MACAMANA NAK PILIH SAHAM IPO?
Oleh FY Al Haj
Ramai pelabur yang bertanya kepada FY tentang saham-saham IPO seperti saham KITACON dan VESTLAND dan dibandingkan pula dengan saham seperti DS SIGMA atau L&P GLOBAL. Kemudian nak dibandingkan pula saham CAPE EMS dan NATIONGATE yang bakal disenaraikan tak lama lagi.
6 saham ini berada dalam tiga industri yang berbeza. Jadi apakah yang perlu kita titikberatkan dalam pemilihannya untuk memastikan yang kita mendapat keuntungan bila saham-saham ini disenaraikan kelak?
Pertama apa yang penting untuk kita lihat ialah kadar keuntungannya atau PATnya. Saham-saham yang berada dalam keuntungan double digit. Keuntungan yang tinggi ini penting kerana kalau ianya rendah dan kalau ia jatuh dengan mudah syarikat itu berada dalam kerugian.
Dalam hal ini saham-saham dalam industri teknologi berada dalam keadaan keuntungan yang tinggi ini sedangkan saham-saham Construction dan Development punya kadar keuntungan yang rendah ini kerana kos bahan mentah yang meningkat naik dan kekurangan mega project dewasa ini menyebabkan saham construction tidak begitu menarik pada ketika ini. Saham SIAB, MNHLDGS, NESTCON contohnya tidak naik begitu tinggi tatkala penyenaraiannya.
Kedua kita perlu juga tengok berapa banyak saham IPO yang diterbitkan. Sekiranya ia terlalu besar maka ia akan menjadi berat dalam Bursa Malaysia lantas menyebabkan ia sukar untuk bergerak naik. Saham SENHENG, LEFORM, UNITRADE antara contohnya.
Ketiga kita kena juga lihat duit yang bakal mereka terima dari anda para pelabur IPO ini akan digunakan untuk tujuan apa? Adakah ia untuk tujuan mengembangkan syarikat atau adakah ia digunakan untuk membayar hutang. Sejak Pandemik COVID 19 banyak juga syarikat yang menyenaraikan saham-saham mereka di Bursa Malaysia atas tujuan untuk mendapatkan suntikan modal demi untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada memandangkan operasi syt mereka terjejas semasa PKP.
Keempat kita kena lihat penilaian harga sesuatu IPO itu. Adakah ia overvalue atau adakah ia undervalue atau at par dengan value sebenar
syt itu pada masa ia disenaraikan. Dalam hal ini kita cuma perlu melihat FV yang diberikan oleh Research House setelah propektus saham dikeluarkan. (Nota : Selagi prospektus tak keluar selagi itu tiada analisis yang boleh dilakukan.)
Ciri seterusnya yang perlu kita titikberatkan ialah…
Kenalah datang seminar FZTH yang FY jalankan Januari nanti. FY akan kongsikan ilmunya dan bukalah akaun CDS dengan FY di Kenanga untuk dapatkan khidmat nasihat team FY yang terbaik. Hawhawhaw…
FY Al Haj
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.