23 September 2015

INVESTMENT FEST DI MID VALLEY OKTOBER 2015

Assalamualaikum...


Investsmart adalah satu inisiatif pihak Suruhanjaya Sekuriti dengan objektif untuk meningkatkan penglibatan pelabur runcit ke dalam pasaran saham Bursa Malaysia.  Bagi mencapai matlamat ini maka seminar, kursus, kempen dan pelbagai program diatur untuk mendidik pelabur dan memberikan kesedaran tentang kepentingan pelaburan ekuiti dalam pasaran modal.

Jadi, pada 9 hingga 11 Oktober 2015 ini satu lagi program dirancang dan progam yang dinamakan sebagai INVESTMENT FEST akan diadakan bertempat di Convention Centre Mid Valley. Di sini ramai speaker-speaker besar akan berkumpul dan menyampaikan pelbagai pengisian pentadbiran kewangan baik dalam pelaburan saham secara terus, pelaburan dalam saham amanah, pengurusan kewangan, persediaan persaraan, memulakan protfolio saham, strategi pelaburan dan banyak lagi.



Speaker-speaker itu pula terdiri dari mereka-mereka yang pakar dalam industri, CEO, Director, Analyst, President dalam agensi masing-masing dan ini termasuklah dari Investment Bank, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan sebagainya.

Dan terselit di situ di kalangan pakar-pakar industri seorang remisier yang anda kenali. Namanya Faizal Yusup atau FY. Di sini sebenarnya ada sesuatu yang perlu difikirkan. Dari lebih kurang 6500 Remisier dan Dealer yang berlesen di negara ini hanya FY sahaja remisier yang dipilih untuk membantu menjayakan program tersebut. Kenapa ye?

Apapun InsyaAllah FY akan menyampaikan pengisian pelaburan yang terbaik untuk semua tetamu yang hadir. Program ini terbuka kepada semua dan ia akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Kepada sesiapa yang punya kelapangan jemputlah hadir. Banyak ilmu pengetahuan pelaburan yang boleh anda timba dari program selama 3 hari ini. 

Sekian dulu.

FY
0166667430


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.