Salam Sejahtera buat semua.. Semoga ceria selalu..
Atas permintaan dan pertanyaan yang ramai daripada peserta Seminar Saham Super Investor sebelum ini berkenaan modul Analisa Teknikal dalam Pasaran Saham Malaysia, Pihak Advance Forward bersepakat untuk mengadakan satu lagi seminar yang khusus hanya berkenaan Analisa Teknikal.
Seminar ini akan berlangsung selama sehari di mana, tumpuan hanya diberikan khusus bagaimana untuk anda menggunakan Analisa Teknikal dalam membuat keuntungan dalam pasaran saham!
Jangan risau jika anda masih lagi baru, tidak memahami tentang perihal Analisa Teknikal apa itu RSI, Bollinger Band, Support and Resistance dan bermacam-macam lagi kerana, seminar ini akan mengajar anda daripada basic setup hinggalah kepada advance level! Ya, khusus hanya menceritakan tentang Analisa Teknikal selama sehari dari pagi hingga petang!
Seminar Saham SuperTech Investor ini akan disampaikan oleh speaker jemputan Advance Forward Training and Consultants iaitu Encik Shamsul Bahari Shamsuddin. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam Pasaran Saham Malaysia dan merupakan pemegang Diploma In Technical Analysis (MSTA) di bawah Society of Society Technical Analyst yang berpusat di United Kingdom.
Seminar Saham SuperTech Investor ini akan berlangsung pada Ahad 15 Julai 2012 iaitu sehari selepas Seminar Saham Super Investor. Ia akan dikelolakan oleh Sifu Shamsul Bahari MSTA yang punya lebih 20 tahun pengalaman dalam pasaran saham.
Kepada Beginner yang ketinggalan seminar yang lalu anda masih boleh datang ke Seminar Saham Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 14 Julai 2012.
Untuk mendaftar atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari ;
Seminar yang pasti berbaloi.
Sekian dulu.
FY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.