27 Ogos 2016

SYT SDN BHD DISENARAIKAN - KELAS SAHAM FY 109-111


KELAS SAHAM FY 109

SYT SDN BHD KE BERHAD

Secara automatik, sekarang pegangan saham syt ZZFY telah berubah bila 30 juta saham baru diterbitkan dan ditawarkan pada harga RM2.00.

Saham ini dinamakan saham terbitan awam atau Initial public offer yang lebih dikenali sebagai (IPO),

Sebagai contoh,

FY memegang 42 juta saham atau 42% dari syt sekarang bernilai RM84 juta ringgit.
ZZ memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.
XX memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.

Lagi 30% atau 30 juta saham bakal diperuntukkan kepada para pelabur awam pada harga tawaran RM2.00.

Dalam hal ini para pengarah pengarah syarikat masih lagi memegang 70% syarikat. Mereka masih menguasai syt ZZFY dan boleh menentukan hala tuju syt tanpa masalah.

Untuk pengetahuan anda ;

Minima 25% dan maksima 49% saham boleh diapungkan di Bursa Malaysia. Walau apapun keadaanya 51% atau major shareholding mestilah dipegang oleh pemilik syt.

Jadi kepada siapakah 30 juta saham dengan harga tawaran RM2.00 ini akan dijual atau diperuntukkan?

FY akan sambung dalam kelas yang lain okay!

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Kalau anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.




Sekian buat kali ini.




FY

KELAS SAHAM FY 110
SYT SDN BHD KE BERHAD

Okay kita sambung pembelajaran kita...

Pemilikan saham syt ZZFY telah berubah bila 30 juta saham baru diterbitkan dan ditawarkan pada harga RM2.00.

Sebagai contoh,

FY memegang 42 juta saham atau 42% dari syt sekarang bernilai RM84 juta ringgit.
ZZ memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.
XX memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.

Lagi 30% atau 30 juta saham bakal diperuntukkan kepada para pelabur awam pada harga tawaran RM2.00.

Jadi kepada siapakah 30 juta saham dengan harga tawaran RM2.00 ini akan dijual atau diperuntukkan?

Ia boleh diperuntukkan kepada maksima 5 tempat iaitu ;
⁃ Private Placement untuk institusi dan pelabur terpilih dengan minima pelaburan RM250k per block.
⁃ Peruntukan saham khas Bumiputera di MITI
⁃ Peruntukan melalui Borang Biru kepada vendor atau sesiapa sahaja yang membantu dalam memajukan syt.
⁃ Peruntukan melalui Borang Pink kepada kakitangan syt ZZFY
⁃ Peruntukan kepada Pelabur Awam dimana mereka boleh memohonnya samaada di ATM, menggunakan borang putih atau secara Online Banking.

Setelah lengkap semua peruntukan ini dibeli dan dibayar serta saham saham mereka dimasukkan ke dalam akaun CDS dalam broker masing masing saham ZZFY BERHAD akan disenaraikan di Bursa Malaysia bersama lebih 1000 syt dan instrumen kewangan yang tersenarai di dalamnya. Di sini harga saham ZZFY yang sebelum ini tetap sudah mula naik dan turun kerana saham tersebut telahpun diapungkan...

FY akan sambung dalam kelas yang lain okay!

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Kalau anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian buat kali ini.


KELAS SAHAM FY 111
SYT KE BURSA MALAYSIA

Baiklah selepas selesai proses peruntukan saham Syt ZZFY kepada semua pelabur awam maka ia akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Di Bursa Malaysia terdapat banyak saham saham syt yang tersenarai dalam 2 papan penyenaraian. Syt yang kecil di papan ACE dan papan MAIN atau papan UTAMA untuk syt yang besar dan kukuh.

Selain itu terdapat juga syt SPAC atau Special Purpose Acqquisition Company seperti Red Sena, Cliq, Sona dll.

Produk kewangan yang lain seperti REITS, Call Warrants, Bond dan Sukuk, Loan Stocks, ETF, Warrant syt dll.

Jadi dari detik ini semua 70% pegangan saham syt ZZFY BHD oleh XX, ZZ, FY dicampur 30% saham di tangan pelabur awam, MITI dan lain lain akan diapungkan di Bursa Malaysia dan ia mula bergerak naik dan turun berdasarkan permintaan dan penawaran para pelabur.

Selalunya pihak Pengarah syarikat tidak akan menjual saham saham pegangan mereka kerana mereka mahu memastikan pemilikan syt tidak bertukar tangan kepada orang lain. Kalau ada pembelian kembali atau penjualan mereka mesti memberitahu pihak Bursa mengenainya.

Bagaimana harga saham boleh naik turun? Apa itu KLCI? Apakah peraturan yang perlu kita tahu di Bursa Malaysia? Boleh ke beli saham macam beli pisang goreng panas jer?

Kita sambung nanti yer..

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Kalau anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian buat kali ini.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.