29 Januari 2010

Kata-Kata Hikmah


Fotosintesiskanlah diri
Faizal Yusup

Hanya ada satu kejayaan – menjalani kehidupan dengan cara yang anda inginkan.
Christopher Morley

Buang yang negatif ambil yang positif
Faizal Yusup

Bila ada yang mengecap kejayaan, ia bukti yang kita juga boleh mencapainya.
Abraham Lincoln

Sayang menyayang lebih baik dari benci membenci
Faizal Yusup

Mereka yang teragak-agak akan kalah
Peribahasa

Nak main jangan main-main, nak main-main jangan main
Suhaimi Ahmad

Tak cuba tak tahu
Faizal Yusup

Peperangan yang paling besar adalah peperangan mengatasi diri sendiri.
Jameson Frank

Manusia selalu phobia kepada benda yang dia tak tahu
Faizal Yusup

Kejayaan memihak kepada yang berani
Publius Terence

Ilmu itu ubat
Faizal Yusup

Ianya susah untuk gagal tetapi lebih teruk lagi kalau kita tak berusaha untuk berjaya.
Theodore Roosevelt

Satu kejutan walaupun kecil sudah cukup untuk menceriakan hari seseorang itu.
Faizal Yusup

Jangan tunggu besi panas untuk mencanainya tetapi panaskan ia dengan mencanainya.
William B. Sprague

Daripada menggunakan sumber untuk memungut hutang lebih baik gunakan sumber untuk mencari pendapatan.
Faizal Yusup

Mereka yang berilmu sering menjadi sasaran dari minda kebanyakan.
Albert Einstein

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

28 Januari 2010

Siapa Dia?


Sheila membaca emel yang disampaikan dari seorang kawan. Kisah perbezaan penerapan nilai diri antara orang dunia dan orang akhirat yang dipetik dari blog Azman Ishak. Semenjak diperkenalkan dengan blog tersebut, dia begitu rajin melayarinya. Pantang ada waktu senggang pasti di akan singgah. Banyak yang dapat dipelajarinya mengenai kehidupan. Kekadang segmen lawak dalam blog itu mencuit hatinya. Blog itu secara tak langsung juga membantunya untuk keluar dari kesedihan disebabkan kekecewaan lalu melalui rangkaian artikel-artikel kaunseling dan motivasi yang ada di dalamnya.

Namun demikian tiada gambar Azman Ishak yang terpapar pada blog itu. Puas sudah dicarinya namun tak berjumpa. Hatinya ingin benar berkenalan dengan pemilik blog tersebut tetapi dia tak ada cara untuk berbuat demikian.

XXXXXX

Pemuda itu duduk di hujung sana petang ini. Di penjuru kanan kedai mamak di tingkat bawah bangunan Amcorp Mall itu. Bersendirian. Setelah memesan makanan, bag sandang bewarna hitam yang agak lusuh itu dibukanya. Lap top kelabu berjenama Toshiba itu dibukanya. Dia mula menaip pada kekunci komputer tersebut. Dia begitu tekun dan tumpuannya jarang sekali terganggu. Orang yang lalu lalang dan apa yang berlaku di sekelilingnya seakan tak dipedulikannya. Dia seakan dalam dunianya sendiri. Sesekali dia mengangkat kepala memerhati sekeliling mungkin untuk merehatkan matanya. Sesekali dia meneguk air nescafe tarik yang kebiasaannya ada di atas meja menemaninya.

Begitulah keadaannya hampir setiap senja. Dia akan datang sekitar jam 730 petang dan akan pulang sekitar jam 930 malam pabila kedai akan ditutup. Orangnya tinggi lampai, berkulit kuning langsat, segak, berambut lurus disisir kemas ke tepi. Selalunya bila dia datang hujung rambutnya agak basah. Aku yakin dia ke sini sejurus selepas menunaikan solat Marghrib.

