10 Oktober 2019

SAHAM ANDA SANGKUT DAN TERPERAM?

STRATEGI PELABURAN

TUKAR KUDA BARU

FY sering ditanya soalan sebegini. FY saya beli saham harga tinggi la ni dah turun banyak. Apa perlu saya buat?

Hold ke jual?

Dalam hal ini kita kenalah tengok saham apa yang dipegang pelabur. Kalau yang jatuh tu saham bagus seperti Digi, Bursa, PUBLIC BANK dll maka tak jadi masalah untuk kita terus memegangnya. Kalau nak tambah pun tak mengapa. Lebih lebih lagi saham tu ada bagi dividen.

Tapi kalau yang dipegang tu saham syarikat yang loss atau saham cap ayam Sanichi, Sumatec dan lain lain maka pada pendapat FY adalah lebih baik kita menjualnya dan menggantikannya dengan saham yang lebih baik.

Atas kedua dua senario ini, itulah sebabnya cut loss merupakan strategi yang sangat penting. Kalau kita beli saham pada harga RM1.00 dan tak cut loss pada harga supportnya katalah 90 sen maka bila saham itu jatuh kepada 30 sen maka kerugian kita akan menjadi bertambah teruk. Dari rugi 10 sen kita rugi 70 sen. Sakit tu.

Dalam hal ini strategi tukar kuda tua yang dah tak bermaya kepada kuda muda yang gagah adalah disarankan. Kuda tua berkemungkinan besar takkan berlari lagi sedangkan kebarangkalian kuda muda yang kuat untuk berlari adalah jauh lebih tinggi!

Katalah harga saham A yang anda beli pada harga RM1.00 dan sekarang tinggal 20 sen dan bila dikaji saham itu memang sytnya rugi maka tukar dan belilah saham B yang berharga 20 sen juga. Tapi saham B ini sytnya untung dan lebih baik lagi ia memberikan dividen atau pilih saham yang baru tersenarai di Bursa Malaysia yang kukuh kedudukan kewangannya.

Jadi bersandarkan kepada faktor kebarangkalian ini, InsyaAllah kita akan dapat lambat laun cover loss dalam pelaburan awal kita tadi.

Persoalannya tahukah anda saham manakah yang merupakan kuda muda dan kuat? The Stallion? Ini kerana anda mungkin turun dari kuda tua dan naik pula ke kuda yang dah nak mampus kerana anda tidak mengenalinya! Lagi teruklah jadinya!!!

Oleh itu, untuk mengenali kuda mana yang kuat, datanglah ke Personal Coaching saham yamg FY jalankan. Hubungi En Ramzi di talian 0173730513 untuk menempah tempat anda. Ramai yang dah datang dari seluruh pelusuk tanahair dan mendapat manfaat darinya. Datanglah dan saksikan sendiri perbezaannya!

Anda suka catatan ini? Like, Subscribe dan share sebagai tanda sokongan kepada FY.

Anda nak masuk grp saham FY? WhatsApp nama anda kepada 0166667430. Thanksss!

Ikhlas, 

Haji Faizal Yusup @ FY

0166667430

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia…

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan