KELAS SAHAM FY 104
PENDAPATAN PASIF VS PENDAPATAN AKTIF
ZZFY SDN BHD adalah dua orang pengurus eksekutif yang menjalankan perniagaan secara aktif dan XX pula adalah pelabur dalam syt tersebut. Anda ketinggalan cerita ini? Rujuk Kelas Saham FY 101 di blog www.faizalyusup.net
Dalam kisah ini pengurus yang aktif akan mendapat gaji dan semua pendapatan yang berkaitan. Dalam kisah ini ZZ dan FY. Oleh sebab mereka juga adalah shareholder syt kerana mereka meletakkan modal maka mereka juga bakal mendapat dividen hujung tahun nanti. ZZ dan FY dapat duit dari tenaga yang dicurahkan secara aktif juga duit buat duit dari modal pelaburan mereka dalam syt.
Sebaliknya XX hanya mendapat satu pendapatan sahaja iaitu dividen dari modal yang dilaburkan dalam syt ZZFY. Duit buatkan duit, tenaga tidak digunakan.
Katalah jumlah Sales tahun itu ialah 200k tolak kos pada tahun itu ialah 100k. Maka untung kasar ialah 100k. Maka kita perlulah tolak kos-kos lain termasuklah Sewa kedai, bil bil berkaitan, gaji, bonus dan lain lain benefit kepada ZZ dan FY, Cukai, Susutnilai dan lain lain maka tinggallah RM20k sebagai keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada para pelabur yang memegang saham syt tersebut di penghujung tahun tersebut. Dalam kisah ini
FY, ZZ dan XX.
Jadi pengagihan dividen
FY 12000 (60% X RM20000)
ZZ 4000 (20% X RM20000)
XX 4000 (20% X RM20000)
XX mendapat pendapatan pasif sebanyak 20% dari modal tahun itu dan ini sebenarnya adalah pendapatan pasif yang besar! Dalam masa 5 tahun XX sudah boleh mendapat kembali modal yang dia laburkan. RM4000 X 5 tahun = RM20000. Saham dalam syt ZZFY masih ada sebanyak 20000 units tapi modal semua dah dapat balik dalam 5 tahun. Maknanya syt ZZFY ini PE Rationya adalah 5 kali. Ini kita cerita dalam kelas yang lain.
Sesiapapun nak melabur dalam syarikat sebegini kerana selalunya dividen di Bursa Malaysia kurang dari 5%. Malah banyak syt di Bursa yang langsung tak bagi dividen!
Dalam hal ini FY dan ZZ mendapat pendapatan aktif dalam bentuk gaji, bonus, elaun juga mendapat pendapatan pasif mengikut ratio modal pelaburan mereka.
Kalau di Bursa Malaysia pendapatan pasif pelaburan duit kita itu boleh didapati dari dividen dan juga kenaikan harga saham kerana saham syt itu diapungkan dan sebarang berita positif yang boleh menjana pendapatan kepada syt di masa masa mendatang akan membawa kepada kenaikan harga sahamnya.
Tidak seperti saham syt ZZFY Sdn Bhd yang tetap harganya pada RM1.00.
Ucaplah "Terima kasih FY" sikit sebagai tanda anda dah baca dan sebagai tanda penghargaan atas usaha FY ini. Thanksss!
Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?
Like dan share andai bermanfaat.
Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.
Sekian buat kali ini.
FY
www.faizalyusup.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.