Aku selalu memerhatikan dari sini namun dia seakan langsung tak perasankan diriku ini. Mungkin kerana aku ke sini bersama-sama rakan sepejabatku dan sentiasa sahaja membuat bising dengan cerita-cerita kosong mengenai pelbagai perkara. Sesekali jejaka-jejaka itu akan menggunakan kata-kata dua maksud mempersendakan aku. Dalam kehangatan suasana bicara rakan-rakan sepejabat, sesekali mataku mencuri pandang pada jejaka yang begitu tajam tumpuannya pada kerja yang sedang dilakukannya.

Siapakah gerangannya dia?
Mana kawan-kawannya?
Kenapakah dia bersendirian saban hari?
Apakah kerjayanya?
Sudahkah dia berumahtangga?
Apakah yang sedang dilakukannya?

Pelbagai persoalan berlegar-legar di ruang benakku ini. Mungkinkah dia sedang membuat kerja-kerja pejabat yang masih belum siap? Mungkinkah dia sedang chatting dengan kawannya sambil melayari internet.

Sesekali tangannya meraba dagu, dahinya berkerut seakan sedang memikirkan sesuatu yang begitu dalam dan sukar dimengertikan. Sejurus selepas itu dia akan kembali menyambung menaip di papan kekunci komputer miliknya itu. Kalau diikutkan hati hendak sahaja aku bangun dari tempat dudukku ini ke sana dan melihat apa yang dilakukannya pada panel skrin komputernya. Tapi aku malu.

XXXXXX

Hari ini aku akan menantinya kelibatnya seperti biasa petang nanti. Sudah dua bulan aku menjadi seakan seekor pungguk yang rindukan bulan. Memerhatikan kelibat seorang jejaka yang punya riak wajah yang tenang. Entah kenapa semakin hari hatiku semakin terpaut padanya sedangkan aku tak kenal siapa dia lelaki misteri itu. Aku tak tahu dari mana asal usulnya tapi hatiku seakan begitu tertarik dengan tidak tanduknya yang sentiasa tenang dan berkeyakinan.

“ Woi! Sheila! Berangan ke? ” Jerkah Azli menghentikan lamunan gadis ayu bernama Sheila itu.

“ Ish! Kacaulah kau ni Azli! Apa kau nak? ”

“ Kau ni, siang-siang hari berangan! Aku panggil berapa kali tadi kau buat tak tahu jer... Invois syarikat Sinar Bakti tu dah siap belum? Aku nak pergi ke sana kejap lagi. ” Ujar Azli separuh mengejek.

“ Dah! Tu kat dalam folder biru tu. Aku dah masukkan dalam envelop. ” Jawab Sheila ringkas menutup malunya.

“ Li, aku nak tanya kaulah..” Lafaz Shiela dengan tujuan ingin menyiasat latarbelakang jejaka idaman hatinya itu.

“ Apa dia? ”

“ Hem.. tak jadilah.. ” Sheila menarik balik ajuan persoalannya. Hatinya berbelah bahagi.

“ Ish! Buat drama tergantung pulak kau ni! Buang masa aku je. Dah! Dah! Aku nak gerak dah ni. Dah lambat! ” Tegasnya sambil mengatur langkah berlalu pergi.

“ Petang ni jangan lupa teh tarik session!! ” Jerit Sheila.

“ Macam biasalah! ” Jawab Azli sambil melambaikan tangannya.

Seperti kebiasaannya selepas waktu pejabat mereka menuju ke kedai mamak tersebut untuk sesi teh tarik.

Sesi teh tarik telah menjadi satu budaya bagi masyarakat negara ini. Sesi yang bertujuan merehatkan minda selepas penat bekerja seharian dan masanya diisi dengan cerita-cerita kosong, lawak dan kutuk mengutuk yang adakalanya berlanjutan hingga ke malam. Mungkin inilah sebabnya dia datang berseorangan menulis tanpa membuang masa. Mungkin itulah cara dia merehatkan mindanya. Kata Sheila dalam benaknya sepanjang perjalanan ke sana.

