05 Januari 2016

SALAM 2016 DARIPADA FY

Assalamualaikum... 



Salam Tahun Baru 2016. Harapan FY semoga tahun yang akan datang ini lebih baik buat kita semua baik dari segi spiritual, mental, fizikal mahupun kewangan. Kita perlukan keseimbangan dalam kehidupan, kalau tak, stress jadinya memandangkan keadaan yang semakin lama semakin mencabar dewasa ini.

Pasaran Bursa Malaysia dimulakan dengan langkah kiri semalam bilamana ia dibuka jatuh 39 mata semalam menyusuli kejatuhan pasaran serantau, lebih-lebih lagi pasaran China yang jatuh lebih 7% atas alasan kelembapan ekonomi neara tersebut. Harga minyak mentah dan komoditi yang merudum menyebabkan penyusutan nilai matawang Ringgit Malaysia lantas menjejaskan pelbagai pihak. Ekonomi negara terkesan dengan semua ini hinggakan industri pengilangan dan pembuatan, industri kewangan, industri berkaitan komoditi dan yang terjejas terpaksa membuang pekerja, menawarkan VSS, MSS, menstruktur semula, mengecilkan operasi dan sebagainya. 

Kemudian kenaikan harga barang disebabkan inflasi, imported inflation oleh sebab penurunan nilai matawang RM, GST dan sebagainya semuanya membawa kepada kenaikan hosehold debts dan seterusnya Consumer spending yang lemah juga bakal menjejaskan pelbagai perniagaan dalam negara ini. Ramai yang terpaksa tutup kedai dan sebagainya.

Dari segi politik, banyak juga yang boleh diperkatakan tetapi FY tidak berhasrat untuk memperkatakannya. Apapun semua sentimen ini tidak ini tidak membantu dalam mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Inilah cabaran demi cabaran yang perlu kita hadapi dari tahun ke setahun.

Apapun untuk tahun 2016 ini, saranan FY ialah lebihkan berjimat, beli apa yang perlu bukan apa yang kita mahu, gunakan tabungan untuk pelaburan baik jangkamasa panjang maupun pendek, cari pendapatan tambahan dan sebagainya demi menghadapi masa-masa mendatang.

Dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia pula FY sarankan saham-saham Industri Pembinaan, Teknologi dan Imported Related bagi tahun 2016 ini.

All the best untuk 2016!

InsyaAllah kita jumpa lagi.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.