Dalam pasaran saham tak ada saham yang terus terusan naik. Atas sebab faktor permintaan dan penawaran maka ia akan naik dan turun.
Kenyataan market don't move in a straight line bermakna sesuatu saham itu pasti akan naik dan turun dan kembali naik. Itu sifatnya namun FY percaya dalam jangkamasa panjang ia tetap akan naik berkadar langsung dengan kenaikan ekonomi dunia amnya dan negara khususnya. Dahulu Dow Jones juga pernah berada di tahap 1500 mata seperti Malaysia juga namun sekarang ia berada pada tahap 30000 mata.
Sebagai trader kenalah pandai ambil peluang mengambil untung atas kenaikan dan sebagai Investor pula apa yang penting ialah to follow the trend till it bends. Asalkan trend saham masih menaik maka kita masih okay. Kalau ia dah buat reversal maka kenalah ambil profit atau cut loss.
Apapun keadaan ini merupakan petanda yang Bursa Malaysia berada dalam keadaan sihat dan Technical Correction atau Pembetulan Teknikal ini adalah perkara biasa.
Dalam hal ini bila market bullish maka semakin banyak trade yang bakal kita menang dengan keuntungan yang lebih banyak sebaliknya bila mkt bearish maka lebih banyak fail trade akan berlaku lantas menyebabkan kerugian. Harus diingat trading adalah berkenaan purata menang lebih banyak dari rugi. Jadi berusahalah untuk meningkatkan kemenangan dalam trade lebih banyak dari fail trade!
Dalam hal ini FY menekankan kepada Pemilihan Stok yang betul, stok berpotensi, stok yang Investor lain juga suka bagi mengurangkan kebarangkalian kerugian. Stok sebegini jarang jatuh teruk kerana ia punya peminat yang ramai. Stok berciri IMANTAP yang FY kongsikan dalam seminar FZTH jarang akan jatuh teruk walaupun mkt jatuh teruk.
Dalam hal timing pula, belilah saham tersebut pada harga bilamana saranan saham tersebut dibuat. Samada pada Support atau pada masa breakout. Bukan masa ia telah naik jauh. Ini kerana pelbagai faktor telah diambil kira sebelum saranan itu dibuat.
Datanglah seminar FZTH dan belajar mengenai pemilihan stok ini kaedah IMANTAP itu serta timing pembelian sesuatu saham itu dengan lebih berkesan.
See first profil FY di FB bagi mendapatkan maklumat sebegini, like dan share andai catatan ini membawa manfaat kepada anda. Sokong FY membantu anda!
WhatsApp nama anda ke 0166667430 andai anda ingin menyertai Group saham FY bagi mendapatkan begitu banyak maklumat pelaburan saham dengan cara yang betul.
FY Al Haj
Speaker Bertauliah
Suruhanjaya Sekuriti
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.