29 Mei 2015

TIP RAHSIA MENJEMPUT REZEKI FY

Assalamualaikum...

Banyak juga iktibar yang FY dapat ambil dari percutian di Jakarta tempohari. Antaranya ialah mengenai rezeki. Ini kerana di sana FY nampak pelbagai kesukaran yang terpaksa dialami manusia yang sama bangsa dan sama ugama dengan diri FY bagi mencari sesuap nasi. Apa juga yang boleh ditukarkan kepada duit pasti akan mereka usahakan. Menjual kotak, botol, plastik, besi terpakai, menjaga parking motorsikal dan kereta, servis porter membantu mengangkat barang di pusat membeli belah, servis umpama teksi menggunakan motosikal dan sebagainya.

Namun begitu usaha mencari rezeki begitu pada FY adalah jauh lebih mulia dari meminta sedekah.

Pada masa yang sama ramai yang hidup secara setinggan di tepi sungai, tepi jalan keretapi di bawah jambatan mahupun dimana-mana ruang yang begitu padat di kota yang penduduknya melebihi 12 juta orang itu. Pastinya persaingan, ruang dan peluang mencari rezeki menjadi sukar. Pun begitu andai Allah Taala berkehendak FY yakin semua manusia di muka bumi ini bolah sahaja Allah Taala jadikan kaya dan berjaya. Namun itulah antara set dugaan yang perlu kita lalui sebagai makhluk Allah bernama manusia.

Adakah kita bakal menghadapi dugaan ini dengan sebagai insan yang bersifat ehsan atau adakah kita bakal menjadi manusia tetapi sifatnya seperti binatang yang mengikut naluri dan nafsu untuk mencari rezeki tanpa melihat hukum halal dan haramnya.

Alhamdulillah FY lahir dalam negara yang bertuah ini dimana ruang dan peluang itu jauh lebih mudah dan terbuka. Maka mereka yang punya prinsip diri yang betul dengan izin Allah Taala boleh sahaja berjaya di bumi bertuah ini.

Rezeki sebenarnya bukan hanya bermaksud duit sahaja dalam konteks ini tetapi ia merangkumi satu aspek yang lebih meluas. Kelapangan, kebijaksanaan, iman dan ilmu, anak yang soleh, kesihatan tubuh badan dan sebagainya.

Jadi, FY mengambil keputusan untuk mula menulis serba sedikit tip-tip menjemput rezeki dalam ruang ini dan ruang Facebook semoga sedikit sebanyak ia bakal membawa manfaat kepada anda yang dijodohkan dengannya nanti. InsyaAllah...

1.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Jaga hubungan dengan Allah Taala... Selalu berdoa... Sentiasa berhubungan... Lagipun semuanya dariNya...

2.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Buat baik pada ibu bapa... Selalu mencari peluang untuk buat baik pada mereka... Minta doa mereka doakan akan kejayaan dan keberkatan, minta keizinan mereka dalam apa juga yang ingin kita lakukan... sayangi mereka penuhi permintaan mereka selagi terdaya...

3.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Bertakwalah... Allah janji rezeki dari tempat yang tak dijangka. Bertawakkallah... Allah janji akan mencukupkan. Bersyukurlah... Allah janji memperbanyakkan...

4.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Kurangkan tidur dan mulakan hari awal pagi... Orang yang banyak tidur akan melihat dunia dalam jangkamasa yang singkat...

Bersambung...

Kepada yang ingin mencari pendapatan sampingan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia jemputlah datang ke Seminar Saham Super Investor Sabtu ini 30 Mei 2015, di Bangunan Lembaga Getah Asli. Seminar sehari itu bermula dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang dan yurannya cuma RM490.00 sahaja.

Selain FY, 2  lagi penceramah hebat yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam Bursa Malaysia akan FY bawa untuk berkongsi ilmu-ilmu serta rahsia-rahsia menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia. Zuhri Zain MSTA(UK) pakar chartist kaedah analisa teknikal juga Nabil Fikri MSTA (UK) Regional Technical Analyst untuk CIMB Invesment Bank, seorang penganalisa saham yang hebat!

Daftar sekarang dan sertai seminar saham Super Investor ini kerana selepas ini pihak kami akan berehat selama beberapa bulan sebelum menjalankan seminar yang seterusnya.


Atau

Hubungi Puan Azila Ismail di talian 0166641755.


Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi.

FY
0166667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker

Investsmart SC

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.