06 April 2010

Konflik Cinta - Bab 2 Bah 3


Setiap insan ada rahsianya. Apa rahsia anda?
NOVEL BERSIRI - KONFLIK CINTA
Bab 2 Bahagian 3

“ Kenapa ni? Ada yang tak kena?” tanya Zila dengan nada serius, keningnya mengerut seakan mahukan jawapan segera dariku.

        “ Tak ada apalah.. Tengah termenung memuja wajah Zila yang cantik.. ”  Helahku mengelak cerita sebenar.

        “ Man jangan nak coverlah, kalau Man boleh baca hati Zila, Zila pun boleh nampak hati Man tau. Zila tahu ada benda yang tak kena. ” Dia meneka.

“ Well frankly I guess we’re pretty much the same.., Aku memulakan bicara. Lalu aku ceritakan kisahku serba sedikit yang lebih kurang setara dengan kisahnya.

Zila, biarlah Man menceritakan terus pada Zila, kebelakangan ini Man rasa tidak keruan. Perasaan Man pun teruk terganggu hingga Man tak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Pelbagai perkara yang mengganggu dan bila Man muhasabah balik Man dapat rasakan masalah yang paling mengganggu dan membelenggu diri Man ialah perasaan geram, marah yang teramat sangat dan dendam yang rasanya semakin lama semakin sukar dibendung disebabkan oleh kenangan-kenangan pahit masa lampau disebabkan olah sikap bapa Man yang tak bertanggungjawab.

Bapa Man tu kaki judi, jadi dia melepaskan semua tanggungjawab yang sepatutnya dia pegang pada ibu. Ibu Man yang pada mulanya lemah lama kelamaan menjadi tonggak keluarga. Walaupun Man ada kedua ibu bapa tapi hakikatnya ibu umpama membesarkan kami adik beradik bagai seorang ibu tunggal.

 Masa tu ibu Man masih belum bekerja, jadi tak ada duit dan bergantung sepenuhnya pada pemberian bapa. Kadang-kadang bila dia tak balik tiga atau empat hari maka susahlah sebab tak ada makanan kat rumah. Terpaksalah mak menebalkan muka meminjam sedikit beras dari jiran buat masakan. Makanlah dengan kicap ke, dengan garam ke, buat perasa. Yang sedihnya kekadang ibu Man tak makanpun sebab dia kasihankan kami bertiga. Dia akan masuk ke dalam bilik kelaparan dan berendam dengan air mata.

Rumah Man selalunya macam dilanda puting beliung, kekadang bila ibu bergaduh dengan bapa, adik Man akan melenting menyalahkan bapa, lepas tu abang Man pulak naik minyak marahkan adik Man supaya adik jangan kurang ajar mencampuri urusan kedua ibubapa.

Man pulak selalunya akan lepak kat tangga di luar rumah untuk mencari ketenangan.  Maafkanlah Man kerana membebankan Zila dengan menceritakan masalah ini tapi Man berbuat begini bagi mendapatkan sebuah kelegaan.

Aku sendiri pelik kenapa hati aku begitu mudah menceritakan kisahku pada Zila walhal selalunya aku akan mengelak dari bercerita kisahku kepada sesiapapun.

“ Tak apalah Man, Kita lupakan masa lalu, We are here after all. Far away from all those pain and misery. Hari ni birthday si Haziq, when is yours? ”

“22 Ogos, tapi seumur hidup tak pernah sambut pun. Tak mampu. Zila punya bila pulak? ” Tanyaku kembali sebagai tanda balas pertanyaannya.

“ Lambat lagi December 12th nanti... I pernahlah sambut masa kecik-kecik dulu sebelum my mum cabut tapi lepas tu datukpun tiap-tiap tahun buat sambutan either for me or Nazlin. ”

“ Seronok ke? ”

“ Mestilah, diraikan, felt appreciated, dapat hadiah, saudara mara and kawan-kawan datang berkumpul. ”

“ Okay.. That’s good. ”

        Seterusnya kami berbual-bual tentang keadaan di Lincoln dan beberapa isu lain hinggalah kemunculan Zamri yang menyergah dari belakang.

