14 November 2013

PROGRAM CFA DI BAWAH YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Assalamualaikum,

Semalam FY bertemu dengan pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan di sini mereka memohon agar FY dan Persatuan Remisier Bumiputera  mempromosikan beberapa program pendidikan yang mereka anjurkan khas untuk Bumiputera.

Program pertama ialah untuk golongan profesional yang ingin mendapatkan kelayakan CFA atau Certified Financial Analyst.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini anda boleh melayari laman sesawang ini –

PROGRAM CFA
  
Salah satu ciri yang unik program ini adalah bahawa pihak Yayasan mempunyai peranan mentor di mana pelajar akan mempunyai mentor mereka sendiri dan mentor akan bertindak sebagai agen motivasi kepada pelajar.

Program ini secara tak langsung boleh meningkatkan kerjaya yang lebih baik ke arah menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Syarat-Syarat Permohonan :

·         Pekerja profesional Bumiputera Malaysia
·         Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan atau Kewangan atau yang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.0
·         Graduan baru atau individu yang berusia tidak lebih 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
·         Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja, sebaik-baiknya dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau yang berkaitan.

Calon-calon yang berminat boleh memohon secara online di –

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 November 2013.

Sekian dulu bagi pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. FY akan mempromosikan program-program lain di bawah Yayasan ini selepas ini. Harap anda dapat mewar-warkan program-progam ini kepada calon-calon yang berminat.

Terima kasih.

FY





' style='padding: 0; border: none;'/>

11 November 2013

Strategi Pelaburan Saham - Saham Income atau Saham Growth?

STRATEGI PELABURAN SAHAM – SAHAM PERTUMBUHAN ATAU SAHAM PENDAPATAN

Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang selalu bermain di fikiran ialah “Patutkah saya melabur untuk pertumbuhan atau pendapatan?” Sebelum membuat keputusan, seorang pelabur perlu memahami perbezaan antara saham pendapatan dan saham pertumbuhan.

Apa sebenarnya saham pendapatan (income stock)?

Saham pendapatan ialah saham yang membayar dividen. Tujuan memiliki saham pendapatan ialah untuk mendapatkan dividen tinggi secara konsisten, sebagai sumber pulangan semasa dan bukannya untuk mengharapkan naik nilai harga saham anda. Harga saham pendapatan lazimnya kurang meruap (volatile) berbanding saham-saham lain yang didagangkan di pasaran saham. Oleh itu, apabila pasaran menurun, harga saham-saham pendapatan akan mengalami penurunan harga yang perlahan kerana para pelabur akan mengekalkan pegangan saham mereka selagi syarikat membayar dividen.

Saham-saham seperti ini kurang terjejas oleh kitaran perniagaan, di mana produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat masih tetap diperlukan pengguna walaupun keadaan ekonomi kurang baik. Ini termasuklah kemudahan awam, makanan dan keperluan harian yang lain. Ini bererti, saham syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan sebegini berisiko rendah.

Walau bagaimanapun, anda perlu memantau kadar faedah dan inflasi apabila melabur dalam saham-saham ini disebabkan ianya sensitif kepada perubahan kadar tersebut. Apabila kadar faedah naik dan jika kadar hasil dividen sesuatu saham itu kekal, ataupun turun ke tahap yang lebih rendah berbanding kadar faedah yang ditawarkan instrumen pelaburan yang lain (seperti simpanan tetap ataupun bon korporat), harga saham ini mungkin turun. Selain itu, sekiranya kadar inflasi naik dan kadar hasil dividen sesuatu saham itu dikekalkan setiap tahun, hakikatnya, dividen sebenar yang diperolehi  adalah lebih rendah.

Bagaimana pula dengan saham pertumbuhan (Growth stock)?

Berbeza dengan saham pendapatan, saham pertumbuhan membayar dividen yang minimum ataupun tidak membayar dividen langsung. Sebaliknya, saham pertumbuhan menawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi. Ia biasanya mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan purata (lazimnya dua angka), untuk tiga tahun berturut-turut . Kebanyakan syarikat pertumbuhan yang berpotensi terlibat dalam industri yang sedang berkembang pesat, seperti syarikat-syarikat Teknologi Maklumat dan Teknologi Bio. Syarikat-syarikat ini selalunya mendahului pasaran ataupun mempunyai potensi untuk mendahului pasaran. Antara ciri-ciri utama syarikat-syarikat ini ialah kos penyelidikan dan pembangunan mereka yang tinggi berbanding pendapatan mereka. Selain itu, syarikat-syarikat yang  kukuh dalam bidang  pasaran tertentu ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai halangan kemasukan yang tinggi juga tergolong dalam kategori ini.

