Ramai yang bertanya FY mengenai kotak-kotak yang dipaparkan sepertimana di atas ini. Hari ini sekali lagi FY menerangkan mengenainya sekali lagi.
Sebenarnya secara mudah ada tiga kategori pelabur utama di dalam Bursa Malaysia. Pertama pelabur institusi tempatan sebagai contoh EPF, Tabung Haji, LTAT, PNB dan sebagainya.
Berdasarkan carta di atas kita boleh lihat yang penglibatan Institusi Tempatan melebihi 48.1% daripada jumlah keseluruhan dagangan di dalam Bursa Malaysia siang tadi. Daripada jumlah ini kita boleh lihat yang Institusi tempatan pada hari ini lebih banyak menjual daripada membeli lantas ini menyebabkan kedudukan negatif. RM245.8 juta defisit.
Kategori pelabur kedua adalah pelabur runcit yang terdiri daripada 32.8% daripada keseluruhan jumlah dagangan Bursa Malaysia tadi. Anda sebagai pelabur runcit tergolong dalam kategori ini apabila anda menjalankan transaksi jual beli di Bursa siang tadi. Dalam hal ini kita boleh lihat terdapat lebih banyak penjual dari pembeli dalam kategori pelabur runcit tadi tak kesahlah samaada anda seorang investors mahupun seorang traders.
Untuk pengetahuan anda nilai pelaburan harian pelabur runcit ialah sekitar RM200 juta sahaja 10
tahun yang lalu namun sekarang ia lima kali ganda iaitu sekitar RM1 Billion setiap hari. Ini menunjukkan semakin ramai pelabur runcit telah terbuka mindanya dan mula melabur dalam Bursa Malaysia. Ini pastinya satu petanda yang baik.
Persoalannya adakah anda sebagai pelabur runcit punya ilmu pelaburan saham yang membolehkan anda untung?
Seterusnya kategori pelabur yang ketiga iaitu institusi luar negara, asing atau Foreign. Sebagai contoh JP Morgan, BNP Paribas, Citibank dan sebagainya.
Mereka inilah menunjukkan Data Foreign Inflow atau Foreign Outflow dana modal dari dan ke Bursa Malaysia. Dalam hal ini penglibatan mereka pada tahap 19.1%. Carta di atas menunjukkan hari ini lebih banyak dana asing yang masuk dari keluar iaitu sebanyak RM261.9 juta ringgit.
Dalam hal ini kemasukan dana asing adalah bersifat positif kerana ia akan meningkatkan modal dan seterusnya menaikkan Bursa Malaysia dan begitulah sebaliknya.
Analoginya mudah. Kita letak air dalam satu mangkuk, kemudian kita masukkan secawan air ke dalam mangkuk tersebut. Maka air itu akan meningkat. Begitulah juga Bursa Malaysia. Suntikan modal pelabur asing akan menaikkan KLCI. Jadi itu bagus untuk ekonomi negara.
Sepanjang tahun 2016 sebanyak RM3.6 billion dana asing keluar dari Malaysia dan pada tahun 2017 lebih RM10 billion dana asing telah masuk ke dalam pasaran Bursa Malaysia. Ia negatif juga pada tahun 2018, 2019 malah 2020. Setakat 2021 ini ia juga masih dalam kedudukan negatif namun kebelakangan ini dengan pembukaan ekonomi dan perniagaan keadaan nampak lebih positif.
Besar ke kecil Bursa Malaysia ni? Modal Pasaran Bursa Malaysia pada ketika ini ialah lebih kurang RM3 trillion. Campurkan modal pasaran Facebook dan Apple sudah cukup untuk membeli seluruh Bursa Malaysia! Begitulah kecilnya Bursa Malaysia ini sebenarnya.
Tadi pada penutup secara keseluruhannya RM3.3337 billion saham didagangkan di Bursa Malaysia dan dari jumlah ini lebih 80% datangnya dari penglibatan pelabur tempatan sahaja, ini bermakna kebarangkalian Bursa Malaysia jatuh seperti tahun 1997-1998 dahulu amat rendah.
Sekian dulu...
FY Al Haj
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
PS - Kalau anda serius nak buat duit melabur saham di Bursa Malaysia, jemputlah datang ke seminar FZTH yang akan FY jalankan di Sendayan hujung bulan ini.
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
www.faizalyusup.net
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
FY Team
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155
Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755.
Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari!
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.