25 Januari 2013

PORTAL SAHAM.MITI.GOV SEDANG DIKEMASKINI

SAHAM.MITI.GOV SEDANG DIKEMASKINI

Assalamualaikum. 

Kebelakangan ini mungkin ada pelabur yang cuba masuk ke dalam portal peruntukan saham khas di MITI namun tidak berjaya. Ramai juga yang bertanya kepada FY apa masalahnya memandangkan mereka menanti keputusan peruntukan saham Air Asia X mahupun menantikan peruntukan saham bumiputera khas yang baru.

Setelah FY bertanya, menurut salah seorang pegawai di MITI, portal saham itu sedang dikemaskini dan kemungkinan besar akan kembali bersiaran pada awal Februari nanti. Apapun kita tunggu dan lihat.

Nampaknya saham Tune Insurance, syarikat yang menyediakan perkhidmatan insurans bagi penumpang-penumpang Air Asia telah ditawarkan di IPO Awam tanpa melalui MITI. FY pun tak pasti kenapa ia tidak melalui pihak MITI bagi peruntukan Bumiputera. Mungkin peruntukan untuk Bumiputera itu telah mencukupi agaknya.

Ia dijual pada harga RM1.55 sesaham dan boleh dipohon dengan cara pengisian borang, ATM mahupun Online Banking sepertimana yang pernah FY jelaskan dahulu.

Untuk pengetahuan anda FY sedang menulis Ebook bagaimana memohon saham IPO Awam ini berserta dengan rahsia dan tip-tip yang perlu pelabur tahu. Inn Shaa Allah ia akan siap tak lama lagi.

Apapun Tune Insurance mungkin bagus Fundamentalnya tetapi keadaan pasaran yang tidak menentu, status non syariahnya serta pengumuman pilihanraya dalam masa yang terdekat ini mungkin sesuatu yang harus difikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Sekian dulu. FY mengundur diri buat masa ini.

Jangan lupa FY ada buat Seminar Super Investor Sabtu 2 Februari nanti di Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur. Ia sesuai untuk pelabur beginner / newbie yang mahu belajar asas pelaburan saham. Lawati kami di www.seminarsaham.com.my

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.