Assalamualaikum...
Dalam kesempatan ini FY ingin mengucapkan Salam Lebaran buat semua yang beragama Islam dan memohon seribu keampunan dan kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki zahir dan batin andai FY ada melakukan apa-apa kesalahan sepanjang perkenalan, sepanjang anda membaca blog yang tak seberapa ini. Sesungguhnya yang baik hanya dari Allah Taala dan segala kelemahan adalah dari FY sendiri. Jadi maafkanlah FY yer. FY tak pernah berniat untuk menyinggung sesiapapun.
Salam AidilFitri dengan ingatan tulus ikhlas Maaf Zahir dan Batin dari FY, Azila Ismail, Nurul Aina, NurNadia, Ammar Faris, Nur Danisha, Nurul Huda dan Dini Zarra. |
Sepanjang cuti hari raya ini FY banyak menghabiskan masa menulis buku yang baru. Nampaknya kali ini FY digerakkan untuk menulis buku Rahsia Menjemput Rezeki memandangkan ramai di luar sana yang FY nampak mempunyai masalah untuk mencari rezeki kewangan dalam kehidupan moden yang sangat mencabar ini. Semoga ia dapat disiapkan dan sedikit sebanyak akan membawa manfaat dan kefahaman kepada mereka yang dijodohkan untuk membacanya kelak.
FY telah berehat dari menjalankan seminar dan Personal Coaching sepanjang bulan Ramadhan, lagipun pasaran saham Bursa Malaysia agak tidak menentu kebelakangan ini. Namun demikian FY rasa ia telah berada dalam keadaan oversold yang mana sudah tak ramai penjual dalam pasaran jadi pasaran nampak bertahan dan mengukuh sepanjang cuti Hari Raya ini.
Ikhmas Jaya dan Sunway Construction dua buah syarikat pembinaan akan disenaraikan di Bursa Malaysia minggu depan dan FY percaya ia akan membawa keuntungan kepada para pelabur yang mendapat saham-saham IPO ini.
APAPUN PERSONAL COACHING TRAIN THE SUPERTRADER KEMBALI BERSIARAN SEPERTI BIASA. HUBUNGI ABDULLAH RAMZI 0173730513 UNTUK MENEMPAH SLOT ANDA. JADILAH INVESTOR BURSA SAHAM YANG BIJAK DAN TRADER YANG BERHEMAH!
Jemput datang ke Seminar Saham From Zero to Hero bersama FY. Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mendapatkan tarikh seminar yang terdekat.
Sekian dulu buat kali ini.
FY
Catatan
Aidilfitri 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.