24 Januari 2019

Saya Ingin Menjadi Remisier

Salam sejahtera,

Baru-baru ini ada beberapa orang yang bertanya kepada FY akan bagaimana untuk menjadi remisier. Jadi disini biarlah FY terangkan secara mudah sebab buat masa ni FY agak sibuk untuk mencari fakta yang sebenar namun apa yang bakal FY terangkan ini memadai rasanya. Dari perspektif FY lah. Lain orang lain perspektifnya.

Kelayakan -
Kita perlukan ijazah dalam bidang berkaitan. Kalau tak berkaitan pun tak mengapa rasanya. Asalkan ada ijazah atau
Kita ada diploma dan dicampur pula dengan beberapa tahun pengalaman dalam industri kewangan ini.

Kemudian -
Kita perlu mengambil peperiksaan modul 6 dan modul 7 di Suruhanjaya Sekuriti.

Seterusnya -
Kita perlu attach di mana-mana 36 broker yang ada dalam negara.

Ada lagi -
Untuk menjadi remisier kita perlu meletakkan deposit atau modal bagi memulakan transaksi dan deposit ini bergantung kepada syarikat broker itu sendiri. Kebanyakan broker memerlukan deposit sebanyak RM50,000.00 tapi ini boleh dirunding.

Untuk mendapatkan fakta yang tepat layarilah website Securities Commission.

Sebenarnya lebih senang menjadi agen Insuran, agen Unit Trust, agen Kad Kredit mahupun agen skim cepat kaya tapi nak jadi remisier ni susah sikitlah. Atas sebab itulah hanya ada sekitar 4000 sahaja remisier yang masih aktif kalau dibandingkan dengan lebih 20000 agen bagi industri yang lainnya.

Dalam hal ini pandapat yang mengatakan remisiering ini adalah satu sunset industry, industri yang sedang merudum memandangkan keadaan semasa yang tidak berapa memberansangkan namun FY tidaklah rasa begitu. Pada FY dalam apa juga yang kita lakukan pasti ada rezeki buat kita. Apa yang penting ialah kita berusaha dengan gigih disamping berdoa kepada Allah memohon keredhaanNya.

Itu je buat kali ini.
Kalau ada keizinanNya kita bertemu lagi.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

PS - ada sesiapa nak buka akaun saham dengan FY? Boleh FY ajar teknik berkesan buat duit di pasaran saham mahupun cara untuk memohon saham peruntukan khas bumiputera di MITI.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.