02 Jun 2013

Keputusan Ballot IPO Awam Leon Fuat

Assalamualaikum...

Berikut ini ialah keputusan undian IPO Awam Leon Fuat yang bakal disenaraikan pada 5 Jun nanti. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Cuba lagi yer...


Kredit - www.mih.com.my

Kalau kita lihat kepad pelabur yang memohon 6000 unit saham mereka akan mendapar keseluruhan 6000 unit tersebut, kepada yang memohon 11000 unit mereka akan mendapat 9000 units saham, kepada yang memohon 20000 unit mereka sekadar mendapat 12000 unit saham dan kepada yang memohon 50000 unit saham mereka cuma mendapat 15000 unit saham tersebut.

Ini jelas menunjukkan yang tak bannyak saham Leon Fuat yang diperuntukkan kepada para pelabur. Pelabur yang memohon di MITI juga cuma mendapat 15000 unit tak kiralah berapa banyak yang mereka pohon.

Ia terlebih langganan sebanyak 23 kali dan ini jelas menujukkan yang saham ini kemungkinan besar akan naik pada hari penyenaraiannya kelak.

Buat masa ini belum ada FV atau harga sasaran yang dapat FY kongsikan bersama anda semua begitu juga dengan kedudukan syariahnya memandangkan inilah dua soalan yang sering ditanya kepada FY acapkali sesuatu IPO dibuka untuk penyenaraiaian.

Sekian dulu. Nantikan IPO Sona Petroleum dan Air Asia X yang akan keluar tak berapa lagi.

FY

PS - Jangan lupa datang ke Seminar Super Investor yang akan FY kendalikan pada 15 Jun ini. Pada harga RM350.00 ia memang berbaloi dan banyak yang akan FY kongsikan kepada anda semua. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Terima kasih.



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.