13 Januari 2014

EBOOK IPO MITI FY AKAN DIKEMASKINI

Assalammualaikum...

Artikel kali ini FY tulis hanya sebagai satu notis memaklumkan yang Ebook IPO MITI SUPER INVESTOR diberhentikan penjualannya buat masa ini untuk dikemaskini. Ini kerana sejak ebook itu ditulis sebanyak 2 perubahan telah berlaku di MITI dari permohonan melalui internet kepada pemohonan secara manual dan sekarang kembali kepada permohonan melalui internet tetapi dengan cara dan kaedah yang lain pula. Setakat ini kaedah yang terbaru ini belum lagi diuji memandangkan tiada IPO baru ditawarkan di MITI jadi agak sukar untuk FY mendapatkan prosedurnya secara tepat. Sabar yer...


Kepada yang tidak tahu dan masih baru dalam pelaburan saham, dahulu pelaburan dan penglibatan Bumiputera di MITI ini sangat rendah iaitu antara 200 hingga 400 permohonan sahaja, namun di penghujung tahun 2010 bila FY mendapat tahu ia dibuka kepada pelabur Runcit Bumiputera lantas menulisnya dalam blog ini ia telah meningkat dan terus meningkat hingga ketahap 16000 permohonan semasa Felda Global Ventures ditawarkan tak lama dahulu. Blog ini mahupun Ebook IPO MITI sebenarnya telah secara tak langsung meningkatkan permohonan IPO di MITI. 

Kemudian kaedah permohonan melalui internet ini telah disalahguna. Ketika permohonan IPO Gas Malaysia pihak MITI telah menemui 500 penipuan. Penipuan dalam bentuk dokumentasi, pemalsuan penyata kewangan, pemalsuan cop pegawai bank dan banyak lagi. Semasa tawaran IHH dan Astro perkara yang sama berlaku. Ada pelabur yang menghubungi FY dan mengatakan Kad Pengenalan mereka digunakan untuk memohon IPO di MITI (tanpa perlukan penyata kewangan kerana sindiket ini boleh memalsukan penyata kewangan ) dan kemudian Kad Pengenalan itu digunakan untuk mendapatkan pinjaman bank (share financing) bagi membayar peruntukan saham dari MITI itu.

Terbaru sindiket-sindiket ini mencari para pesara yang baru pencen yang baru dapat ganjaran gratuiti mahupun baru mengeluarkan duit EPF untuk dijadikan mangsa penipuan mereka. 

Sebenarnya FY tahu bagaimana modus operandi mereka-mereka ini jadi FY harap anda pelabur di luar sana berhati-hatilah kerana anda mungkin menjadi mangsa mereka-mereka ini disebabkan anda tidak punya ilmu mengenainya. Sebelum mengeluarkan duit dari poket anda pastikan anda tahu kemana duit itu akan pergi dan bagaimana ia akan kembali kepada anda melalui saluran yang betul. Ini kerana di zaman ini penipuan begitu banyak berleluasa di luar sana hanya dengan tujuan untuk mendapatkan duit hasil titik peluh anda.

Kepada pihak MITI, andai anda membaca artikel ini FY ingin mengutarakan beberapa isu ; 

  • Pertamanya kaedah terkini permohonan melalui internet ini sebenarnya membebankan pelabur luar bandar kerana mereka tidak punya kemudahan internet. 
  • Keduanya mereka juga tidak punya ilmu IT. Untuk scan IC lantas menghantarnya melalui email dan sebagainya juga bukanlah satu perkara mudah buat mereka.
  • Ketiganya tawaran yang dibuka hanya selama 2 hari contohnya IPO Caring tak lama dahulu tidak memadai untuk pelabur Bumiputera di luar bandar dan pelabur di Sabah dan Sarawak untuk memohonnya. Mereka perlukan masa lebih kurang seminggu untuk menyiapkan dokumen dan menghantarnya kepada pihak MITI.
  • Begitu juga dengan penerimaan tawaran dan membuat pembayaran kepada Bank Penasihat. Masa yang mencukupi diperlukan untuk mereka berbuat demikian.
FY harap sesiapa yang membaca artikel ini boleh membawa perjuangan yang sama demi kebaikan semua pelabur Bumiputera yang kebanyakannya beragama Islam. Jom kita bangunkan ekonomi Ummah! Semoga pihak MITI mendengar saranan ini dan membuat perubahan bagi membantu para pelabur yang dekat dan jauh.

FY lebih suka SEJUTA saham diperuntukan kepada SEJUTA pelabur dan mendapat manfaatnya daripada SEJUTA saham diperuntukan kepada SATU pelabur.

Kepada newbie dan beginner dalam pasaran pula, FY nasihatkan janganlah buat apa-apa andaian mengenai pelaburan saham ini tanpa mendapatkan faktanya yang betul. Buat siasatan dan kajian atau tanya kepada pelabur lama. InsyaAllah mereka boleh membantu memberikan insights kepada perkara yang mungkin anda belum tahu.

Sekian dulu.

FY
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 666 7430

Kaedah pendaftaran pelabur bagi IPO di MITI telah FY telah FY kemaskini dalam artikel di sini - http://www.faizalyusup.net/2014/01/kaedah-baru-mendaftar-dan-memohon-ipo.html

www.seminarsaham.com.my
www.facebook.com/SeminarSuperInvestor

Perkhidmatan kami ;




  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI

Artikel ini dikemaskini pada 26 Januari 2013 

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.