        “ Wah! Patutlah tak nampak kat bawah, memadu kasih atas bumbung rupanya. Romantiknya...”
       
“ Cis! Kau ni kacau daunlah Zam, aku baru ingat nak ayat si Zila ni supaya jadi kekasih hati pengarang jantung aku...”

“ Habis Wati kau nak letak mana? ”

“ Eh! Wati kan kau punya apa? Apa kena mengena aku dengan Wati pulak? Pepandai je kau ni.. ” Sangkalku.

“ Eh! Dahlah tu! Jom kita turun... Kita makan lagi... ” Pintas Zila pantas memotong gurauan kami.

XXXXXX

Malam semakin larut. Aku sedang duduk bersimpuh di atas kerusi termenung di hadapan meja tulis di dalam kamarku. Siang tadi aku menghabiskan masa dengan Zila di kampus bercerita tentang pelbagai perkara suka dan duka. Semakin hari aku dapat rasakan yang perhubungan kami semakin rapat.



Diariku aku keluarkan dari laci. Aku mengambil pen dan terus menyusun huruf menjadi perkataan yang kususun menjadi olahan-olahan ayat yang teratur mengikut alunan isihati yang mendendangkannya..

Catatan hidupku,
           
Malam menyambut harijadi Haziq beberapa minggu lalu merupakan kali pertama aku dapat mengenali hati budi Zila, gadis yang luarannya nampak ceria hakikatnya penuh rahsia. Adegan kami duduk bersama di atas bumbung rumah ini merupakan kenangan yang melekap di sanubari dan tak akan aku lupakan.

Sejak itu kisah derita dan sengsara di awal kehidupan saling bertukar tangan diantara kami berdua. Persamaan inilah yang mungkin menyebabkan kami serasi. Kami persis dua orang insan yang bertemu di dalam jurang yang gelap dan dalam saling bantu membantu memanjat setapak demi setapak ke atas demi untuk mencari jalan keluar. Bezanya dia memilih jalan dunia dengan berhibur di kelab, merokok dan minum arak dan aku pula memilih jalan akhirat dengan mendekatkan diri pada Allah Taala.

Apapun pada aku, mungkin didikan dan penghayatannya pada ugama masih belum cukup mendalam oleh itu aku perlu menyampaikan pengisian sehinggalah Allah memberikan kefahaman dalam hatinya satu hari nanti. Bagi aku analogi untuk menerangkan pengisian keislaman dalam hati ini sama seakan permulaan kehidupan seorang manusia. Semasa dia masih bayi maka dia tak tahu apa-apa maka bila dia menangis maka kita perlulah berikan dia susu, tukarkan lampin dan sebagainya. Begitu jugalah halnya bagi mereka yang mempunyai pengisian keislaman yang cetek. Mereka tidak faham akan selalu menangis. Jadi bantuan mesti dihulurkan. 

Kalau ikutkan perasaan, mahu sahaja aku menjauhkan diri namun inilah yang disukai syaitan iaitu untuk aku mengambil tindakan untuk membenci dan memisahkan diri tapi aku yakin setiap jodoh dan pertemuan itu ada sebab musababnya yang tersendiri maka aku perlu tabah dan bersabar dalam hal ini kerana aku tahu yang apa yang akan aku usahakan ini adalah kerana Allah Taala.

Bila aku fikirkan akan kisah kesukaran Zila di zaman mudanya dan kalau dibandingkan denganku, aku teringat kepada satu artikel yang pernah aku baca dalam Buku Keluar Dari Tempurung yang menceritakan tentang dua jalan berbeza. Satu jalan taat dan patuh dan satu lagi jalan pemberontakan, mungkin aku mengikut jalan yang patuh dan mungkin dia pula mengikut jalan yang satu lagi. Aku seorang yang redha pada setiap permasalahan yang berlaku dan menganggapnya sebagai kehendak mutlak Allah Taala sedangkan dia pula berdendam dan menyalahkan keadaan.

