25 September 2014

BAGAIMANA MEMBAIKPULIH PORTFOLIO SAHAM YANG RUGI?

PERIHAL MEMBAIK PULIH PORTFOLIO PELABURAN

Ramai juga pelabur yang datang menemui FY meminta FY membaik pulih portfolio mereka. Lazimnya bila FY lihat portfolio tersebut kebanyakan saham-saham tersebut terdiri dari kaunter-kaunter cap ayam. Kaunter penny stocks yang murah dan syarikatnya mengalami kerugian. Senario kedua terdiri daripada saham-saham IPO yang mengalami kerugian dan masih tidak dijual hingga kini seperti FGV, AAX dll lagi, senario ketiga pula saham-saham Warrant dan Call Warrant.

Bagi senario portfolio saham-saham Penny Stocks atau saham cap ayam, ia saham yang sesuai untuk trader, jadi bila membeli kita mesti menjualnya dengan cepat dan kalau ia tidak naik, strategi cut loss mesti digunapakai.

Bagi senario saham-saham IPO pula, selalunya pelabur akan dapat menjual dan mendapat keuntungan sekiranya ia dijual pada hari pertama penyenaraian namun atas sebab-sebab yang tertentu ia tidak dijual oleh pelabur tersebut. Jadi bagi saham yang menaik seperti UMWOG, DSONIC dan sebagainya tak mengapalah tetapi bagi saham yang turun, Long term Investmentlah jadinya. 

Bagi senario saham-saham warrant pula pelabur membeli pada harga premium yang mana bila dicampur dengan harga Exercise Price ia jauh lebih tinggi dari harga harga Mother Sharenya. (Tak faham? Jangan tanya, jemput ke Seminar FY yer... )

Terus terang, dalam hal ini selalunya FY akan menyarankan saham-saham ini dijual dan digantikan dengan saham-saham yang bagus. Ini kerana dalam pelaburan kita tak mahu terjebak atau tersangkut dengan saham-saham yang tak bagus yang berkemungkinan terus lupus memandangkan secara asasnya syarikat tersebut terus-terusan mengalami kerugian.

Akhirnya anda menjadi Long Term Investor tetapi memegang saham-saham Trader. Saham yang yang tak bagus yang sepatutnya hanya untuk trade masuk dan keluar dengan cepat tersangkut menjadi saham Long Term yang semakin hari semakin layu.

Pemilihan saham, strategi pelaburan, risk reward ratio, stop loss, memahami trend, momentum, volume dan banyak lagi perlu anda tahu sebelum melabur.

Kalau nak belajar semua ini datanglah ke seminar Super Investor FY atau add diri anda dalam FY Super Investor Club di dalam Facebook.

Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.