Assalamualaikum dan
selamat menjalankan ibadah dalam bulan Ramadhan Al Mubarak bulan yang mulia
ini.
Kali ini FY
mengambil keputusan untuk menulis satu artikel analogi yang bertajuk kisah
penjual durian. Walaupun ia kisah durian tetapi ia sebenarnya ada kena mengena
juga dengan saham bagi mereka yang memahaminya.
KISAH PENJUAL DURIAN
6 bulan yang lalu.
FY bersama beberapa
orang sahabat telah pergi ke sebuah dusun durian. Pada ketika itu pokok durian Musang
King itu baru sahaja berbunga dan berputik. Bila dihitung terdapat 980 biji
durian di atas pokok sana. Pokok durian itu dipunyai oleh seorang pakcik
berbangsa melayu.
Kami bertemu
dengannya lalu mengatakan yang kami berminat untuk menempah dan membeli 100
biji durian yang baru berputik di atas pokok sana. Pakcik itu mengatakan yang dia
cuma sekadar boleh memberikan 60 biji durian sahaja. Harga yang dipersetujui
ialah RM75.00 sebiji. Kami bersetuju. Kami ingin membeli 60 biji durian itu
untuk dibahagikan kepada ramai orang. Mungkin mereka semua akan dapat merasa
durian-durian tersebut seruas seorang.
3 bulan yang lalu.
Kami bertemu lagi
dengan Pakcik tuan punya pokok durian dan pada ketika itu buah-buah durian
telah membesar pada saiz sederhana. Kami bertanya sekali lagi samaada kami
bakal mendapat 60 biji dari 980 biji durian-durian yang ada bila ia gugur
nanti. Pakcik berjanji akan memberikan durian-durian tersebut bila ia gugur
nanti dan katanya kalau ada orang lain meminta darinya dia akan “fight” untuk
kami.
Kami pulang dengan
riang lalu memberitahu pada orang-orang kampung yang kami akan membawa pulang
60 biji durian yang sedap dan enak itu untuk dikongsi bersama. Mereka juga
gembira mendengar berita itu. Mereka juga bersiap-siap dengan duit untuk
dikumpul bagi membayar harga durian tersebut.
15 hari yang lalu.
Durian mula gugur.
Kami terus ke dusun namun ia berkunci dan kami tak dibenarkan masuk sama
sekali. Dari jauh kami nampak peraih-peraih datang mengutip durian-durian yang
jatuh lantas memasukkannya ke dalam bakul-bakul. Bakul itu kemudian dimasukkan
ke dalam lori. Peraih itu ada yang melayu dan ada juga yang bukan melayu. Dari
jauh kami nampak 580 biji durian dimasukkan ke dalam lori Melayu dan 400 biji
lagi termasuklah 60 biji durian yang kami tempah ke dalam lori bukan melayu.
Kami cuma dapat melihat durian-durian yang dijanjikan kepada kami dirampas
orang lain bilamana ia gugur. Pakcik langsung tidak mempedulikan kami.
Kemudian datang
seorang wakil pakcik ke arah kami di pintu pagar yang berkunci.
“Maaf kami tak boleh buat apa kerana secara tiba-tiba mereka datang.
Mereka mengatakan mereka mempunyai hak ke atas pokok durian tersebut. Pada
mulanya kami hanya ingin memberi 180 biji durian kepada mereka tetapi mereka
berkeras dan mahukan 400 biji. Ini kerana terdapat orang besar yang mahukan
durian-durian tersebut.” Katanya.
“ Tapi pakcik dah janji pada kami dahulu.”
Jawab FY.
“Kalau tak dapat banyakpun jualkanlah
kepada kami barang 3 biji...” Pinta FY lagi.
“Nanti saya lihat apa yang tinggal
yer...” Katanya sambil melangkah pergi.
Kami berpandangan
antara satu sama lain seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mata mula
berkaca mengenangkan orang-orang kampung yang berharap kami membawa balik
durian-durian tersebut hari ini. Di hadapan sana para peraih semakin rakus
mengutip durian-durian yang masih tinggal untuk dinaikkan ke dalam lori.
Terdapat orang perseorangan yang mendapat 35 biji, 40 biji, 60 biji malah ada
yang mendapat 100 biji seorang.
“Kenapa ini terjadi? Kita perlu siasat perkara ini...”
Jadi apakah
kemungkinan yang terjadi di sini?
·
Pakcik menjadi
tamak bila mana durian mula gugur dan ada peraih yang datang dan memberikan
harga yang lebih mahal.
·
Mungkin pakcik
diugut dan dipaksa menjual durian-durian itu kepada pihak mereka.
·
Mungkin ada orang
politik yang berkuasa untuk mengarahkan pakcik menjual kepadanya.
·
Atau
kemungkinan-kemungkinan lain yang tidak kami ketahui.
Dalam hal ini
semakin jelas yang orang kaya akan bertambah kaya. 100 biji diberikan kepada seorang
sedangkan kami meminta 60 biji untuk ummah yang ramai agar semua dapat merasa.
Selepas beberapa
hari menanti dan memohon belas kepada pakcik untuk menjual sebiji dua kepada
kami namun tidak diendahkan kami mengambil keputusan untuk mengalah. Maknanya tiada
rezeki buat kami di sini. Kami juga ada maruah dan harga diri. Takkanlah kami
sanggup menurunkan diri ke tahap peminta sedekah untuk mendapatkan buah-buah
durian tersebut. Kami di sini hanya untuk menagih janji.
Bukankah orang yang
tidak menepati janji itu jatuh dalam golongan munafik?
Tapi inilah hakikat
kehidupan. FY menulis artikel ini hanya sebagai luahan perasaan atas apa yang
telah terjadi.
Untuk pengetahuan
anda inilah kisah Reach Energy yang bakal disenaraikan bulan Ogos nanti. FY
yang datang dengan niat untuk membantu ummah diketepikan begitu sahaja dan
akhirnya si jerung-jerung juga yang semakin tamak dan semakin kaya.
Sekian dulu.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Membaik pulih portfolio saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.