08 Mei 2013

Bursa Malaysia Selepas Pilihanraya 2013


Assalamualaikum...

Sentimen terbesar pasaran saham Bursa Malaysia iaitu Pilihanraya telah berakhir setelah sekian lama dinantikan. Kerajaan telah dapat dibentuk. Pasaran saham yang menunggu sekian lama akhirnya meletop dan naik setinggi 130 mata melepasi 1820 mata pagi selepas hari pilihanraya tersebut berakhir sebelum ditutup  dengan kenaikan sebanyak 57 mata.

Apa yang ditakuti berlaku pada tahun 2008 dimana pasaran merudum begitu teruk selepas hari pilhanraya hingga Circuit Breaker terpaksa digunakan dimana Bursa Malaysia digantung selama sejam tidak berlaku. Sebaliknya Bursa Saham naik dengan volum dan kecairan yang begitu tinggi.

Adakah ini satu mainan atau adakah ini satu realiti?

Jawapan FY - Ia satu realiti. Keputusan pilihanraya adalah seperti yang dijangka para penganalisa dan pasaran boleh bergerak dengan baik kerana sentimen ini telah diambilkira terlebih dahulu.

Kenapa pasaran naik?

Seperti yang telah FY katakan sebelum ini terdapat banyak kecairan dalam pasaran. Dana asing memasuki pasaran saham Malaysia kerana Bursa Malaysia ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bursa-Bursa Serantau jadi ia sedang mengejar Bursa-Bursa yang lain. Dana Institusi Tempatan yang menjual sebelum pilihanraya hinggakan dalam portfolio mereka mempunyai lebihan tunai yang jauh lebih banyak dari kebiasaannya. Semua ini membawa kepada kenaikan tersebut. Saban hari pada saat ini nilai dagangan melebihi RM2 billion sehari dan pada bulan April yang lepas nilai keseluruhan dagangan ialah RM40.6  Billion. Antara nilai bulanan yang tertinggi pernah dicapai Bursa Malaysia.

FY masih trading kaunter-kaunter fundamental yang undervalued dan berdividen kerana inilah kaunter-kaunter yang dikejar oleh para Fund Manager dan Institusi. Kaunter-kaunter berjajaran kecil untuk peruncit dijauhi kerana kebelakangan ini peratusan pelabur kecil yang memasuki pasaran adalah amat kecil. Jadi untuk menjana keuntungan dari kaunter-kaunter sebegini adalah sukar. 

Apapun berhati-hati kerana pasaran berada dalam jajaran yang tinggi dan ia perlu bernafas turun. Biarpun begitu sebarang kelemahan pasaran pada ketika ini sebenarnya ialah peluang untuk kita memasuki pasaran dan membeli saham-saham yang kukuh dan baik.

Hubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda perlukan bantuan untuk mengendalikan portfolio saham anda di Bursa Malaysia. FY sedia membantu.

Sekian dulu buat kali ini. Wassalam.

FY

PS 1 - Saham IPO Sona Petroleum di MITI dilanjutkan permohonannya kepada 9 Mei 2013 jam 5 petang.
PS 2 - Seminar Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada hari Sabtu 15 Jun 2013 di Bangunan Gatah Asli Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.
PS 3 - Stock Highlights FY hari ini - Alam Maritim at RM1.02.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.