08 Ogos 2016

KELAS SAHAM 101 PERCUMA BERSAMA FY

KELAS SAHAM 101 PERCUMA

Assalamualaikum 

Belajar melabur saham.

ZZ dan FY memulakan sebuah syarikat ZZFY SDN BHD berniaga runcit.
FY meletakkan modal RM60,000 dan ZZ meletakkan sebanyak RM40,000 menjadikan modal berbayar sebanyak RM100k.

                    FY        ZZ
Modal         RM60k  RM40k
Saham         60k      40k
Pegangan    60%     40%

Oleh itu par value adalah RM1.00 | 100000 unit saham | RM100000 modal berbayar. Sijil-sijil saham pula akan dicetak dan disimpan di tangan Regitrar of Companies. Dalam sijil itu akan tertera nama syarikat, jumlah pegangan saham dan nama pemilik sijil tersebut. Namun demikian harga saham TIDAK ADA dalam sijil tersebut.

Di belakangnya pula ada borang 32B bagi tujuan menukar nama kepada pemilik yang baru andai saham tersebut dijual.

Memiliki saham bermakna anda memilik sebahagian dari syarikat tersebut.

Pada ketika ini saham syt ZZFY tidak didagangkan. Oleh sebab saham syt ini tidak didagangkan maka harga saham tersebut bersifat tetap pada harga RM1.00. Sebarang pembelian dan penjualan saham juga adalah pada harga RM1.00.

Katalah ZZ menjual 20% pegangannya kepada XX maka XX akan membeli 20000 unit saham pada harga RM1.00 dengan jumlah bayaran sebanyak RM20,000.

Oleh itu pegangan syt akan berubah kepada berikut ;

FY 60% atau 60000 unit saham
ZZ 20% atau 20000 unit saham
XX 20% atau 20000 unit saham

Jadi apabila syt menjalankan perniagaan dan di penghujung tahun mendapat untung sebanyak RM20000 maka pembayaran dividen keuntungan akan menurut ratio pegangan saham anda dalam syarikat tersebut.

Jadi pengagihan dividen

FY 12000 (60% X RM20000)
ZZ 4000 (20% X RM20000)
XX 4000 (20% X RM20000)

Jadi pulangan dividen atau dividen yield tahun itu ialah 20%
Dalam senario ini semua keuntungan atau 100% (dividend payout ratio) diagihkan kepada semua pemegang saham syarikat.

Dalam senario kedua adakalanya hanya separuh atau sebahagian sahaja keuntungan yang diagihkan sebagai dividend separuh lagi disimpan sebagai retained earning atau tabungan bagi tujuan mengembangkan syarikat atau tujuan tujuan yang lain.

Selalunya dewasa ini kebanyakan syarikat sudah ada polisi dividen dan pemberian dividen ini selalunya akan menarik minat pelabur untuk melabur di dalam syt tersebut. Kerana dalam jangka masa panjang modal permulaan kita akan terbayar kembali melalui pulangan dividen itu tadi.

Oleh itu syt yang memberikan dividen pastinya syt yang baik untuk kita laburkan duit kita.

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian buat kali ini.

FY

www.faizalyusup.net

Warga Johor!

Jangan lupa FY akan menjalankan seminar saham lengkap hujung minggu ini untuk menjadikan anda Investor yang hebat dan Trader yang bijak. Seminar From Zero to Hero itu akan diadakan pada 13 dan 14 Ogos ini di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru.

Yurannya cuma RM1490.00 sahaja.
Tempat amat terhad!

Untuk mendaftar hubungi Puan Azila di talian 0166641755.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.