24 Jun 2014

ICON OFFSHORE DAN BOUSTEAD SUDAH DIKREDITKAN DALAM CDS...

Assalamualaikum serta Salam Sejahtera...

Wah! Pasaran saham Bursa Malaysia berada pada paras tertinggi ketika ini naik 8.37 kepada 1892.33 dan ini berita baik bagi syarikat-syarikat yang bakal tersenarai di Bursa Malaysia. Jumlah dagangan dan nilai dagangan juga berada pada paras yang memberansangkan dengan kecairan yang positif.

Ada 3 penyenaraian dalam papan Utama Bursa Malaysia dalam jangkamasa yang terdekat ini.

Pertamanya ICON OFFSHORE, keduanya BOUSTEAD PLANTATION dan ketiganya ECONPILE.

Kepada pelabur yang mendapat saham ICON OFFSHORE dan BOUSTEAD PLANTATION BERHAD baik dari IPO Awam, MITI, Placement mahupun Pink Form, anda boleh menghubungi remisier anda mulai hari ini kerana saham-saham tersebut telahpun dikreditkan dalam akaun CDS tuan-tuan dan puan-puan.

Para pelabur yang punya akaun dengan FY pastinya telahpun mendapat sms mengenainya hari ini.

InsyaAllah keuntungan akan menanti anda sepanjang penyeneraian ini dan InsyaAllah cukuplah untuk buat belanja puasa dan Hari raya AidilFitri yang bakal menjelang.

Apapun FY ucapkan selamat Berpuasa menjelang Bulan Ramadhan yang bakal tiba minggu depan.

Sekian dulu.

Wassalam.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.