15 April 2016

BEZA CDS KONVENSIONAL DAN CDS ISLAMIK

Catatan FY 14042016

BEZA CDS KONVENSIONAL DAN CDS ISLAMIK

Tadi ada pelabur minta FY jelaskan tentang tajuk di atas ini. Jadi seperti yang FY janjikan ini catatannya.

CDS Konvensional -
1. Boleh beli apa juga saham dan Instrumen dalam Bursa Malaysia!baik berstatus syariah mahupun tidak.
2. Kalau ada deposit yang tersimpan dalam trading ac pelabur akan mendapat faedah.

CDS Islamik -
1. Program hanya membenarkan pembelian saham dan instrumen syariah sahaja dan secara automatik order saham konvensional ditolak.
2. Kalau ada deposit dalam akaun trust pelabur akan mendapat dividen dari sumber yang syariah.

Setakat ini terdapat 922 saham induk yang keseluruhannya tersenarai dalam Bursa Malaysia dan daripada jumlah itu 674 adalah berstatus syariah.

Status syariah ini pula dikemaskini oleh komiti syariah SC pada penghujung bulan Mei dan November.

Selalunya andaikata sesuatu saham yang anda beli itu pada mulanya berstatus syariah tapi kemudiannya bertukar status konvensional bila ia dikemaskini maka pihak broker akan menyarankan anda menjualnya atau memindahlannya ke akaun konvensional kalau ada.

Sekiranya begitu anda perlu ada dua CDS iaitu satu islamik dan satu lagi konvensional. Oleh sebab anda tak boleh buka dua CDS dalam satu broker maka satu CDS nama personal dan satu lagi nominee. Terpulanglah kepada anda untuk buka akaun CDS Islamik personal dengan akaun CDS konvensional nominee atau sebaliknya.

Bukan semua broker ada CDS Islamik ini, antara broker yang menawarkannya ialah Kenanga, BIMB dan Maybank Investment Bank Bhd.

Masalah yang timbul ialah bila anda membeli saham saham IPO. Saham IPO berstatus syariah boleh didepositkan kedua dua CDS Islamik mahupun tidak namun demikian saham konvensional tak boleh masuk dalam akaun cds Islamk. Saham IPO juga tak boleh masuk dalam mana mana akaun CDS Nominee baik Islamik mahupun tidak.

Harapan FY catatan ini menjawab soalan pelabur yang bertanya itu.

FY rasa FY kena buat rancangan TV lah untuk menceritakan semua hal yang perlu pelabur tahu mengenai pelaburan di Bursa Malaysia. Setuju tak? Biar satu Malaya tahu. Kalau anda ada kenal penerbit TV bgtahu FY. Nanti akan FY usahakan.

Dah baca? Dapat manfaat? Apa lagi like dan sharelah tanda sokongan. Penat jari jemari halus mulus FY ini menari nari menulis catatan ini. Hawhawhaw...

Nak belajar saham dengan FY? Call Personal Assistant FY En Ramzi 0173730513 untuk mengetahui kelas dan seminar FY yang terdekat atau


Sekian dulu.

FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.