Walau bagaimanapun, melabur dalam saham pertumbuhan mempunyai risiko tersendiri. Oleh kerana potensi pertumbuhan ialah sesuatu yang belum terjadi dan persekitaran perniagaan sentiasa berubah-ubah, syarikat-syarikat ini juga menanggung risiko yang lebih tinggi apabila produk dan perkhidmatan mereka gagal mengikuti perkembangan semasa dalam pasaran mereka.

Jadi, mana satu yang patut dipilih?

Sekarang, anda sudah mempunyai pemahaman asas mengenai saham pendapatan dan saham pertumbuhan dan apakah perbezaaan antara keduanya, persoalaannya mana satukah saham yang perlu dipilih? Bagi menentukan saham mana satu yang sesuai, anda perlu menilai kedudukan dan menetapkan matlamat kewangan anda terlebih dahulu.

Secara amnya, sekiranya anda tergolong dalam kategori berikut, saham pendapatan lebih sesuai untuk anda kerana risikonya lebih rendah dan lebih mudah dijangka:

·         anda inginkan pendapatan yang tetap daripada pasaran saham untuk menampung perbelanjaan anda; atau
·         anda hampir bersara dan bergantung kepada pendapatan daripada pasaran saham untuk mengekalkan taraf kehidupan anda; atau
·         anda baru sahaja hendak mula melabur dalam pasaran saham.

Manakala, saham pertumbuhan sewajarnya menjadi pilihan anda jika:
·         anda mempunyai sejumlah wang dan ingin melabur untuk jangkamasa panjang bagi memperolehi kenaikan modal.

Pastikan anda mengenali saham syarikat yang dilaburkan

Membeli saham sesebuah syarikat secara tidak langsung bermakna anda memiliki sebahagian daripada perniagaan syarikat tersebut. Sekiranya anda yakin ia berpotensi tinggi dan memiliki asas/fundamental yang kukuh, maka percaya kata hati dan teruskan niat untuk melabur dalam syarikat tersebut.

Pendapat berikut mungkin tidak sama dengan pandangan umum, tetapi bukan kesemua syarikat dalam industri terbaru dan terkini merupakan pilihan pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam saham syarikat Teknologi Bio semata-mata kerana orang ramai mengatakan ia bagus dan mereka juga melabur dalam syarikat itu. Sentiasa ingat bahawa anda perlu memahami perniagaan syarikat yang anda pilih dan bagaimana syarikat tersebut mengaut keuntungannya . Ini kerana, saham pertumbuhan biasanya berisiko tinggi disebabkan ketidakpastian dalam potensi perniagaan syarikat. Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu agar dapat mengurangkan kemungkinan anda kehilangan wang.

Tujuan utama melabur ialah untuk membuat duit, tidak kira sama ada ia membayar pendapatan dividen ataupun untung modal. Walau bagaimanapun, anda seharusnya membina portfolio berdasarkan keperluan peribadi – iaitu sama ada anda perlukan wang untuk jangka masa pendek atau anda hendak mengumpul kekayaan dalam jangka masa panjang. Anda juga boleh mencuba untuk menggabungkan kedua-dua jenis saham dalam portfolio pelaburan dan menilai keuntungannya secara keseluruhan.

CONTOH

Aspek saham pertumbuhan mahupun saham pendapatan ini juga sebenarnya penting dalam menentukan strategi pelaburan kita. Bagi menerangkan ianya lebih lanjut dan memudahkan pemahaman biar saya bagi contoh.

Ramai yang mengeluh bilamana Saham Air Asia X disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia tak lama dahulu. Harga tawaran IPOnya ialah RM1.25 dan ia dibuka pada harga yang sama dan tak lama kemudian ia menurun. Sebenarnya ini adalah contoh saham pertumbuhan. Para pelabur membelinya atas keyakinan kepada potensi akan datang syarikat ini.

