Sebenarnya dalam kehidupan kita yang pendek ini kita akan
mempelajari pelbagai nilai kehidupan dan niali ini kalau diambil bakal menjadi
prinsip diri. Mereka yang bertemu dengan nilai pemurah dan selalu menyumbang,
menderma dan bersedekah maka maka mereka bakal mempunyai prinsip pemurah ini
dalam diri. Semua ini melalui satu proses pengisian, pengulangan dan pengukuhan
sebelum ia menjadi prinsip diri.
Kalau kita lihat dalam diri seseorang itu maka kita akan
dapat lihat ada yang punya prinsip pemurah ini dalam diri dan ada yang tidak.
Bagi yang ada prinsip ini kita akan sesekali mendengar mereka berkata yang
memberi itu adalah lebih baik dari meminta, tangan yang di atas adalah lebih
baik dari tangan yang di bawah, mereka juga yakin yang pemberian akan membawa
kepada rezeki yang lebih banyak lagi dan sebagainya.
Ini jelas menunjukkan yang mereka telahpun punya pengisian
dalam diri yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang pemurah.
Kebanyakan prinsip ini terbentuk dalam diri kita secara
spontan, secara tak sengaja dan selalunya dalam tak sedar. Apapun FY pula
selalunya memasukkan sesuatu prinsip ke dalam diri secara objektif. Apa yang
belum FY masukkan akan FY cuba masukkan dalam hati dan cuba menjadikannya satu
prinsip kehidupan. Sifat pemurah, berzikir, sentiasa senyum, bercakap dengan
hikmah dan benar, ikhlas dan sebagainya.
Masih banyak prinsip yang belum ada dalam diri FY dan dari
masa ke semasa FY akan memasukkannya satu persatu berdasarkan kesedaran yang
pada satu-satu masa itu. Tawakkal dan bersyukur kepada Allah antara prinsip
terbaru yang FY pelajari dan hayati baru-baru ini.
Sekarang ini FY sedang mempelajari, menghayati dan
melaksanakan prinsip Lahaulawalaquataillabillah... iaitu kita manusia tiada
daya upaya melainkan dengan izin Allah Taala.
Kalau kita merasakan yang kita berkuasa untuk melakukan itu
dan ini, kalau kita merasakan yang kita yang berjaya mencapai itu dan ini maka
sedarilah yang semua ini sebenarnya berlaku atas ketentuan Allah Taala. Kita
tak akan malah dapat mengangkat walau sebatang jari sekalipun tanpa keizinan
Allah Taala.
Seperkara lagi kita selalu membuat pelbagai perancangan dan
kalau difikirkan banyak perancangan yang kita buat mendapat ketentuan yang
berbeza. Kita berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
tetapi kita gagal, kita berusaha untuk mendapatkan kontrak namun kita kecundang
dan sebagainya walhal bukanlah lebih baik kalau kita biarkan sahaja ketentuan
ini di tangan Allah Taala? Kalah atau menangnya, berjaya atau tidaknya.
Kekecewaanlah yang bakal kita terima kalau kita tidak punya
prinsip ini.
Sekian sahaja buat kali ini. Jadilah orang melayu yang punya
prinsip Islam dan janganlah jadi orang melayu yang punya prinsip yang tak tentu.
FY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.