Assalamualaikum...
Salam sejahtera FY
ucapkan kepada semua pengunjung blog FY ini baik untuk mendapatkan input
Pasaran saham mahupun input motivasi pengisian diri. Terima kasih kerana sudi
melayari blog ini dan FY amat berbesar hati dengan kehadiran tuan puan dan
saudari saudari sekelian.
FY tahu ramai di luar sana yang membaca
blog ini tapi tak pernahpun bertemu dengan FY di alam nyata namun sudi untuk menjadi
pelayar setia di sini.
Contohnya dua hari lepas semasa FY ke
MIDF, FY bertemu dengan En Nizam yang mengenali FY walaupun hanya kenal FY di
alam maya. Terima kasih menegur kalau Nizam membaca artikel kali ini.
Pertamanya maafkan FY kerana lama tak
menulis artikel Saham. Ini kerana pasaran memang kurang memberansangkan
kebelakangan ini. Ia jatuh 18 hari berturut-turut tempohari dan ini merupakan
satu keadaan yang kurang baik dan menyukarkan para pelabur untuk menjana
keuntungan darinya. FY yakin kebarangkalian kerugian jauh lebih tinggi dalam
pasaran yang sebegini walaupun kita menggunakan sistem yang terbaik sekalipun.
Seperti yang pernah FY katakan pasaran mesti mempunyai volume melebihi 1.5
Billion untuk ia sihat. Pasaran tanpa sentimen dewasa inj tak banyak membantu,
ini ditambah pula dengan penantian kepada pengumuman pilihanraya yang hanya PM
yang tahu akan tarikhnya.
Lagi lama lagilah pasaran akan
terus-terusan begini kerana para pelabur mengambil langkah tunggu dan lihat
semata-mata. Harapan FY hujung tahun ini adalah sedikit window dressing, yang
bakal menaikkan harga saham-saham blue chips seterusnya menaikkan indeks FBM
KLCI. FY juga menyarankan pelabur untuk
tunggu dan lihat dalam pasaran yang demam sebegini.
Seterusnya baru-baru ini seramai 10
daripada 12 orang Dealer dan Remisier yang menduduki peperiksaan Diploma
Teknikal Analisis MSTA(UK) telah lulus. Ini setelah sekian lama hanya terdapat
beberapa orang sahaja yang pernah melepasinya. Ia sebenarnya petanda yang baik
dimana anak-anak muda generasi baru ini bakal membawa perubahan kepada
landscape industri pelaburan di negara ini khususnya untuk kaum Bumiputera. FY
yakin ramai lagi anak-anak muda generasi baru yang berkemampuan untuk melakukan
perkara yang sama.
Kepada para pemimpin dan OTAI generasi
yang lalu bimbinglah mereka ini dan berilah ruang dan peluang untuk mereka
berbakti pula. Evolusi manusia menunjukkan yang baru akan menggantikan yang
lama dan mereka pula menyumbang kepada perkembangan tamadun dengan idea yang
segar lagi dinamik. Ini kerana mereka mempunyai akal yang lebih cerdas tidak
seperti kita orang lama. Pun begitu ia perlu datang dengan kebijaksanaan.
Dalam isu lain, blog ini seakan telah
menjadi blog paparan video pulak. Untuk pengetahuan semua sebenarnya FY sedang
buat satu projek Video Motivasi FY yang FY upload di Youtube. Ia seumpama
bab-bab dalam buku untuk tujuan peningkatan jati diri dan kemungkinan besar ia
memerlukan lebih kurang 100 videos sebelum ia siap. Jadi harap bersabar,
tontonlah video-video itu kerana FY yakin ada manfaat yang berada di dalamnya.
Lebih baik lagi kalau dapat subscribe, like, komen dan sharekan video-video Youtube
FY yang anda rasakan bermanfaat.
Tujuan FY tidak lain, untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan yang bermanfaat yang dikurniakan Allah kepada FY demi
pembangunan Ummah. Ia percuma dan percayalah ada bab-bab dalam video itu yang
boleh membawa manfaat kepada anda andai anda menontonnya dengan hati yang terbuka.
Video ini sama seperti penulisan mahupun
menanam pokok. Kita hanya perlu menanamnya sekali. Tetapi hasilnya berkali-kali
dan berterusan selagi ia bersiaran dan disampaikan...
Kalau kebanyakan orang kita masih malu
mahupun tidak berani untuk menghasilkan video di Youtube, pengalaman FY di USA
mengajar FY untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan. FY rasa ia para ulama
dan pendakwah juga perlu melakukan juga perkara yang sama bagi menyampaikan
pengisian dakwah melalui alam maya ini terus ke dalam rumah pendengar serta
penontonnya selain daripada dakwah di
alam nyata. Demi menyebarkan syiar Islam.
Dalam aspek yang lain pula, FY berjaya
mendapat Anugerah Dana Penulis dan Kementerian Penerangan dan Multimedia
melalui buku Bukan Maksum dan Man Rempit 1. Alhamdulillah. Ia secara tak
langsung mengesahkan yang FY merupakan antara salah seorang penulis yang
terbaik dalam negara ini.
Novel Bukan Maksum
Novel Man Rempit 1
Kemudian dua hari lepas FY mendapat
anugerah dari Kenanga Investment Bank tempat FY menjalankan operasi perniagaan
atas prestasi 3 bulan lepas dan ia juga merupakan satu pengesahan yang kita
juga boleh bersaing walaupun berada dalam industri kewangan yang dikuasai oleh
Bangsa Cina.
Lebih hebat lagi, FY berjaya mendapat
anugerah ini dalam dua industri yang berbeza, Industri Penulisan dan Pasaran
Modal. Alhamdulillah atas susunan Allah ini. Pada FY tiada apa yang mustahil,
dengan kegigihan, usaha yang istiqomah / berterusan tanpa mengira penat dan
lelah, doa serta tawakkal maka segalanya berkemungkinan. Kita hanya perlu
melakukannya dengan niat untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga yang kita
lakukan.
Blog FY yang FY tulis mulai tahun 2008
ini juga telah mula dikenali ramai. Pada FY tiada apa yang mustahil kalau
diizinkan Allah Taala.
FY harap catatan ini memberi semangat
untuk ada bangkit dan jadi yang terbaik walau dalam apa juga bidang yang anda
ceburi.
Sekian dulu. Wasallam.
Jaga diri dan sentiasa bersyukur dengan
nikmat yang tidak terhitung yang Allah Taala kurniakan pada kita saban hari.
FY mengundur diri buat kali ini.
FY
PS – FY ada menjalankan Seminar
Supertech Investor Sabtu 8 Disember ini di Bangunan Getah Asli berhadapan KLCC,
Seminar yang amat baik bagi mereka yang menceburi bidang Saham, Derivatif,
Futures, Commodity, Forex dan sebagainya yang melibatkan carta pergerakan harga
untuk dianalisa. Ia akan disampaikan oleh 2 orang penceramah yang pada FY telah
dikurniakan Allah dengan kunci membuka rahsia kaedah Analisa Teknikal ini.
Layari – www.seminarsaham.com.my untuk
keterangan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.