30 Disember 2010

MALAYSIA - AFF SUZUKI CUP 2010 CHAMPION


Sekalung Tahniah kepada Pasukan Bolasepak Malaysia kerana buat pertama kalinya memenangi AFF Suzuki Cup 2010 setelah dimenangi oleh Singapura sebanyak 3 kali. Thailand 3 kali dan pada tahun 2008 Vietnam sekali. Kemenangan ini menyusul setelah Malaysia memenangi Emas dalam Sukan Sea yang lalu. Malaysia menang dengan agregat 4-2 mengalahkan Indonesia setelah mengalahkan Pasukan Vietnam dengan agregat 2-0 dalam perlawanan Separuh Akhir.

Meskipun Indonesia menyalahkan pancaran laser di Bukit Jalil atas kekalahan 3-0 pasukan mereka namun demikian ia tidak menjejaskan pasukan Malaysia untuk muncul juara dalam edisi ke 8 Piala Suzuki ini. Safee Sali menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol dan tak disangkal merupakan penyerang yang terbaik bagi kejohanan kali ini. Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi juga bermain dengan baik dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi. Apapun pada saya mereka semua Kuna, Safiq, Nur Izlan, Mohd Muslim dan yang lainnya layak bergelar Harimau Malaya! Tidak dilupakan K Rajagobal yang mempunyai visi dan misi berjaya mencorakkan pemain-pemain yang matang di bawah telunjuknya walaupun mereka merupakan rata-rata pemain muda. Seperkara lagi pasukan Malaysia menang tanpa bantuan pemain import walaupun pihak Indonesia mengatakan Kunalan bukan rakyat Malaysia. Malaysia menang hanya dengan titik peluh anak tempatan dan ini amat membanggakan!

Ini merupakan satu petanda yang baik kebangkitan semula era kebangkitan bolasepak Malaysia ke persada antarabangsa. Kemenangan ini meletakkan Malaysia sebagai pasukan yang bakal digeruni di Asia Tenggara dan akan datang bakal bersaing di peringkat Asia dengan harapan saru hari nanti mereka akan dapat mengikut jejak langkah Jagoan Harimau Malaya terdahulu dengan melayakkan pasukan ke peringkat Olimpik dan manalah tahu ke peringkat Dunia satu masa kelak. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Saya yakin setelah sekian lama, semangat yang telah lama hilang semenjak zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Ghani Minhad, Arumugam, Santokh Singh dan lain lain telah mula menular kembali dalam hati rakyat Malaysia.

Syabas buat Pasukan Bolasepak Malaysia! Syabas buat semua rakyat Malaysia... Hari Jumaat 31 Disember 2010 telah diistiharkan cuti umum oleh PM bagi meraikan kejayaan ini.

Syabas! Syabas! Syabas!
MALAYSIA PASTI BOLEH!

Sekian dulu.

Faizal Yusup
www.faizalyusup.com

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.