03 April 2014

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR AKAN KE JOHOR BAHRU DAN KOTA KINABALU!


Assalamualaikum...

Pasaran saham Bursa Malaysia nampaknya masih tradeable sejak pilihanraya lepas hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah banyak pelanggan-pelanggan yang melabur menggunakan khidmat FY yang menjana keuntungan demi keuntungan dari ratusan ringgit hingga ratusan ribu ringgit berdasarkan modal pelaburan yang mereka laburkan. Kecairan pasaran masih tinggi dan saham didagangkan melebihi RM2 Bilion sehari yang menandakan Bursa Malaysia itu masih sihat. Ini ditambah pula dengan penyertaan pelabur-pelabur runcit yang baru dalam pasaran pastinya merancakkannya lagi.  

Apapun FY bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana itu. Ini kerana selalu FY pesan yang pasaran saham ini tricky dan kalau kita tak punya pengetahuan, kemahiran dan pengalaman maka Bursa Malaysia ini bukan bawa manfaat keuntungan tetapi membawa kepada mudarat kerugian kepada anda. Dalam hal  ini FY bersyukur kerana dapat membantu para pelanggan FY itu menjana keuntungan dan seterusnya menaikkan kedudukan ekonomi mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Terus terang dah berjuta ringgit dijana untuk para pelanggan FY dan perkembangan ini amat menggembirakan.







Kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran dan kekuatan ekonomi ini amat penting demi pembangunan ummah. InsyaAllah inilah yang akan terus-terusan FY dan team FY usahakan.

Atas alasan ini FY dan team Advance Forward bercadang untuk menjalankan seminar di JOHOR BAHRU InsyaAllah pada bulan Mei 2014 ini dan seterusnya ke KOTA KINABALU pada bulan Jun nanti. Perancangan sedang diatur dan kepada pelabur-pelabur di sana yang ingin menimba ilmu dari Seminar Super Investor jemputlah datang.

Hubungi Puan Azila Ismail di talian 012 2511755 dengan memberikan nama dan alamat emel supaya kami dapt menghubungi anda bila tarikh dan tempatnya telah ditetapkan. InsyaAllah ilmu menjana keuntungan di pasaran Bursa Malaysia akan dapat kami kembangkan nanti.

Sekian dulu. Buat pelabur di Johor dan Sabah... Tunggguuuu...

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Membuka akaun Trading
  • Membuka akuan Trading Online
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.