Jam menunjukkan pukul 6.35 petang. Masih awal getusnya sendirian. Seperti selalu mereka berlima duduk dan memesan makanan. Masa berlalu begitu pantas bagi orang yang leka, leka dengan kerenah dunia. Tak lama kemudian orang yang ditunggu Sheila muncul. Menuruni eskalator dengan beg komputer yang diselepangkan ke belakang dangan gaya seorang muda yang santai. Petang itu dia memakai baju t-shirt berkolar hitam dipadankan dengan seluar jeans biru gelap.

Pemuda itu terus duduk di tempat biasa dan seperti selalu membuat pesanan dan membuka komputernya. Tak lama selepas itu dia seakan tenggelam dalam dunia alam maya komputernya. Keadaan kiri kanan yang hiruk pikuk langsung tak memberi kesan kepadanya. Siapakah gerangan insan ini? Persoalan yang masih belum terjawab di hati Sheila.

Dia teringat kejadian yang berlaku minggu lepas bila seorang budak kecil yang terlepas dari ibunya memanjat di lereng eskelator dan nyaris tersepit. Jeritan ibunya menyebabkan pemuda itu bingkas bangun berlari menyelamatkan budak lelaki yang memakai baju Ben 10 berjalur hitam itu. Sedangkan orang lain hanya duduk terpaku tergamam menjadi penonton yang menyoroti sebuah drama kehidupan yang terungkai.

Ucapan terima kasih ibu budak tersebut hanya dibalas dengan sekuntum senyuman. Sejurus itu dia kembali ke tempat duduknya menyambung kerja di depan komputer. Peristiwa ini menguatkan lagi perasaan Sheila untuk mengenali pemuda itu.

Semenjak semalam dia telah bertekad untuk bertemu dan berkenalan dengannya. Hatinya bulat. Sedang orang lain sibuk berbual, Sheila bangkit lantas menyusun langkah menuju ke arah meja pemuda itu.

“ Assalamualaikum... ” bergetar suara Sheila mengungkap salam kesejahteraan.

“ Waalaikumsalamwarahmatullah... ” jawab pemuda itu sambil menguntum senyum. Dia memaling ke belakang memastikan tiada siapa di belakangnya. Senyum lagi.

“ Boleh saya duduk di sini? ” Sambung gadis ayu berbaju kurung berbunga kecil berwarna merah itu.

“ Silakan.. ” Seraya tangannya diajukan ke arah kerusi yang kosong di depannya itu.. Terus tersenyum.

Gelagat Sheila diperhatikan oleh kawan-kawnnya yang lain penuh dengan tanda tanya. Azli pula hanya tersenyum tanda faham.

“ Biarlah saya berterus terang. Saya sebenarnya ingin sangat nak berkenalan dengan saudara. Nama saya Shiela.. ”

“ Ohh.. Saya Azman... Azman Ishak... ”

TAMAT

Hawhawhaw... penulis syok sendiri...
Kalau nak jumpa Faizal Yusup datanglah minum teh tarik sebelah petang di Amcorp Mall. :)

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

27 Januari 2010

Puisi Corner


Sebelum Kita


Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri kita,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang telah pergi dahulu..

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya tidak berkemampuan..

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

26 Januari 2010

Kasihan Orang Akhirat Di Dunia...

Dugaan demi dugaan harus ditempuhi sepanjang kehidupan. Kebanyakan manusia mahu dihargai tetapi tidak menghargai, mahu dipandang tetapi tidak memandang, mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati.

Bila difikirkan maka saya kasihan pada orang akhirat. Iaitu mereka yang patuh dan faham akan prinsip Islam ini. Ini kerana mereka merupakan insan-insan yang sukakan kedamaian. Mereka berada dalam keadaan tenang dan bukan dari golongan yang suka beremosi dan penuh dengan kemarahan dan rasa tak puas hati.

