13 September 2010

Burn The Quran Day



Hari raya Aidilfitri  masuk hari keempat, 4 Syawal 1431 hijrah ketika saya menulis entri kali ini.

Ada beberapa isu panas yang berlaku dan dipaparkan di dada-dada akhbar yang ingin saya catatkan di sini.

·         Pertamanya kisah TV3 yang menerbitkan iklan hari raya 1 Malaysia yang menyebabkan kemarahan umat Islam di negara ini.

·         Keduanya kisah Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang hilang bersama 3 orang yang lain dan kemudiannya didapati dibunuh dengan kejam di Morib.

·         Ketiganya kisah perhubungan Indonesia Malaysia yang terjejas disebabkan oleh antaranya pertikaian sempadan.

·         Dan keempatnya kisah seorang Pastor bernama Terry Jones di sebuah gereja di Florida yang berkempen untuk membakar Al Quran sempena mengingati kejadian 11 September di World Trade Centre dulu.

Baiklah ini di sini saya ingin memberi pandangan pertamanya mengenai isu yang keempat dahulu dan yang lainnya dalam entri yang seterusnya.
  
 
Kisah seorang Pastor bernama Terry Jones di sebuah gereja di Florida yang berkempen untuk membakar Al Quran atau Burn the Quran Day sempena mengingati kejadian 11 September di World Trade Centre dulu.

Lawak betullah Pastor ni. Di sini saya huraikan beberapa kebodohannya berdasarkan apa yang saya baca.

·         Ia jelas menunjukkan kejahillannya mengenai ugama Islam ini. Ugama yang dianuti oleh 1.8 billion manusia di mukabumi dan yang paling cepat berkembang di dunia.
·         Satunya dia membantu umat Islam dari segi ekonomi dengan membeli Al Quran sebelum membakarnya.
·         Tidakkah dia tahu kalau semua buku ugama lain termasuklah Bible juga Al Quran dibakar semuanya namun ia ada dalam memaori para hafiz di seluruh dunia dan keesokan harinya Al Quran baru akan dapat dikeluarkan tidak seperti buku-buku ugama yang lain. Sesungguhnya Al Quran ini dipelihara Allah Taala dan tak akan berubah isi kandungannya hingga hari kiamat kelak.
·         Lagipun salah satu cara untuk menghapuskan Al Quran yang buruk atau yang ada kesilapan di dalam percetakannya dan sebagainya ialah dengan cara membakarnya.
·         Ini adalah jenayah kebencian dan melanggar perlembagaan Amerika Syarikat sendiri dalam isu kebebasan berugama.

Islam tidak menganjurkan kebencian malah menganjurkan berkasih sayang. Kita tidak membakar buku ugama lain. Kita tak perlu berbuat demikian. Dalam sejarah sendiri bila Khalifah Islam berjaya menakluk sesebuah daerah atau negara mereka tidak membunuh tawanan malah mendakwah dan ada yang dibebaskan sepertimana yang dilakukan oleh Salahudin Ayubi  ketika menakluk Baitul Maqdis dahulu. Tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani yang membunuh tawanannya. Saya percaya semua ugama menganjurkan kasih sayang. Ia bukan salah ugama tetapi atas kelemahan manusia sendiri yang mengikut hawa nafsunya.

Kita pula sebagai seorang Islam, tak perlulah melompat dan melakukan perkara yang sama dengan menganjurkan kebencian dan permusuhan.

Di sini saya tinggalkan anda dengan kenyataan ini. Kenyataan ini juga saya tujukan pada ahli politik negara ini untuk difikirkan.

Ingatlah Nabi Muhammad SAW berdakwah dengan menceritakan tentang kebaikan Ugama Islam dan bukan menunjukkan kelemahan / kebencian terhadap ugama lain.

Fikir-fikirkanlah...

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

07 September 2010

Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin...


Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog Faizalyusup.blogspot yang saya sanjungi ini. 

Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlajuran, salah dan silap sepanjang berkarya dalam blog ini. Maaf Zahir dan Batin dari hujung rambut ke hujung kaki.

Harapan saya semoga anda semua berbahagia di Hari Raya ini dan semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah Taala.

Jaga diri dan berhati-hati ketika memandu.

Sekian. Wassalam.

Ikhlas dari saya,

Faizal Yusup.

' style='padding: 0; border: none;'/>

05 September 2010

Iktibar Dari Kisah Mangkuk Kayu



Iktibar dalam topik kali ini sebenarnya pernah disiarkan dalam iklan di televisyen namun demikian ia dalam versi yang sedikit berbeza.

Kisahnya begini.

Seorang lelaki tua telah pergi untuk tinggal dengan anak, menantu, dan cucunya yang berumur empat tahun. Tangan lelaki tua itu menggeletar, penglihatannya kabur dan langkahnya tersangkut-sangkut.

Pada mulanya keluarga itu makan bersama di meja makan. Tapi tangan gementar lelaki tua menyebabkan makan juga merupakan satu tugas yang sukar. Air tertumpah, makanan jatuh ke atas meja, atas baju dan lantai. Sudu dan garpu terlepas dari tangan dan sebagainya.

Keadaan yang berlarutan ini membuatkan anaknya dan menantunya memandangnya dengan perasaan yang geram dan marah. Telah beberapa gelas dan pinggan yang pecah disebabkan orang tua yang uzur itu.

"Kita harus melakukan sesuatu tentang ayah," ujar anaknya.

"Saya dah tak tahan melihat susu dan makanan yang tumpah, dan mengemaskan sisa makanan di lantai." Sambungnya lagi.

Jadi, mereka bersetuju meletakkan meja kecil di satu sudut. Di sana, Orang tua itu makan sendirian sedangkan keluarganya menikmati makan malam. Bagi mengelakkan mangkuk dan pinggan pecah, makanannya disajikan di dalam sebuah mangkuk kayu.

Ketika keluarga memendang ke arah orang tua itu, kadang-kadang dia sedang mengalirkan air mata di saat dia duduk sendirian. Namun, kata-kata pasangan itu hanyalah pendangan tajam sebagai amaran ketika dia menjatuhkan sudu atau menumpahkan makanan.

Dalam diam cucunya yang berumur empat tahun itu menyaksikan semua ini. Pada satu malam sebelum makan malam, si ibu dan ayah melihat anaknya itu bermain dengan potongan-potongan kayu di lantai.

“Adik tengah buat apa tu?” Tanya ayahnya.

"Oh, Adik tengah buat mangkuk kecil bagi Papa dan Mama makan makanan bila saya besar nanti”. Budak kecil itu tersenyum dan kembali bekerja.

Kata-kata itu menyiat-yiat hati kedua orang tuanya itu sehingga mereka tergamam tak dapat menungkapkan kata-kata. Kemudian air mata mula mengalir di pipi mereka. Meskipun tidak ada kata yang diucapkan, mereka seakan sama-sama tahu apa yang harus dilakukan.

Malam itu si suami pergi mendapatkan bapanya dan dengan lembut membawanya kembali ke meja keluarga.

Sejak itu mereka tak lagi bersungut andai makanan tumpah mahupun pinggan pecah dan bila bersekempatan mereka akan menyuapkan makanan kepada orang tuanya itu.

“Kedua ibubapa boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dalam menjaga ibubapanya.”

Kesimpulan dari kisah ini ialah ingatlah yang kita semua akan menjalani perjalanan kehidupan yang serupa. Semasa kecil dan tak bermaya maka kedua ibubapa kita yang membantu memelihara kita sehingga kita menjadi besar dan kuat menjelang remaja dan dewasa. Namun ini tak lama kerana seterusnya kita akan menjadi tua dan hilang keupayaan itu dan ini. Seakan kita kembali menjadi bayi. Tubuh menjadi tak bermaya, kita sakit dan nyanyuk.