Mungkin pintu hatinya masih belum terbuka untuk mendapat hidayah Allah Taala. Apa yang ditakuti ialah dia akan terus-terusan begitu dan ini mungkin boleh menyebabkan dia melencong lebih jauh. 

InsyaAllah aku harap aku akan dapat membantunya dan berdoa agar jodoh kami berpanjangan dan satu hari Allah mengurniakan hidayahNya ke dalam hati kecilnya.

Sekian untuk catatan kali ini.


Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.

Ibrahim ayat 3

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

05 April 2010

Lawak Corner


PASANGAN PENYAYANG

Seorang lelaki tua dijemput ke rumah teman lamanya untuk makan malam. Dia terkedu dengan cara temannya memanggil isterinya bagi setiap permintaan. Beliau menggunakan istilah yang sangat mengharukan – Darling, Sayang, Manja, Mama, Intan Payung dan sebagainya.

Pasangan itu telah berkahwin hampir 70 tahun dan, jelas, mereka masih saling mencintai. Sementara isterinya itu di dapur, lelaki itu membongkok dan berkata kepada tuan rumah,

"Saya rasa apa yang anda lakukan itu adalah sesuatu yang indah, setelah bertahun-tahun, anda masih memanggil isteri anda dengan nama-nama yang penuh kasih sayang."

Orang tua itu menunduk.

"Aku kena mengaku akan perkara yang sebenarnya,"

Katanya,

"Aku lupa nama bini aku tu semenjak 10 tahun yang lalu."

A LOVELY COUPLE

An elderly gent was invited to his old friends' home for dinner one evening. He was impressed by the way his buddy preceded every request to his wife with endearing terms - Honey, My Love, Darling, Sweetheart, Pumpkin, etc.

The couple had been married almost 70 years and, clearly, they were still very much in love.  While the wife was in the kitchen, the man leaned over and said to his host,
"I think it's wonderful  that, after all these years, you still call your wife those loving pet names."

The old man hung his head. 
 "I have to tell you the truth," 

He said,

"I forgot her name about 10 years ago."

LAWAK
         
Suami        : Kenapa awak selalu bawak gambar saya dalam beg tangan awak ke pejabat?
Isteri         : Sebab bila saya ada masalah walau macamana besar
sekalipun, ia akan hilang bila saya tengok gambar abang.
Suami        : Wow! Powernya gambar abang tu.
Isteri         : Mana taknya bila tengok gambar abang tu, terfikir mana ada masalah lebih besar dari yang ni.

STRESS RELIEVER

Hubby       : You always carry my photo in your handbag to the
office. Why?
Wife          : When there is a problem, no matter how impossible, I  look at your picture and the problem disappears.
Hubby       : You see, how miraculous and powerful I am for you?
Wife          : Yes, I see your picture and say to myself,
                What other problem can there be greater than this one ?

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

03 April 2010

Teka teki Corner



1.           Anak raja mana yang tak pernah naik takhta?
Anak Rajagopal

2.           Anak raja mana yang paling berjaya?
Putra jaya

3.           Anak raja mana yang jalan bawah tanah?
Putra LRT

4.           Ada misai bukannya kucing, ada poket bukannya kanggaroo, binatang apakah itu?
Doreamon.

5.           Orang apa yang sewel?
Orang gila

6.           Banyak-banyak bom, bom apa yang berwarna merah?
Bomba

7.           Dalam banyak-banyak bom, bom apa yang tak boleh meletup?
Bomba

8.           Ada seorang budak, mak dia suruh beli kain dan tebu pastu, bila dia sampai je kat kedai, dia tanya kakak tu. Tetiba je kakak tu malu. Kenapa kakak tu malu agaknya?
Sebab budak tu cakap "Kak! kain kak tebu kak" - kak kain kak terbuka

