09 Oktober 2024

PELABUR SAHAM DI MASA DEPAN

 


PELABUR SAHAM DI MASA DEPAN


FY selalu sebut apa yang terjadi di Amerika akan terjadi di Malaysia. Di masa depan pelabur-pelabur FA akan ikut fundamental sesuatu syarikat itu. Sebagai contoh kalau sesuatu IPO ditawarkan pada harga 30 sen dan Fair Valuenya ialah 50 sen, maka pada ketika itu saham itu akan dibuka pada harga 50 sen pada harga penyenaraiannya. Kerana semua pelabur tahu dan faham itulah harga Fair Value untuk saham tersebut.
La ni masih ramai lagi yang tak faham tentang perkara ini, inilah yang menyebabkan harga-harga IPO bila disenaraikan naik mendadak malah jauh lebih tinggi daripada FV syarikat tersebut. Ramai pelabur runcit yang tiada ilmu membeli saham-saham IPO ini melebihi harga yang sepatutnya dan ini pastinya menguntungkan pelabur-pelabur yang mempunyai ilmu. Di sini jelas terdapat kelompongan ilmu dalam hal ini.
Nanti di masa depan apabila earnings syarikat naik sebanyak 10 sen maka harga saham itu juga akan naik setakat 10 sen sahaja tidak seperti sekarang. Sekarang baru dengar syarikat itu akan buat duit di masa akan datang, sahamnya dah melonjak naik dengan begitu tinggi melebihi harga yang sepatutnya seperti mana yang terjadi kepada saham-saham Gloves tahun 2020 yang lalu. Maka ramailah tersangkut kerana membeli pada harga yang terlebih nilai itu.
Di masa depan ramai pelabur juga yang akan faham dan punya ilmu dalam aspek Technical Analysis. Iaitu ilmu menganalisis pergerakan harga saham melalui carta. Ini akan membawa kepada uniformity dalam pasaran yang mana mereka akan membeli pada harga support, breakout atau reversal. Sedikit sebanyak keadaan ini juga sudah mula kelihatan dewasa ini. Jadi pasaran akan menjadi lebih mudah untuk diramal. Sekali lagi mereka yang ada kelompongan dalam ilmu Technical Analisis ini akan ketinggalan.
Dimasa depan juga semakin ramai yang akan menjadi full time trader dan ia akan menjadi satu kerjaya sepertimana yang berlaku di negara-negara maju.

Sekian dulu.

Haji FY
Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia

Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY nie…
Tekan jer link bawah ni ;




' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.