09 Februari 2015

EBOOK PELABURAN SAHAM FREE KARYA FY BERJUDUL INVESTLAH

Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya buku - Ebook percuma INVESTLAH – TIP MELABUR SAHAM FY ini dapat diterbitkan untuk tatapan anda semua. Ia diberikan secara PERCUMA dan FY berikan kebebasan untuk anda menyampaikan Ebook ini kepada sesiapa sahaja. Namun demikian hakcipta Ebook ini masih milik Advance Forward Traning and Consultants dan sebarang peniruan baik sebahagian atau sepenuhnya adalah dilarang sama sekali.


Anda boleh mendapatkan Ebook ini samaada dengan memuat turunnya dari website www.faizalyusup.my bila website itu siap nanti atau dengan menghubungi Dealer FY En Abdullah Ramzi di emel : eizmar11@yahoo.com. Beliau akan menghantarnya kepada anda. Semoga ia membawa kefahaman dan banyak manfaat kepada anda.


Ebook Percuma INVESTLAH ini mempunyai 134 mukasurat dan sarat dengan pelbagai input dan pengisian pelaburan saham di Bursa Malaysia. Ia meninjau kaedah dan strategi pelaburan saham dalam Bursa Malaysia dan ia sesuai untuk Newbie yang Zero mahupun yang sudah berpengalaman kerana FY pasti ada satu dua input dan pengisian yang belum anda temui sebelum ini.


Huraian tentang pelaburan dalam Primary Market iaitu IPO baik dalam IPO Awam mahupun IPO MITI juga dimuatkan dalam Ebook ini. Kaedah memulakan portfolio pelaburan, garispanduan membuka akan CDS, Akaun Trading dan Akaun Online juga diselitkan dalam Ebook ini.  


Selain itu, tip-tip pelaburan FY berdasarkan pengalaman FY selama lebih 18 tahun dalam pasaran Bursa Malaysia ini juga ada FY sertakan. Antara tip tersebut ialah mengenali diri samaada seorang trader  atau investor, kesihatan pasaran saham, tip mengelakkan kerugian, perihal niat, kaedah pemilihan saham dan banyak lagi untuk kefahaman anda. Semua ini PERCUMA untuk anda!  


Apa lagi tunggu? Emel Dealer FY, En Abdullah Ramzi untuk mendapatkan naskhah percuma anda! Setelah mandapatkan naskhah anda jangan lupa berkongsi dan emelkan kepada keluarga, rakan dan taulan. Semoga manfaat yang anda dapati itu dapatlah dipanjangkan kepada mereka juga. Boleh? insyaAllah...

Semoga Allah Taala memberkati usaha FY ni dengan harapan ia membawa kefahaman dan banyak manfaat kepada anda. Selamat melabur dan jadilah pelabur yang bijak!

Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi dalam kesempatan yang lain.

Ikhlas,

FY
016 666 7430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.