Mari kita lihat kepada kes Air Asia terlebih dahulu. Tan Sri Tony Fernandes membeli Air Asia pada harga RM1 dengan hutang sebanyak RM20 juta dan menukarkan syarikat ini kepada syarikat bernilai RM10 billion dalam jangkamasa tak sampai 10 tahun. Air Asia juga hanya memberikan dividennya yang pertama setelah 7 tahun beroperasi. Namun demikian harga sahamnya naik setinggi 5 kali ganda dalam tempoh itu. Ia berada pada paras terendah RM0.765 dan naik ke tahap tertinggi RM4.20 dalam tempoh itu.  



Inilah contoh saham pertumbuhan. Saham yang kita beli kerana kita percaya yang syarikat itu berpotensi untuk membesar menggunakan modal yang para pelabur amanahkan kepada mereka.

Jadi FY percaya saham AAX ini juga bakal menunjukkan prestasi yang sama kelak. Satu analogi yang ingin saya kongsikan kepada anda dalam hal ini.

Kalau diberi pilihan antara seorang budak kecil dan seguni duit, dewasa ini mereka akan memilih untuk mengambil anak kecil tersebut.

Sebabnya?

Memandangkan duit di cop dengan banyaknya di seluruh dunia dewasa ini baik di Amerika, Eropah mahupun di Jepun maka nilainya semakin lama semakin menurun. Ini ditambah pula dengan kesan inflasi kenaikan harga barang yang dihadapi setiap tahun jadi pada mereka adalah lebih baik untuk memelihara seorang anak yang mana anak ini mungkin akan membesar dan bakal berbakti kepada orang tuanya. Maksudnya adalah lebih baik membeli saham AAX ini dan menanti syarikat ini membesar dan satu hari nanti memberikan pulangan yang besar besar kepada paleburnya sepertimana yang ditunjukkan oleh Air Asia tak lama dahulu.

Masalahnya bagi orang kita yang poketnya tak cukup dalam atau dalam ertikata lain modalnya terhad maka mereka tak sanggup untuk menunggu selama itu bagi mendapatkan pulangan kepada pelaburan mereka. Jadi dalam hal ini FY sarankan jangan simpan dan laburkan duit anda dalam saham pertumbuhan begini sebaliknya letakkan ia dalam saham pendapatan.

Contoh saham pendapatan ialah saham Gas Malaysia. Saham ini telahpun kuat sebelum ia disenaraikan. Ia merupakan syarikat yang menguntungkan dan memberikan dividen walaupun  sebelum disenaraikan. Bila ia disenaraikan ia dapat mengembangkan syarikat dan terus-terusan dapat memberikan dividen yang baik kepada pelaburnya. Jadi melabur dalam saham sebegini adalah lebih baik kalau dibandingkan dengan saham AAX dalam contoh tadi.

 

Di sini anda boleh lihat, keuntungan yang dijana menyimpan dan membeli saham ini sejak tak sampai 2 tahun yang lalu. Harga tawaran IPOnya ialah RM2.20 dan sekarang ia telah naik sekali ganda lantas membawa keuntungan sebanyak lebih RM462,000 kepada pelanggan saya ini. Ini belum lagi dicampur dengan dividen yang diterima dari masa ke semasa.

Saya harap anda faham dengan penjelasan saya ini. Untuk tahu lebih lanjut lagi datanglah seminar saham yang saya anjurkan dari masa ke semasa. Akan datang ini pada 24 November nanti. Hubungi Pn Azila Ismail di talian 012 2511 755 untuk mendaftar atau layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

PENURUNAN KOS SAHAM BERDASARKAN DIVIDEN YANG DIBERIKAN.

Dalam kes pelaburan dalam saham Gas Malaysia ini saham tersebut disenaraikan pada bulan Mac tahun 2012 pada harga RM2.20. Harganya sekarang ialah RM4.03 iaitu keuntungan sebanyak RM1.83 atau pulangan sebanyak 83.18% dalam masa tak sampaui 2 tahun. Dalam hal ini adakah ini tepat?

Jawapannya TIDAK. Ini kerana sehingga hari ini saham Gas Malaysia ini telah memberikan dividen sebanyak 5 sen pada bulan Mei 2012, 7.69 sen pada bulan Ogos 2012 dan 6 sen lagi pada bulan Ogos 2013 menjadikan jumlahnya 18.69 sen. 18.69 sen adalah bersamaan dengan RM28,035.00 dipulangkan sebagai dividen dalam kes di atas ini. Kalau 18.69 sen ini ditolak dari harga IPO RM2.20 pula maka kos modal saham anda ialah RM2.0131.