Ingatlah yang muda akan tua, yang hidup akan mati, yang lama diganti baru silih berganti. Ini adalah lumrah kehidupan. Oleh itu hargailah kedua orang tua kita kerana satu hari nanti kita juga akan menjadi tua dan tak bermaya.

Sebenarnya Allah memberi peluang untuk kita berbakti kepada kedua orang tua kita tatkala mereka sakit dan tidak bermaya. Dia memberikan ganjaran yang banyak bila kita memelihara dan menjaga mereka. Namun demikian kebelakangan ini ramai anak-anak yang menghantar orang tuanya ke rumah-rumah kebajikan kerana merasakan yang ibu mahupun bapa mereka itu membebankan. Apapun ingatlah yang anda juga akan menjadi tua dan keadaan yang sama juga akan terjadi pada anda sepertimana dalam kisah mangkuk kayu yang dipaparkan tadi.


Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

02 September 2010

Kes Buang Bayi




KUALA LUMPUR: Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, ketika mengulas fenomena membimbangkan ini berkata, beliau terkejut dan kecewa kerana statistik itu menunjukkan gejala keruntuhan akhlak semakin teruk.

“Membuang bayi baru lahir menunjukkan pasangan terbabit tidak prihatin dengan apa yang mereka lakukan hingga bayi tidak berdosa dijadikan mangsa.

“Kementerian memandang serius masalah buang bayi dan menggariskan dua perkara penting untuk dijadikan panduan bagi membendungnya, iaitu penekanan dalam aspek pendidikan dan membendung penyebaran media negatif seperti bahan pornografi,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Menjelaskan tindakan kerajaan dalam mengendalikan kes bayi yang dibuang, beliau berkata, jika masih hidup, bayi itu akan diberi penjagaan rapi oleh JKM.

“Jika ada mana-mana pasangan mahu mengambilnya sebaga anak angkat, ia dibolehkan, cuma mereka perlu mengikut prosedur.

“Bayi malang itu tidak berdosa dan wajar diberi kasih sayang. Kerana itu, kami galakkan mereka dijadikan anak angkat supaya mendapat kehidupan lebih baik,” katanya.

Ng turut menasihatkan remaja atau belia yang terlanjur supaya tidak membuang bayi baru lahir, sebaliknya menyerahkan kepada JKM untuk dijaga.

“Jika ada masalah, jangan ambil jalan singkat dengan membuang bayi, sebaliknya dapatkan nasihat bagi mencari jalan terbaik kerana bayi itu tidak berdosa selain tidak minta diperlakukan seperti itu,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Khaidzir Ismail, berkata gejala pembuangan bayi berlaku kerana faktor pergaulan bebas, keluarga berpecah-belah, persekitaran, tidak tahu menyelesaikan masalah, masalah komunikasi serta kawalan diri.

“Asas kepada gejala ini berlaku bermula daripada menonton filem lucah, kemudian bercium, meraba, SMS lucah dan menyimpan koleksi video lucah. Apabila perkara ini menjadi perkara biasa, tidak mustahil ada yang terlanjur, mengandung sehingga membuang bayi,” katanya.

Dr Khaidzir yang membuat kajian mengenai gejala sosial remaja berkata, antara faktor masalah itu berlaku ialah tiada asas agama yang kukuh, keluarga tidak memberi perhatian serta persekitaran.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, berkata 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007 membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput.

Beliau yang bercakap di Dewan Negara pada Mei tahun lalu berkata, kerajaan akan mengkaji cadangan meminda Akta Kanak-Kanak 2001 untuk memastikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam kes pembuangan bayi sekali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebelum ini juga pernah menyarankan bapa kepada bayi yang dibuang diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman sama sepertimana wanita terbabit.

Petikan Metro Ahad 15 Mac 2009

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>