26 Jun 2013

Terkini IPO Awam Air Asia X

Assalam...

Tahniah kepada pelabur Bumiputera Saham Terbitan Awam Air Asia X kerana ada pastinya berjaya mendapat saham-saham tersebut memandangkan 100% permohonan yang diterima diperuntukkan saham-saham tersebut. Tak kiralah samaada anda memohon dengan borang, melalui ATM atau Online Banking.

Apapun FY cuma nak ingatkan perkiraan saham tersebut ialah pada harga RM1.25 dan bukannya RM1.45. Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah untuk membahagikan duit yang dikredit dengan RM1.25 untuk mengetahui jumlah saham yang telah berjaya anda terima itu.

InsyaAllah saham Air Asia X ini bagus dan FY yakin anda akan mendapat pulangan yang baik darinya kelak. Kalau tak pada hari penyenaraian InsyaAllah dalam jangkamasa 6 bulan hingga setahun ia akan mendatangkan hasil. Itu FY yakin. Seperkara lagi saham ini Syariah Compliance.

Saham-saham ini akan dimasukkan ke dalam akaun CDS tuan-tuan dan puan-puan pada 9 Julai 2013 sehari sebelum penyenaraian dan pada masa itu tuan-tuan dan puan-puan bolehlah cek dengan remisier tuan-tuan dan puan-puan. Kalau anda bukan pelanggan FY janganlah call FY pulak yer sebab nak tanya saham AAX tu dah masuk ke belum.

Anda semua akan menerima notification yang dihantar ke alamat anda nanti dari registrar juga refund yang juga akan dihantar kemudian. Kepada pemohon online banking anda pastinya sudah menerima refund tersebut.

Tahniah! Anda merupakan seorang pelabur yang bakal memangkinkan industri pasaran modal Malaysia. 

Untuk pengetahuan permohonan bukan bumiputera hanya mendapat 60% peluang bagi saham AAX ini.

Jemputlah ke Seminar Saham Super Investor bersama FY pada 6 Julai ini di Bangunan Lembaga Getah Asli kalau ingin tahu rahsia-rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia. Hubungi Puan Azila 012 2511755 untuk tujuan pendaftaran.

Kepada High Networth Clients yang berminat untuk mendapatkan blok saham RM250k untuk Ranhill atau blok saham RM375K untuk TerraGali boleh menghubungi FY. 

Sekian dulu buat kali ini.

FY
016 666 7430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.