11 Jun 2012

Gas Malaysia Berhad Disenaraikan di Bursa Malaysia


Assalamualaikum...

Salam Euro 2012! Pasukan mana pilihan anda tahun ini bagi memenangi kejohanan Eropah kali ini?

Apapun besok merupakan penyenaraian Gas Malaysia Berhad di Bursa Malaysia. Kepada pelanggan-pelanggan FY yang mendapat peruntukan saham tersebut samaada melalui pink form, MITI mahupun peruntukan awam FY ucapkan selamat mendapat keuntungan. InsyaAllah ia akan dibuka dengan premium walaupun keadaan pasaran dewasa ini kurang memberansangkan.

Sekiranya anda tidak dapat menghubungi FY untuk menjalankan transaksi sila hubungi Puan Azizah Zaibon associate FY di Kenanga di no telefon : 019 389 6353. Sediakan no CDS anda untuk menjalankan urusniaga tersebut. 

Oh Ya andaikata anda membuka akaun di broker selain Kenanga Petaling Jaya, maka FY harap anda dapat menghubungi remisier anda sendiri bagi menjalankan urusniaga tersebut. Ini kerana hanya akaun CDS yang dibuka di Kenanga Petaling Jaya tempat FY bekerja sahaja yang boleh FY bantu. Akaun CDS dari broker lain sebenarnya berada di rumah yang lain dan tiada kena mengena dengan FY.

Kepada anda yang membaca artikel ini tetapi masih belum lagi mengambil langkah pertama untuk melabur dalam saham, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian. Mungkin anda boleh mendaftar ke Seminar Saham Super Investor yang akan dijalankan pada 16 Jun ini bertempat di Hotel De Palma Shah Alam dimana semua bentuk pelaburan saham ini akan diterangkan.

Untuk mendaftar layari ;


Sekian dulu. All the best untuk semua yang mendapat saham Gas Malaysia tersebut.

FY
Remisier
012 654 0130

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.