Hari raya Aidilfitri masuk hari keempat, 4 Syawal 1431 hijrah ketika saya menulis entri kali ini.
Ada beberapa isu panas yang berlaku dan dipaparkan di dada-dada akhbar yang ingin saya catatkan di sini.
· Pertamanya kisah TV3 yang menerbitkan iklan hari raya 1 Malaysia yang menyebabkan kemarahan umat Islam di negara ini.
· Keduanya kisah Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang hilang bersama 3 orang yang lain dan kemudiannya didapati dibunuh dengan kejam di Morib.
· Ketiganya kisah perhubungan Indonesia Malaysia yang terjejas disebabkan oleh antaranya pertikaian sempadan.
· Dan keempatnya kisah seorang Pastor bernama Terry Jones di sebuah gereja di Florida yang berkempen untuk membakar Al Quran sempena mengingati kejadian 11 September di World Trade Centre dulu.
Baiklah ini di sini saya ingin memberi pandangan pertamanya mengenai isu yang keempat dahulu dan yang lainnya dalam entri yang seterusnya.
Kisah seorang Pastor bernama Terry Jones di sebuah gereja di Florida yang berkempen untuk membakar Al Quran atau Burn the Quran Day sempena mengingati kejadian 11 September di World Trade Centre dulu.
Lawak betullah Pastor ni. Di sini saya huraikan beberapa kebodohannya berdasarkan apa yang saya baca.
· Ia jelas menunjukkan kejahillannya mengenai ugama Islam ini. Ugama yang dianuti oleh 1.8 billion manusia di mukabumi dan yang paling cepat berkembang di dunia.
· Satunya dia membantu umat Islam dari segi ekonomi dengan membeli Al Quran sebelum membakarnya.
· Tidakkah dia tahu kalau semua buku ugama lain termasuklah Bible juga Al Quran dibakar semuanya namun ia ada dalam memaori para hafiz di seluruh dunia dan keesokan harinya Al Quran baru akan dapat dikeluarkan tidak seperti buku-buku ugama yang lain. Sesungguhnya Al Quran ini dipelihara Allah Taala dan tak akan berubah isi kandungannya hingga hari kiamat kelak.
· Lagipun salah satu cara untuk menghapuskan Al Quran yang buruk atau yang ada kesilapan di dalam percetakannya dan sebagainya ialah dengan cara membakarnya.
· Ini adalah jenayah kebencian dan melanggar perlembagaan Amerika Syarikat sendiri dalam isu kebebasan berugama.
Islam tidak menganjurkan kebencian malah menganjurkan berkasih sayang. Kita tidak membakar buku ugama lain. Kita tak perlu berbuat demikian. Dalam sejarah sendiri bila Khalifah Islam berjaya menakluk sesebuah daerah atau negara mereka tidak membunuh tawanan malah mendakwah dan ada yang dibebaskan sepertimana yang dilakukan oleh Salahudin Ayubi ketika menakluk Baitul Maqdis dahulu. Tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani yang membunuh tawanannya. Saya percaya semua ugama menganjurkan kasih sayang. Ia bukan salah ugama tetapi atas kelemahan manusia sendiri yang mengikut hawa nafsunya.
Kita pula sebagai seorang Islam, tak perlulah melompat dan melakukan perkara yang sama dengan menganjurkan kebencian dan permusuhan.
Di sini saya tinggalkan anda dengan kenyataan ini. Kenyataan ini juga saya tujukan pada ahli politik negara ini untuk difikirkan.
Ingatlah Nabi Muhammad SAW berdakwah dengan menceritakan tentang kebaikan Ugama Islam dan bukan menunjukkan kelemahan / kebencian terhadap ugama lain.
Fikir-fikirkanlah...
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.