15 April 2013

KLCI MENCAPAI PARAS TERTINGGI MELEPASI 1700 MATA


Assalamualaikum...

FY agak sibuk sejak dua menjak ini memandangkan pasaran saham naik dan melepasi 1700 mata beberapa hari yang lalu. Tahap tertinggi yang pernah dicapai KLCI.

Benar FY pernah mengatakan yang pasaran saham akan jatuh menjelang pilihanraya dan benar ia jatuh sebanyak 53 mata semasa Parlimen dibubarkan tetapi ia melantun dan tutup positif pada hari tersebut. Ia sebenarnya sesuatu yang membingungkan banyak pihak.

Maka ada yang berkata ia bersifat artificial, ia disokong oleh pihak tertentu dan sebagainya.

Dari pandangan mereka yang pernah melalui kejatuhan pasaran dari 1300 mata hingga 1000 mata disebabkan oleh pilihanraya tahun 2008 yang seterusnya diterukkan oleh Isu Sub Prime di Amerikan hingga bursa Malaysia jatuh ke tahap 800 mata, mereka ini begitu skeptikal dan yakin yang pasaran saham akan jatuh teruk selepas pilihanraya nanti.

Biarpun FY juga pernah berada di situ pada tahun 2008 namun demikian FY merasakan sebaliknya. Kali ini keadaan tidaklah seteruk itu rasanya. Ia disebabkan beberapa faktor.

  • Pertamanya terdapat liquidity dalam pasaran.
  • Liquidity ini datangnya dari keyakinan pelabur asing dalam potensi syarikat-syarikat di Bursa Malaysia.
  • Liquidity ini mungkin disebabkan oleh stimulus Ekonomi yang mana duit dicop di Amerika dan Jepun sebagai satu langkah merancakkan ekonomi mereka.
  • Di Cyprus, deposit di Bank dikenakah cukai, jadi daripada menyimpan di bank adalah lebih baik membeli bon dan saham kukuh yang punya dividen. Paling tidakpun duit tidak menguncup.
  • Seterusnya Asia Pasifik adalah rantau yang paling berpotensi dan mengalami kenaikan purata ekonomi sebanyak 7.8%, kenaikan yang tertinggi kalau dibandingkan dengan rantau yang lain.
  • Kemudian Bursa Malaysia merupakan Bursa yang jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bursa-Bursa serantau. Jadi dewasa ini Bursa Malaysia sedang membuat apa yang dikatakan sebagai catch up.
  • Fund Managers dan Institusi pelaburan pula mempunyai reserve tunai yang besar kerana mereka telah menjual saham-saham jauh lebih awal dahulu.
  • Dan banyak faktor yang lain lagi.
Jadi, kepada pelabur di luar sana yang dijodohkan dengan tulisan FY ini saranan FY.

Trading saham jangkamasa pendek, saham-saham kukuh yang punya dividen. Saham-saham berjajaran kecil harus dielakkan. Ini kerana pada saat ini penyertaan pelabur runcit amat sedikit dalam pasaran jadi untuk menjana keutungan dari saham-saham ini amatlah sukar.

Apapun kita tunggu keputusan pilihanraya kerana setelah sentimen ini berakhir maka FY yakin pasaran saham akan terus mengukuh di masa-masa mendatang lebih-lebih lagi sekiranya BN menang. Andai PR yang menang maka mungkin akan ada knee jerk reaction hinggalah polisi kerajaan ditetapkan.

Bagaimanapun saban hari peluang tetap ada untuk kita menjana keuntungan di Pasaran Saham kalau kita tahu akan kuncinya. 

Kepada yang ingin meminta FY memberi garis panduan akan bagaimana untuk memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia. Sila hubungi FY di 012 654 0130 atau 016 666 7430. Portfolio pelaburan permulaan sebanyak RM30,000 sudah memadai untuk kita membeli saham-saham yang baik dan berpotensi untuk naik.

FY juga akan menjalankan Seminar Saham Super Investor pada 27 Mac ini dimana banyak input yang bakal dikongsikan. Layari - www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar. Percayalah ia pasti berbaloi.

Sekian dulu.

FY
0166667430



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.