05 Februari 2024

TIP SAHAM BESOK!!!

 TIP SAHAM BESOK!!!


Nukilan Haji Faizal Yusup

Remisier Kenanga Inv Bank Berhad

Artikel Saham ke 22


Soalan ; FY, apa kaunter menarik utk dikaji atau enter besok? FY apa tip saham besok?


Jawapan FY;

Soalan ini sering FY dapat saban hari. Hari ini FY ingin menjawabnya.


Jawapannya ialah adakah anda seorang Investor jangkamasa panjang atau adakah anda seorang trader jangka masa pendek?


Kalau anda seorang yang Investor maka kalau FY bagi satu saham yang kukuh fundamentalnya dan pada ketika ini berada pada tahap Support dalam cartanya maka ia akan mengambil masa yang lama untuk ia naik.


Jadi anda akan berkata kenapa saham ini tak bergerak atau mengambil masa yang lama untuk naik malah adakalanya ia turun lagi? Maka nanti anda akan marahkan FY.


Kalau anda seorang trader pula apabila FY bagi satu saham yang nampak cantik pada daily chartnya pada penutup semalam tetapi keesokan harinya apabila market dibuka tiba-tiba saham itu tak ada volume tidak sepertimana semalam. Habis tu macamana?


Oleh itu untuk Trader, FY akan jawab tunggu esok hari. Hari trading day. Ini kerana esok hari tatkala candle mula terbentuk dan volumepun mula meningkat maka masa itulah yang paling sesuai untuk Team FY memberi tip saham yang sesuai pada hari tersebut berdasarkan screener AQ VAR.


Di kala yang lain pula anda boleh jumpa tip saham weekly atau mingguan yang diberikan oleh Team FY dalam group supertrader khas client FY berdasarkan pergerakan harga saham tersebut secara mingguan... Nak tip saham kenalah jadi client FY di Kenanga.


Persoalan FY di sini ialah adakah anda yang bertanya itu seorang daily trader, weekly trader, monthly trader atau seorang investor jangkamasa panjang?


Ini kerana jawapannya berbeza dari satu kategori kepada yang lain.


Apapun ia mudah dewasa ini dengan bantuan screener Algorithm AQ Var. Screen 5 saat dah tahu saham mana yang berpotensi untuk naik.


Tapi kalau anda bukan Investor, bukan trader tapi gambler, balun jelah apa saham ikut suka... hawhawhaw...


Macam nilah jemputlah datang ke seminar FZTH yang FY jalankan supaya anda dapat mengenali diri anda sendiri, supaya anda dapat mengetahui teknik pemilihan saham yang betul, supaya anda tahu bila masa yang paling sesuai untuk membeli saham tersebut sesuai dengan kategori diri anda sama ada sebagai seorang trader atau seorang Investor.


Sekian dulu. Semoga bermanfaat.


FY Al Haj

Pemenang 6 Anugerah

Bursa Malaysia


PS - Berikut merupakan jadual terkini Seminar FZTH untuk bulan Februari dan Mac 2024


FZTH NILAI - FEB 2024

Tarikh :17 & 18 Feb 2024

              (Sabtu & Ahad)

Lokasi : Dewan AF Training,

               Nilai

Masa : 9.00am- 5.30pm


FZTH NILAI - MAC 2024

Tarikh : 4 & 5 Mac 2024

              (Isnin & Selasa)

Lokasi: Dewan Seminar AF Training, Nilai

 Masa : 9.00am - 5.30pm


Bagi pelabur yang zero mahupun yang dah berpengalaman yang berminat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh mengenai pasaran Bursa Malaysia jemputlah datang. 


Seminar ini diiktiraf oleh Bursa Malaysia dan Kenanga Investment Bank Berhad.


Bagi yang berminat boleh hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk keterangan lanjut atau untuk tujuan pendaftaran atau daftar terus melalui link di bawah ini ;


https://seminarsaham.my/pilih-seminar/

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.