09 April 2020

BURSA MALAYSIA SIHAT KE TAK?

BURSA MALAYSIA SIHAT KE TAK?

Tahukah anda bagaimana nak tahu samaada Bursa Malaysia sihat atau tidak? Ilmu ini sebenarnya penting untuk seseorang pelabur lebih-lebih lagi seorang trader tahu kerana pasaran yang sihat akan meningkatkan kebarangkalian untuk menjana keuntungan.
Sebenarnya sama seperti tubuh badan manusia, kedudukan “blood pressure” atau tekanan darah boleh menentukan tahap kesihatannya. Tekaan yang tidak normal baik tinggi mahupun rendah pastinya akan menjejaskan kesihatan tubuh badan seseorang itu.
Jadi untuk mengetahui kedudukan kesihatan Bursa Malaysia ini sebenarnya mudah sahaja. Anda hanya perlu melihat kepada volume pasaran semasa. Kedudukan pasaran yang sihat perlukan volume minima 1.5 Billion dan ke atas. Ini kerana volume dagangan yang sebanyak ini akan membawa kepada transaksi dagangan yang menyeluruh baik kepada saham berjajaran tinggi hinggalah ke saham berjajaran kecil atau penny stocks.

Bagaimana kita ingin tahu bilakah Bursa Malaysia tidak sihat?

Bursa Malaysia pula dalam keadaan yang tidak sihat bilamana volume pasaran melebihi 5 Billion transaksi. Pada ketika itu ia berdarah tinggi, overheated, demam jadi selalunya pada masa itu pasaran akan membuat correction membetulkan atau menyembuhkan dirinya sendiri. Pada ketika ini harga-harga saham akan kembali menurun. Ia akan hanya naik sekiranya volume dagangan ini naik lebih tinggi dari 5 billion itu. Untuk pengetahuan anda volume dagangan tertinggi Bursa Malaysia dicapai pada tahun 2014 sebanyak 7.6 Billion dan volume terendah ialah di bawah 16 juta sahaja pada tahun 1998 semasa kejatuhan ekonomi disebabkan oleh Asean Financial Crisis dahulu.

Bursa berdarah rendah iaitu bilamana volume turun kurang dari 1 Billion maka ia tak sesuai untuk trader kerana pada ketika itu tak ramai pelabur yang memasuki pasaran jadi tanpa demand pasaran juga akan menurun atau tight range dimana pergerakan harga begitu minima atau statik. Pada ketika ini kebarangkalian untuk buat duit amat tipis. Kebarangkalian untuk rugi duit pulalah yang meningkat.

Sebagai trader pasaran kita umpama pemburu yang mencari peluang untuk menembak tepat. Jadi kita kenalah pastikan yang cuaca dan semua elemen yang lain memihak kepada kita. Peluang itu tidak terhidang setiap hari setiap masa. Ia boleh jadi pada jam 9.15 pagi ia boleh jadi pada jam 11.11 pagi ia boleh jadi sebelah petang, namun ada hari-harinya peluang itu tidak datang sama sekali.

Untuk belajar menjadi SuperTrader yang boleh menembak tepat jemputlah datang seminar, kursus, personal coaching yang FY jalankan. InsyaAllah kelebihan ini akan menjadi milik anda.

FY Al Haj
www.faizalyusup.net

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.