10 April 2016

CATATAN INI BOLEH BAWA DUIT

Catatan FY 10042016
CATATAN INI BOLEH BAWA DUIT

Kita baca banyak kisah dalam fesbuk ini. Kisah gosip artis, Kisah perkembangan politik, kisah isu semasa dalam dan luar negara yang sensasi, kisah ekonomi, kisah perniagaan, kisah hobi, kisah ugama, kisah motivasi dan banyak lagi.

Persoalannya apakah objektifnya? Keperluan akal fikiran kepada mereka yang sukakan fakta.  Keperluan nafsu?  Keperluan rohani bagi mempertingkatkan keimanan? Apapun juga keperluannya catatan-catatan FY ini adalah untuk meningkatkan pendapatan anda melalui pelaburan. Pendapatan pasif dengan menggunakan duit untuk buat duit. Tak perlu guna tenaga untuk buat duit dalam hal ini.

Takut dan tak faham mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia? Pelaburan yang dilulus dan diiktiraf kerajaan. Pelaburan Skim Cepat Kayap kita berani pulak.

Apa yang diperlukan?

1. Duit buka akaun saham bernama CDS RM10.60
2. Modal pelaburan
3. Ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan jangan risau. FY boleh bantu anda dari mula. Dari titik 0.

Itu sahaja. Anda sudah bersedia untuk memulakan langkah menjadi seperti para jutawan di di Malaysia mahupun di seluruh dunia yang kaya raya dengan pegangan saham.

Kalau tak berani untuk terus terjun dalam pasaran saham kita mulakan dengan pelaburan IPO yakni membeli saham-saham yang akan tersenarai di Bursa Malaysia. Risikonya lebih rendah tapi pulangannya tinggi. Ia seumpama membeli produk di gudang dan menjualnya kepada orang awam untuk mendapatkan keuntungan tersebut.

Kalau dah berani nanti barulah kita terjun dalam pasaran terbuka yang memerlukan lebih  banyak ilmu bagi menjana keuntungan darinya. Inipun FY boleh bantu bagi garispanduannya.

Personal Coaching yang FY jalankan umpama jurulatih penerjun payung terjun yang akan terhun bersama sambil memberi garispanduan apa yang mesti dan apa yang perlu anda elakkan. Percayalah lambat laun anda mampu terjun sendirian siap dengan pelbagai aksi dan pendekatan.

Jangan risau jurulatih anda ini berpengalaman lebih 20 tahun, berlesen, bertauliah dan berkelayakan melabur dalam Bursa Malaysia ini. Anda di tangan yang selamat.

Apapun tak ada apapun yang akan terjadi andai anda tidak mengambil langkah pertama itu.

Hubungi staff FY En Yasin 0193346570 untuk buka akaun CDS dengan yuran RM10.60 itu.

@

Download ebook percuma setebal 134 ms bernilai RM100 itu percuma di www.faizalyusup.my untuk mendapatkan overview pelaburan saham ini.

Kerja penat. Melabur tak penat!

Like dan share kalau anda rasakan catatan catatan FY ini bermanfaat okay! Terima kasih. Anda memang best!











' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.