·         Sedang orang dunia berdendam dan tak dapat memaafkan, orang akhirat tidak akan berdendam dan memaafkan walaupun diri mereka diperlakukan dengan buruk. Ini kerana mereka faham Allah Maha Pengampun dan Nabi SAW juga mengampunkan umat. Mereka tak punya hak untuk tidak memaafkan.
·         Sedang orang dunia memasukkan kebencian dalam diri dan rasa tak puas hati lantas mencari peluang untuk bergaduh dan berperang orang akhirat menghindari perbalahan hanya kerana mereka mahu memelihara silaturrahim dan tak mahu memutuskannya.
·         Sedang orang dunia sentiasa tak puas hati dengan pelbagai dugaan kehidupan, orang akhirat redha walau apapun juga keadaannya kerana tahu dan yakin yang semuanya datang dari Allah Taala.
·         Sedang orang dunia membalas dengan penuh kekejaman orang akhirat hanya boleh balas dalam lingkungan yang dibenarkan dan setimpal dengan apa yang diperlakukan, tidak lebih dari itu dan selebihnya diserahkan pada Allah Taala.
·         Sedang orang dunia mengejar harta, nama, pangkat, gelaran dan sebagainya orang akhirat hanya mengejar keredhaan Allah Taala.
·         Sedang orang dunia menipu dan mengelirukan, orang akhirat bercakap benar dan berhemah.
·         Dan banyak lagi...

Orang dunia sentiasa kelihatan seperti sentiasa serba tak cukup orang akhirat akan sentiasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang akhirat menjalankan usaha dakwah kerana ingin mengajak orang dunia kembali ke jalan Allah Taala, ingin menyelamatkan namun ini tidak difahami orang dunia.

Sebenarnya sukar untuk menjadi orang akhirat yang faham akan hukum hakam dan mengikut sunnah Nabi SAW ini. Ini kerana mereka terpaksa berhati-hati dalam penggunaan emosi kerana tahu emosi hanya boleh digunakan di tempat yang hak dan yang dibenarkan. Dan hakikatnya ini adalah sesuatu yang amat menyakitkan.

Orang akhirat beremosi ;
·         Bila Allah dihina
·         Bila hukum Islam dipersendakan
·         Bila Nabi SAW dipermainkan
·         Bila melihat kemaksiatan
·         Bila melihat keimanan manusia yang semakin meruncing.

Marah dalam rangkuman yang tertentu dan dibenarkan.

Namun demikian orang dunia marah kerana semua perkara. Marah yang tiada berpenghujung, tiada had. Marah disebabkan makhluk dan kejadian.

Orang dunia pula beremosi dan marah ;
·         Sebab makanannya lambat sampai
·         Sebab hari hujan
·         Sebab kekasih lambat sampai
·         Sebab kena marah
·         Sebab jalan jem
·         Sebab kereta rosak
·         Sebab tak jawab panggilan telefon
·         Dan berjuta sebab yang lainnya.

Sebenarnya perselisihan dan pertembungan sering berlaku antara orang dunia dan orang akhirat ini. Ini kerana orang dunia tidak dapat memahami orang akhirat sedangkan orang akhirat faham akan tindak tanduk orang orang dunia kerana satu ketika dahulu orang akhirat juga merupakan orang dunia sebelum dia insaf dan terbuka pintu hatinya.

Malangnya di dunia ini terdapat lebih banyak orang dunia dari orang akhirat. Jadi jumlah majoriti ini memperlihatkan seakan mereka berada dalam kebenaran. Hakikatnya mereka hanya melakukan kerosakan dan maksiat. Lihatlah rancangan televisyen yang ada di negara ini contohnya, majoritinya rancangan hiburan dan rancangan bersifat duniawi.  

Apapun, ingatlah secara puratanya setiap kita akan singgah di muka bumi ini selama 70 tahun atau 25,000 hari sebelum MATI dan meninggalkan semua yang kita usahakan sepanjang kehidupan kemudian digantikan dengan generasi yang baru yang akan diduga dengan perkara yang sama. Sedarilah orang yang pandai ialah orang yang sepanjang kehidupannya membuat persiapan untuk menuju kematian.

Anda orang akhirat? Saya simpati pada anda.... Sabarlah...

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>