01 November 2012

PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA AIR ASIA X DI MITI TELAH KELUAR!


SAHAM IPO AIR ASIA X TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI

Jumlah Saham Khas     :       260,740,700 unit
Harga Par                  :       RM 0.15
Harga Tawaran           :       -
Aktiviti Utama Syarikat :       The Group is principally engaged in the business of providing low-cost, long-haul air transportation services
Penyenaraian Saham   :       Disenaraikan di Pasaran Utama
Bank Penasihat           :       CIMB Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan :        Pengisian Borang Permohonan Saham Secara Atas Talian (Online) bagi Individu adalah selewat-lewatnya 5 November 2012 (Isnin) jam 12.00 tengahari; dan

Penghantaran Borang Permohonan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya jam 6 November (Selasa) jam 4.00 petang.


Harga indikatif dan status syariahnya setakat ini masih belum diketahui lagi.

Kepada mereka yang ingin melanggan mereka bolehlah berbuat demikian atau hubungi FY sekiranya anda inginkan perkhidmatan FY dalam membuat permohonan tersebut.

FY bagi pihak Persatuan Remisier Bumiputera hanya mengenakan caj 1 sen sesaham bagi membantu anda memohon saham ini. Caj ini hanya perlu dibayar tatkala anda mendapat tawaran kelak.

Di sini FY menyediakan perkhidmatan untuk permohonan IPO MITI ini.

Perkhidmatan ini merangkumi ;

  1. Permohonan online secara terus di MITI serta mendapatkan salinan borang untuk di hantar ke MITI.
  2. Perkhidmatan membuka akaun CDS. Ini kerana anda WAJIB mempunyai akaun CDS untuk membuat permohonan.
(Anda perlu membawa IC dan buku atau penyata bank bagi membuka akaun CDS.)

Untuk permohonan ke MITI, apa yang perlu anda lakukan ialah menyiapkan ;
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan penyata bank selama 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank atau, dan
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku ASB, ASW yang disahkan pegawai ASB, ASW dll atau serta
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku Tabung Haji atau lain-lain penyata kewangan yang disahkan.

Andainya semua duit anda berada dalam ASB maka salinan ASB yang disahkan itu sudah memadai.

Setelah semua lampiran itu siap, FY akan menghantarnya ke MITI nanti sebelum tarikh tutupnya.

Semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam.

Kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan dalam IPO MITI ini maka jemputlah datang ke pejabat FY di ;

Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Second Floor, 
The CURVE, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.

Hubungi FY terlebih dahulu sebelum datang ok.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.