Kos pelaburan saham anda menjadi semakin murah sedangkan harga saham pula semakin naik. Apa yang terjadi dalam jangkamasa panjang kos saham anda akan menjadi 0! Dalam ertikata lain anda akan mendapat saham secara PERCUMA! Ini kerana dividen dari masa ke semasa yang anda terima akan lambat laun membayar modal yang anda keluarkan untuk membeli saham tersebut.

Inilah kelebihan melabur jangkamasa panjang dalam saham-saham jenis Saham Pendapatan atau Income Stocks ini.

Petikan dari buku Ebook Super Investor yang sedang FY tulis... Beli jangan tak beli... bila ia diterbitkan nanti. Pasti berbaloi!

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
www.faizalyusup.net
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Vice President
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
InvestSmart Roadshow anjuran Securities Commission

Seminar saham SUPER INVESTOR ini akan dijalankan beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan seperti tarikh dibawah :

26 MAC 2016 – PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM, SELANGOR

Seminar saham ADVANCE SUPER INVESTORS yang menggabungkan SEMINAR SUPER INVESTORS, WOKSYOP TECHNICAL ANALYSIS dan PERSONAL COACHING pula akan dijalankan sepertimana tarikh dibawah :

14 dan 15 MEI 2016 - HOTEL OCEANIA, KOTA KINABALU, SABAH

TEMPAT ADALAH TERHAD..!!

Hanya 30 PENDAFTARAN PERTAMA sahaja akan DITERIMA bagi setiap lokasi.

★★★ HADIAH 3 EBOOK ESKLUSIF ISTIMEWA ★★★

30 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat HADIAH 3 EBOOK ESKLUSIF bertajuk Investlah, Rahsia IPO Awam dan Rahsia IPO di MITI secara PERCUMA.

==================================
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke seminar ini kerana kami tak tahu bila kami akan ke tempat anda lagi.
FIRST COME...FIRST SERVE...!
==================================

CARA-CARA PENDAFTARAN : -

(+) Melalui Online : Layari www.seminarsaham.com.my

(+) Melalui SMS/Whatsapp : Hantar [Nama] [No. IC] [No. Tel] [Email] [Lokasi Seminar] ke 60166641755 / 60122511755


(+) Panggilan Telefon: Hubungi 60166641755 / 60122511755

www.faizalyusup.net
www.seminarsaham.com.my

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading

Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham

Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham

Apapun andai anda ;

Tak tahu apakah impak Currency, Komoditi dan Politik kepada pasaran,
Tak tahu apakah tema pasaran samasa,
Tak tahu samaada Bursa Malaysia sihat atau tidak untuk melabur,
Tak tahu bagaimana untuk memilih saham yang menguntungkan,
Tak tahu bagaimana untuk memilih saham pendapatan atau pertumbuhan
Tak tahu samaada anda sesuai menjadi Trader atau Investor
Tak tahu bagaimana untuk mengetahui saham mana yang patuh syariah,
Tak tahu bagaimana untuk mengira EPS dan PE atau ratio syarikat,
Tak tahu bagaimanakah strategi mengira saham,
Tak tahu apakah strategi pelaburan nilai,
Tak tahu apakah strategi dollar cost averaging,
Tak tahu apakah strategi terbaik dan berkesan melabur saham, 
Tak tahu membandingkan saham-saham dalam industri,
Tak tahu analisa manakah yang terbaik FA, TA, RA, BA, QA dan lain-lain,
Tak tahu impak rumors dan news kepada harga saham,
Tak tahu nilai sasaran sesuatu saham,
Tak tahu Indikator mana dalam Analisa Teknikal yang paling berkesan,
Tak tahu strategi terbaik Analisa Teknikal dan Bursa Malaysia
Tak tahu manakah platform online yang terbaik,
Tak tahu timing terbaik membeli dan menjual saham,
Tak tahu bagaimana nak screening saham,
Tak tahu mengenai sindiket saham di belakang tabir,
Tak tahu di mana nak cari maklumat-maklumat saham,
Tak tahu itu dan ini dalam melabur di Bursa Malaysia...

Jawapan kepada semua persoalan ini ada dalam sesi Personal Coaching FY!


Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;

 
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelabur yang bijak dan trader yang berhemah.

Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Woksyop Analisa Teknikal

Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.

Seminar Saham Super Investors

Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.

Kalau anda ;

Nak tahu kedudukan Bursa Malaysia di mata dunia
Nak tahu mengenai pelaburan saham sebagai alternatif pendapatan
Nak tahu rahsia menjana pendapatan dari IPO Awam
Nak tahu rahsia menjana pendapatan dari IPO di MITI
Nak tahu rahsia menjana pendapatan dari Private Placements
Nak tahu bagaimana sesuatu saham disenaraikan
Nak tahu kenapa sesuatu syarikat ingin disenaraikan
Nak tahu apakah kelebihan melabur saham
Nak tahu apakah kategori saham-saham di Bursa Malaysia
Nak tahu kepentingan indeks dan petunjuk pasaran
Nak tahu kos menjalankan urusniaga saham
Nak tahu settlement period Bursa Malaysia
Nak tahu adakah menggunakan trading online atau remisier lebih baik
Nak buka akaun CDS secara percuma
Nak buka akaun CDS Islamik 
Nak buka akaun Trading
Nak tahu kepentingan Network kepada pelabur
Nak tahu 6 langkah rahsia menjana keuntungan dalam pelaburan
Nak tahu 15 garispanduan memilih saham
Nak tahu software pelaburan saham yang terkini dan terbaik
Nak tahu kelebihan kita sebagai pelabur

Nak tahu itu dan ini dalam melabur di Bursa Malaysia...

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan lengkap seminar mahupun keterangan lanjut.

 
Ebook Investlah Percuma

Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.

 
Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.

 
HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
http://www.faizalyusup.net/2014/05/biodata-faizal-yusup-fy-yang-terkini.html
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.




' style='padding: 0; border: none;'/>

Mini Seminar Saham Super Investor

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTORS UPDATES

Assalamulaikum.

Disebabkan ramai yang terlepas seminar saham Super Investor pada 2 November lalu dan tak sabar menantikan seminar bulan Januari nanti, jadi kami mengambil keputusan untuk menjalankan mini seminar untuk Super Investor dan Supertech Investor tak berapa lama lagi. 

Berikut adalah informasi tentangnya ;

Sabtu 23 November 2013 - Seminar Saham SuperTech Investor bersama Zuhri Zain di Damansara Intan. Deposit RM700.00 ke akaun Maybank Advance Forward 5051 0340 5396 dan berikan nama, no hp serta alamat emel kepada Puan Azila di 012 2511 755 untuk menempah tempat anda.

Ahad 24 November 2013 - Mini Seminar Saham Super Investor bersama FY di Shah Alam. Deposit RM490.00 ke akaun Maybank Advance Forward 5051 0340 5396 dan berikan nama, no hp serta alamat emel kepada Puan Azila di 012 2511 755 untuk menempah tempat anda.

Harga pakej untuk kedua-dua seminar ialah RM1100.00. Harap maklum.

FY


' style='padding: 0; border: none;'/>

09 November 2013

Trader dan Investor di Bursa Malaysia, Apa Perbezaannya?

PERBEZAAN ANTARA TRADER DAN INVESTOR

Sebenarnya terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk melabur dalam pasaran saham. Ia juga bergantung kepada banyak aspek. Salah satunya ialah jangkamasa pelaburan. Ada yang menggunakan kaedah “scalping” untuk menjana keuntungan dalam jangkamasa yang sangat pendek. Mereka ini merupakan day trader atau trader kontra yang menjalankan transaksi saham kontra dalam jangkamasa 3 hari. Namun ada juga trader yang jangkamasanya pelaburannya mungkin hingga 3 bulan dan ada juga pelabur atau investor yang jangkamasa pelaburannya ialah 3 bulan ke atas.

Namun dalam aspek ini juga ada yang tak tahu langsung apakah strategi yang mahu mereka gunapakai dalam menjalankan pelaburan mereka. Dalam ertikata lain main ikut kata hati atau melabur dalam keadaan buta. Tanpa ilmu, tanpa pengetahuan yang mana akhirnya membawa kepada kerugian. Duit susah untuk dicari namun kenapa begitu mudah ia dibuang begitu sahaja?

Oleh itu, dalam bab ini FY ingin menerangkan mengenai perbezaan antara Trader dan Investor ini secara ringkas.

