06 Mac 2012

Novel Bukan Maksum Tulisan FY Telah Terbit !


Novel Terbaru tulisan FY.

Judul Buku : Bukan Maksum
504 Mukasurat
Harga RM25.90
Terbitan Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.

Sinopsis Novel Bukan Maksum

Bukan Maksum mengisahkan kehidupan seorang pemuda warak bernama Azman yang mempunyai konflik keluarga telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di sana, bermulalah kehidupan yang mencabar keimanannya. Sebagai seorang muslim dia diuji dengan pelbagai dugaan namun dia tabah menghadapinya dengan reda.
                Kemunculan Zila yang merupakan gadis liar telah mengembalikan kebahagiaannya. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan apabila Zila meninggalkannya dan kembali ke dunia lamanya. Azman telah gagal membawa Zila kembali ke pangkal jalan. Azman reda dengan ketentuan Ilahi. Semasa  hayatnya, Azman berusaha untuk menjadi insan  mulia yang berbakti kepada masyarakat. Dia telah menubuhkan satu yayasan untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.
           Namun begitu, di sebalik sifatnya yang suka membantu,  Azman sebenarnya menyimpan satu rahsia hidup yang sangat besar yang tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Zila. Dia juga berusaha mencari Zila semula setelah sekian lama berpisah. Adakah dia berjaya menemui  Zila dan apakah yang menjadi rahsia hidupnya itu? Dan apakah pula yang menjadi rahsia kesabarannya selama ini? Ikutilah kesudahannya dalam novel Bukan Maksum hasil karya Faizal Yusup ini…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.