9.           Pada satu hari ada seorang pencuri telah mencuri sebuah rumah semua nya sudah dia sapu tetapi ada yang tertinggal. Apa yang tertinggal?
Tinggal habuk

10.        Sorang lanun karam di lautan. Mayatnya ditemui 100 tahun kemudian. Setelah dibedah siasat, doktor menjadi hairan. kerana masih ada bahagian yang tidak basah. Apakan bahagian itu?
Tulang kering

11.        Dalam banyak-banyak batu, batu manakah yang paling sejuk?
Stone Cold.

12.        Dalam banyak-banyak batu, batu manakah yang paling kuat?
The Rock.

13.        Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa keluar suara?
Speaker / Pembesar suara

14.        Mi apa yang budak kecil suka?
Milo

15.        Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
Milo Ais

16.        Dalam banyak-banyak MI! MI apa yang dalam TIN?!?!?
Milo

17.        Ada 10 budak hitam main tepi sungai 1 dah jatuh. Lepas tu apa yang terjadi ?
Yang lain pergi selamatkanlah.

18.        2 tolak 1, jadi berapa?
Jatuhlah satu tu.

19.        Satu hari abang nampak satu benda; yang panjang, besar dan tegap - ia masuk satu lorong gelap - dengan goncangannya dan bunyian yang ganjil - setelah sampai, dengan perlahan, ia berhenti - dan keluarlah isinya bertaburan. Apa tu?
Keretapi bawah tanah

20.        Kenapa orang gali kubur tak pakai spender?
Apa kes nak pakai spender, pakai cangkullah.  

Ikhlas dari,






Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

02 April 2010

Tutuplah Aurat





Salam Sejahtera Semua. Semoga anda berada dalam lindungan Allah Taala.


Ada seorang gadis muslimah yang bertudung telah ditahan di sebuah lapangan terbang di negara Barat kerana disyaki membawa bahan yang terlarang. Pihak kastam telah membawa gadis itu ke dalam sebuah bilik khas untuk tujuan pemeriksaan. Maka pihak kastam negara tersebut telah mengarahkan dia membuka pakaian untuk diperiksa.

Namun gadis itu menolak dengan penuh hikmah dengan mengatakan hukum menutup aurat bagi seorang wanita kepada kastam tersebut.

“Kenapa kamu perlu memakai pakaian yang sedemikian rupa, bukankah ia merupakan satu kebebasan untuk memilih apa yang kita mahu pakai?” Kata kastam mat saleh tersebut.

“Sekiranya ia satu kebebasan maka saya bebaslah untuk memilih berpakaian begini..” Jawab gadis itu perlahan.

“Maksud saya, di sini perempuan lebih suka mendedahkan bahagian-bahagian tertentu badan mereka dan mereka berbangga dengan aset yang mereka ada. Malah ada yang sanggup menghabiskan duit untuk membesarkan payu dara dan sebagainya. Saya juga lebih suka melihat perempuan yang terdedah begitu.” Hujahnya pula.

Gadis muslimah itu kemudiannya mengeluarkan dua bungkus coklat dari dalam begnya. Satu dibukanya dan dibiarkan terdedah di atas meja dan satu lagi masih elok dalam bungkusan.

“Coklat yang manakah yang tuan pilih?” Tanya gadis itu.

“Erkk!..” Kastam Mat Saleh itu tercengang.

“Bukankah benda yang elok selalunya dibungkus rapi dan benda yang tak elok selalunya terdedah?”

Begitulah kisahnya...

Lagipun mereka yang terdedah ini selalunya dihubungkaitkan dengan keburukan sedangkan mereka yang tertutup itu selalunya dihubungkaitkan dengan kebaikan.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>