Catatan FY 02042016
RESEPI RAHSIA MELABUR SAHAM
Kali ini catatan FY adalah berkenaan Learning Curve. Sebenarnya dalam apa juga yang kita lakukan untuk menjadi pakar ia mengambil masa yang lama. Banyak yang perlu kita pelajari. Jatuh bangun perkara biasa. Melakukan kesilapan dalam perhitungan juga adalah satu hakikat yang tak boleh kita elakkan. Namun apa yang penting ialah kita mengakui kesilapan dan elakkan kesilapan itu berulang atau kita cuba pula pendekatan yang lain. Bila jatuh kita bangkit. Ini sikap orang berjaya. Bukan bila jatuh kita berputus asa dan mengalah. Sebenarnya tiada perkataan putus asa dalam Islam.
Perjalanan FY dalam bidang saham ini juga serupa. Jatuh bangun dan kerugian ratusan ribu ringgit boleh sahaja membuat kita berputus asa dan ramai rakan-rakan FY yang sudah meninggalkan industri ini tapi FY masih di sini. Masih berjuang dan Alhamdulillah berada dalam keadaan yang baik dewasa ini. Alhamdulillah FY memenangi anugerah Top Performer Di Kenanga Investment Bank Berhad untuk dua tahun berturut-turut bagi tahun 2014 dan 2015 sebagai bukti penat lelah perjuangan ini. Seorang berkulit sawo matang di kalangan si kuning langsat yang ramai itu pastinya satu pencapaian yang besar. Ini industri mereka sejak sekian lama tapi ia tak bermakna kita tak boleh bersaing!
Apapun Warren Buffett pelabur terkaya di dunia mengambil masa 20 tahun untuk memperbaiki dan mencari resepi terbaik pelaburannya. FY yakin dia juga banyak melakukan kesilapan di awal penglibatannya dalam industri ini. FY juga begitu melakukan kesilapan demi kesilapan dan Alhamdulillah sekarang FY lebih matang dan resepi pelaburan FY juga jauh lebih baik dan memadai untuk membantu pelabur menjana keuntungan dalam primary mahupun secondary market. Ia juga mengambil masa kurang lebih 20 tahun. Satu jangkamasa yang lama. Atas sebab inilah FY berani keluar di khalayak umum untuk berkongsi resepi ini bagi membantu para pelabur memahami pasaran dengan lebih baik.
Tak kiralah anda doktor, engineer, lawyer, manager, eksekutif, pemandu lori, kerani, surirumah atau siapapun juga FY boleh berkongsi resepi pelaburan ini kepada anda. InsyaAllah ia akan membantu anda melakukan keputusan pelaburan yang tepat dan menguntungkan. Tapi harus diingat tiada kaedah holy grail yang menjanjikan 100% keuntungan melabur dalam mana-mana instrumen sekalipun.
Apa yang penting ialah kita dapat mengurangkan kebarangkalian kerugian dan meningkatkan kebarangkalian keuntungan dari strategi yang digunapakai itu. Inilah sebabnya dewasa ini anda dapat melihat peserta seminar mahupun personal coaching FY yang begitu berpuas hati setiap kali mendapat resepi pelaburan yang FY kongsikan itu.
Jadi, kalau anda telah puas mencari rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia dan masih menemui jalan buntu walaupun setelah menelaah 1001 buku mahupun pergi ke 1001 seminar saham, jemputlah datang ke kelas FY. Beri FY peluang untuk kongsikan resepi yang FY perkatakan ini, resepi yang FY temui dan pelajari setelah melalui learning curve yang panjang itu.
Begitupun perjalanan pencarian ilmu masih jauh, berterusan dan tak akan berhenti selagi hayat dikandung badan demi pembangunan ekonomi ummah. FY akan pergi satu hari nanti tapi FY harap ilmu yang FY kongsikan ini akan menjadi batu asas untuk generasi baru perkembangkannya lagi bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. InsyaAllah.
Kalau anda rasakan catatan FY ini bermanfaat like dan sharelah sebagai pembakar semangat untuk FY meneruskan usaha ini. Anda memang cool dan FY sayang anda semua!
Sekiranya anda ingin belajar dari FY hubungi Ramzie 0173730513 sebab dia yang jaga schedule FY.
Sekian buat kali ini.
FY
www.faizalyusup.net
www.seminarsaham.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.