Jangkamasa Pelaburan

Bagi seorang Trader jangkamasa pelaburan mereka pendek. Mereka hanya membeli saham untuk dijual mungkin pada hari yang sama mahupun dalam tempoh kontra iaitu 3 hari bekerja dengan harapan mereka dapat buat keuntungan atas angin. Pada FY paling lamapun mereka menyimpannya untuk jangkamasa sehingga 3 bulan.

Bagi seorang Investor pula jangkamasa pelaburan mereka lebih lama. Ia adalah 3 bulan ke atas. Ini kerana mereka selalunya menunggu sehingga penyata kewangan keluar iaitu setiap 3 bulan. Jadi dari penyata inilah mereka membuat keputusan samaada untuk terus menyimpan saham tersebut atau menjualnya. Kalau penyata kewangan itu menujukkan keuntungan yang baik maka ia menunjukkan yang syarikat itu bagus jadi mereka akan menyimpan saham-saham ini untuk satu jangkamasa yang lebih lama lagi.

Strategi Pelaburan

Bagi trader, strategi kebiasaannya ialah buy high sell even higher. Mereka membeli dengan menggunakan analisa teknikal menggunakan carta dan selalunya membeli pada masa harga saham itu menunjukkan yang ia akan breakout.

Bagi Investor pula setelah membuat analisa asas, analisa kewangan dan pelbagai analisa yang lain akan saham yang akan dibeli, mereka akan sabar menanti bilamana harga saham itu jatuh. Mereka menggunakan kaedah buy low, sell high. Mereka ini selalunya mengunakan kaedah membeli at “support” iaitu bilamana harga saham yang ingin dibeli itu berada dalam keadaan oversold atau terlebih jual. Kaedah ini sebenarnya jauh lebih selamat dan bakal membawa keuntungan dalam jangkamasa panjang.

Keuntungan seorang Trader dalam jangkamasa 3 bulan selah seorang  pelanggan FY.
Risiko

Dari sudut risiko pula, risikonya adalah lebih tinggi bagi seorang yang menggunakan strategi trader kalau dibandingkan dengan mereka yang menggunakan strategi investor. High risk high return kata orang namun demikian high risk high loss juga perlu kita letakkan dalam fikiran.

Apapun tepuk dada tanya selera. Bagi kebanyakan kita sebagai manusia. Kita punya fitrah yang tak sabar. Jadi kita mahukan keuntungan yang cepat, keuntungan yang banyak dengan modal yang kecil dan sebagainya. Namun hakikatnya strategi ini lebih tinggi kebarangkaliannya untuk kita rugi daripada untung. FY telah berada dalam pasaran saham ini cukup lama untuk memahami apatah lagi menyampaikan pesanan sepatah dua kata kepada anda.

Andai anda ingin menjadi seorang trader, saranan FY carilah ilmunya, belajar dari mentor yang betul, dapatkan pengalaman, buat back testing beratus kali bagi mendapatkan setting yang betul untuk digunapakai kerana permainan ini buka untuk newbie, beginner mahupun amatur kerana ia merupakan mainan trader-trader yang expert.

Kemudian dewasa ini ada pula golongan PDT. Golongan Trader Intraday yang membeli dan menjual atau menjual dahulu dan membeli kemudian pada hari yang sama. Itu cerita lain.

Apapun ada lagi beberapa faktor yang membezakan antara Trader dan Investor ini contohnya bagaimanakah mereka memilih kaunter dan sebagainya tapi untuk mengetahuinya datanglah ke seminar Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my bagi mengetahui tarikh seminar yang akan datang.

FY yakin kepada anda yang telah pergi seminar-seminar saham di luar sana, aspek ini juga tidak diterangkan kepada anda walhal ini merupakan salah satu aspek yang penting yang perlu anda tahu sebagai pelabur saham.

Keuntungan yang dijana oleh seorang Investor pelanggan FY. RM462K belum ditambah dengan dividen-dividen yang telah diterima.
Kalau anda tak dapat datang seminar FY, saranan FY belilah buku-buku Ebook Super Investor yang FY tulis.  Ini kerana banyak perkongsian yang berguna untuk anda bagi mengetahui rahsia-rahsia pelaburan di Bursa Malaysia ada di dalamnya.

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my

PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;


SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.


Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



    ' style='padding: 0; border: none;'/>