RISIKO MELABUR SAHAM
Melabur saham adalah salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan anda. Namun, sebelum anda melabur saham, anda perlu mengetahui apa risiko yang terlibat dan bagaimana anda boleh mengurangkannya.
Risiko melabur saham adalah kemungkinan anda akan mengalami kerugian daripada pelaburan anda. Kerugian ini boleh berlaku kerana beberapa faktor, sepertimana berikut ini ;
Risiko Pasaran
Risiko ini berkaitan dengan pergerakan harga saham di pasaran. Harga saham boleh berubah-ubah kerana permintaan dan penawaran, sentimen pelabur, berita korporat, isu politik, ekonomi dan sosial, dan sebagainya. Sekiranya harga saham jatuh di bawah harga belian anda, anda akan mengalami kerugian. Dalam ertikata lain modal anda akan merosot.
Risiko Syarikat
Risiko ini berkaitan dengan prestasi kewangan dan operasi syarikat yang anda laburkan. Jika syarikat mengalami masalah seperti keuntungan yang menurun, hutang meningkat, persaingan sengit, skandal korporat atau kegagalan pengurusan, harga sahamnya mungkin akan menurun dan anda akan mengalami kerugian.
Risiko Kecairan
Risiko ini berkaitan dengan kemudahan untuk menjual atau membeli saham di pasaran. Jika saham yang anda laburkan kurang cair, tiada volum atau kurang diminati oleh pelabur lain, anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menjualnya pada harga yang sesuai. Ini boleh menyebabkan anda terpaksa menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga belian anda lantas menanggung kerugian.
Risiko inflasi
Risiko ini berkaitan dengan penurunan nilai wang seiring dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Jika kadar inflasi melebihi pulangan pelaburan saham anda, nilai sebenar pelaburan anda akan berkurangan dan daya beli anda akan menurun.
Ini adalah beberapa risiko yang perlu kita ambil perhatian sebelum memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bagaimana kita boleh mengurangkan risiko ini?
FY akan huraikannya dalam artikel yang akan datang. Tungguuu...
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.