan pelabur dalam Ekuiti juga Derivatif. Ekuinas juga ditubuhkan tahun lalu dengan bajet sebanyak RM5 billion dalam tempoh 5 tahun ini bagi tujuan yang sama. Bursa contohnya cuba untuk menambah penglibatan PDT atau Proprietary Day Trader bagi tujuan memanaskan pasaran saham bagi menarik pelabur ke dalamnya.

Kemudian kita ada terbitan IPO di MITI.

Pada tahun 1996 dahulu semasa kenaikan Saham Papan Kedua yang mana semua IPO yang disenaraikan di papan kedua akan naik berlipat kali ganda dan secara tak langsung meningkatkan penglibatan pelabur runcit di pasaran. Hingga ada yang sanggup meminjam Kad Pengenalan beratus orang lain untuk memohon IPO-IPO tersebut.

Pada masa itu polisinya sesuatu syarikat yang ingin disenaraikan mesti mempunyai 30% peruntukan saham kepada Bumiputera dan 70% daripada apungan saham itu diperuntukan kepada pelabur runcit. Inilah yang menyebabkan kenaikan harga saham itu bila disenaraikan kerana pihak Institusi mengejarnya bagi mendapat saham-saham tersebut daripada pelabur runcit.

Namun semua ini telah berlalu kerana semenjak merudumnya ekonomi oleh sebab krisis kewangan Asia pada tahun 1997 IPO tidak lagi diambil jadi nisbah peruntukan untuk pelabur runcit ini terus merosot dan kini sedikit sahaja yang dperuntukkan kepada pelabur runcit iaitu sekitar 10 hingga 20%. Kalau dahulu 30% kepada pelabur Bumiputera dewasa ini hanya sekitar 15%. Lebih kurang 12 % diperuntukan melalui MITI dan 3 peratus lagi melalui terbitan awam dengan cara undian. Itupun baru-baru ini pihak ETHOS syarikat konsultansi yang dilantik kerajaan ingin menarik balik peruntukan di MITI ini untuk diberikan kepada peruntukan awam namun setakat ini ia berjaya dipertahankan namun mereka memantau strategi agihannya oleh pihak MITI kepada para pelabur bagi memastikan agihan yang telus, adil dan saksama.

Kalau dahulu hanya pelabur besar yang memohon IPO-IPO ini di MITI namun kebelakangan ini pihak MITI dengan kerjasama Pribumi, Broker juga Bursa Saham telah menjalankan road show untuk menarik lebih ramai pelabur runcit memohon saham-saham yang diterbitkan ini dengan satu misi – Meningkatkan penglibatan pelabur Runcit dan Bumiputera khususnya dalam pasaran Saham.

FY sebagai exco penerangan kepada PRIBUMI telah dijemput pihak MITI untuk menyampaikan isu saham IPO MITI ini kepada para peabur dalam program outreach mereka di Kota Bharu Kelantan dan InsyaAllah di Grik bulan hadapan. FY juga dijemput menyampaikan ceramah yang sama dalam Program MITI bersama Usahawan pada 27 dan 28 Mac yang baru lalu. Ini kerana Pribumi adalah anggota G7 bagi Business Advisory Centre dan FY merupakan AJK tetap di dalamnya.

Antara Jawatankuasa kerja BAC adalah seperti berikut :

Pengerusi Bersama
En. Nik Abu Bakar Nik Mohamed
En. Rajini Ramlan

Setiausaha
Pen. Setiausaha
Dr. Aishah Kasa
En. Samsu Kadir

Jawatankuasa Aktiviti BAC
Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)

Jawatankuasa Media, Promosi dan Penerbitan
Persatuan Kontraktror Buku Malaysia
(PKBM)

Jawatankuasa Human Capital
Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia (PRIBUMI)

Jawatankuasa Hubungan Stakeholder
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)

Jawatankuasa Pemantauan dan Pengkalan Data
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
(DPMM)

Jawatankuasa ICT
Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputera Berhad (WENA)


G7 ini adalah NGO-NGO kuat yang bertujuan meningkatkan ekonomi bumiputera.

Namun semua perubahan ini tidak disenangi pihak-pihak tertentu. Pihak yang sekian lama cuba menyimpan dan merahsiakan lubuk rezeki ini bagi kepentingan diri sendiri. Kalau dahulu mereka boleh mendapat jutaan saham IPO dengan permohonan di MITI dalam lain perkataan yang kaya menjadi bertambah kaya namun semua ini telah berlalu. Sekarang keadaannya telah berubah. Sekarang kuantiti dan tebaran kepada yang ramai menjadi agenda utama. InsyaAllah ia membawa kepada keuntungan kepada ramai bumiputera dengan cara ini dan bukan hanya kepada orang-orang yang tertentu sepertimana dahulu.

Mereka yang tidak berpuas hati kerana territory mereka diganggu baik dari pihak tertentu dalam MITI sendiri, dari pihak remisier yang mana pelanggannya selalu mendapat berjuta saham sebelum ini mahupun dari pihak-pihak yang mengatakan periuk nasi mereka terganggu sebenarnya bodoh dan jahil kerana melihat isu ini dari sudut yang begitu sempit dan bukannya sudut yang FY bentangkan ini hingga ada pihak yang cuba menahan FY dari menyampai dan menwar-warkan isu peruntukan saham Bumiputera ini kepada anda semua sedangkan FY diberi mandat oleh Pribumi mahupun pihak MITI untuk berbuat demikian. Bukankah anda semua pelabur di luar sana yang tahu mengenai pelaburan saham IPO MITI ini akan mendapat manfaat keuntungan bila berjaya memohon saham-saham ini?

Jadi apakah sebabnya ada segelintir pihak yang cuba menghalang FY menyampaikan semua ini. Sebabnya mudah kerana kepentingan perut mereka sendiri, kerana sifat tamak haloba yang ada dalam hati mereka. FY doakan agar Allah Taala berikan hidayah dalam hati mereka. InsyaAllah. FY cukup yakin yang ia takkan menjadi masalah sekiranya blog ini tidak dikenali malangnya blog ini merupakan blog rujukan mengenai perihal pelaburan saham oleh penduduk di negara ini. Soalan FY mudah siapakah yang menaikkan blog ini ke tahap itu kalau bukan Allah Taala?

Terus terang dalam hal IPO MITI ini FY lebih suka sekiranya 1,000,000 pelabur mendapat 1 lot saham daripada 1 orang mendapat 1,000,000 saham sepertimana yang berlaku sebelum ini. Namun FY yakin ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana pihak MITI tak punya cukup kakitangan untuk memproses 1,000,000 permohonan pada satu-satu masa namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pada FY, IPO ini sebenarnya adalah salah satu cara membawa pelabur-pelabur Bumiputera baru ke dalam pasaran untuk memperkenalkan mereka kepada pelaburan saham secara praktikal. Ini kerana kempen-kempen yang dijalankan oleh SC dan sebagainya hanya dapat menarik jumlah pelabur yang kecil kerana promosinya tidak dijalankan dengan cara yang meluas.

Jadi kesimpulan dari semua ini ialah FY akan terus menjalankan semua penerangan ini seperti biasa dengan satu tujuan – Jihad ekonomi bagi meningkatkan ekonomi Ummah!

Kerana FY yakin kebenaran akhirnya akan mengatasi kebatilan.

Dan

Sesungguhnya orang yang paling baik ialah orang yang membawa manfaat kepada yang ramai.

Juga

Mata pena lebih tajam dari mata pedang!

Sekian dulu.

Fikir-fikirkanlah.

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

' style='padding: 0; border: none;'/>