08 April 2015

CATATAN FY MENGENAI IPO MALAKOFF

Assalamualaikum...


Ramai juga yang bertanya FY tentang IPO MALAKOFF akan potensi saham ini memandangkan ramai yang mendapat saham ini dari pihak MITI. Untuk pengetahuan anda sebanyak 550 juta saham Malakoff ini diperuntukan di MITI khas buat Bumiputera pada harga tawaran RM1.80.

Sebanyak 1.52 Billion saham diterbitkan dan sebanyak 84% diperuntukkan kepada pihak institusi. Ia bakal menjadi salah sebuah IPP yang terbesar di Asia Tenggara. Setakat ini peruntukkan kepada 9 Cornerstone telahpun dijalankan. Tabung Haji, CIMB Pricipal Asset, Great Eastern dan beberapa lagi Syarikat Asset Management adalah antara mereka yang telah menerima tawaran.

Prospektusnya akan keluar pada 17 April ini dan pelabur yang mendapat saham ini di MITI perlu membayar sebelum 20 April ini dan ia dijangka disenaraikan pada pertengahan bulan Mei nanti.

FY suka kaunter ni Malakoff ini kerana ia adalah kaunter Energy Generation. Energy adalah keperluan bagi mana-mana negara di dunia ini dan ia tak pernah cukup disebabkan peningkatan populasi dunia. Kalau ia kaunter Minyak ia mungkin tidak meyakinkan daam persekitaran ketidaktentuan harga minyak dewasa ini. Pun begitu kita dapat lihat pengukuhan harga minyak, pengukuhan nilai ringgit yang membawa kepada pengukuhan nilai Bursa Malaysia kebelakangan ini dengan kembalinya Foreign Investors yang membeli saham-saham mewah.

Independant Power Producers adalah syarikat yang penting bagi keselamatan negara. Kedudukannya selalunya tersorok di dalam hutan dan jauh dari kediaman kerana mereka inilah yang akan menjadi sasaran musuh kalau negara ini diserang. Oleh yang demikian, syarikat ini akan pastinya dipelihara kerajaan dan kepentingannya akan sentiasa di jaga. 

Kemudian semenjak awal tahun ini tiada saham IPO yang desenaraikan jadi kebanyakan Institusi tenpatan punya modal terkumpul yang banyak tetapi tak punya ruang dan peluang untuk melabur. Jadi FY pasti saham Malakoff ini bakal menjadi sasaran mereka.

Oleh itu janganlah risau kerana FY yakin saham ini akan menguntungkan mereka yang memilikinya.

Nukilan FY,

FY
0166667430

FY will be in Ipoh this Saturday as a speaker for InvestSmart Roadshow organized by SC. It is a free stock investment seminar. Do join FY! 

Super Investors Seminar will be held on Saturday 25th April in Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Register at www.seminarsaham.com.my

Feel free to drop by at my new website and get a free ebook there - http://faizalyusup.my



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.